Hari ini adalah kenangan hari esok,
tanpa hari ini tiadanya hari esok.
スポンサーサイト

一定期間更新がないため広告を表示しています

- - -
Bleh ke.. bleh ke..
Errr...aku rasa macam nak doakan orang yg takde otak tu biar dia mati jatuh dari tiang. Ish... geram betul aku. Setiap kali aku call kg kalo takde org angkat tu maksudnya hanya dua je lah.. takde org kat rumah dan kabel telefon kena CURI.
Alasan pertama tu jarang berlaku.. sebab aku selalu call time ayah dan mak aku ada kat rumah... tak pun ADik aku, time dia tak kerja.

Lepas mkn sahur tadi aku check ler email.. adik ipar aku yg kat perancis nun kata kabel telefon kena curi lagi. Patut ler berkali-kali aku call kg semalam takde org angkat. Nak call handphone adik aku, nombor pulak aku tak ingat. Entah mana aku campak buku telefon aku tu. Mungkin terselit kat mana-mana kotak time aku kalut dok packing barang ni.

Sejak aku dok kat sini malas betul aku nak hafal no.tel. Yang ada dalam paler otak ni hanya no.tel umah parents dan juga no.tel kakak aku yg kat pahang nun.. yg lain-lain sumer aku tak ingat..keskeskes.. Apalah teruk sgt aku ni..

Berbalik pada kisah orang curi kabel telefon kat kg aku nun.. ni bukanlah FIRST TIME berlaku tau.. memang selalu. Dah jadi mata pencarian kot dia org ni dengan panjat tiang tel. tu. Pasni.. macam biasalah.. ambik masa seminggu atau lebih baru elok line tel. rumah aku tu. Orang telekom tu mesti dah boring giler dok pi pasang semua kabel tel. tu. Tu yg depa lambat sikit nak pi perbaik.

Aku tak salahkan org telekom ni juga.. kalo aku jadi depa pun mungkin akan berbuat demikian. Apa tak nya.. lepas je pasang kabel baru.. seminggu dua kemudian akan kena curi.,, pastu pi pasang balik.. pastu kena curi lagi.. pi pasang lagi.. begitulah seterusnya. Sampai bilalah benda ni akan berlaku.. emm mungkin sampai pencuri tu mati tergantung kat kabel telefon agaknya.
Ape ntah! comments(2) -
Selingan..
Saje nak kongsi apa yg aku tengok tadi..

Jap tadi aku pi ambik si aina balik tadika. Huwaahh panas sungguh hari ni, sampai dia pun letih nak jalan balik. Time nak panjat bukit sampai umah ni tu yg paling menyeksakan. Aku pun buat-buat ler sembang dengan dia, biar lambat asalkan sampai kat umah.. tak yah aku nak dukung.

Sambil-sambil aku berjalan tu dengar bunyi basikal dari arah belakang tapi bertentangan. Dia sebelah kiri dan aku sebelah kanan jalan. Bila aku pusing belakang tengok ada sorang abang yg tengah tolak basikal. Kat belakang pula si adik agaknya, dengan muka masam mencuka. Ni mesti si adik tu tak nak jalan naik bukit. Terpaksa ler si abang ni tolak besikal tu dengan si adiknya duduk kat atas. Jap tolak.. jap berhenti. Kesian sungguh tengok si abang tu di tengah-tengah panas terik ni. Badan si abang tu bukan besar manapun. Si adik tu pula bukannya kecik lagi.. dah besar pun.. dah sekolah rendah.
Ape ntah! comments(5) -
Cerita ceriti
Sorry sumer.. lama sungguh tak bercerita. Sejak minggu lepas, ada-ada je kerja yg nak buat.

Pastu minggu ni pula si aina kena hempap kat beskal masa dia lalu kat parking beskal on the way nak gi sekolah. Kebetulan masa dia betul-betul sampai kat sebelah beskal tu.. angin bertiup dengan kuat. 2 buah beskal jatuh timpa atasnya.. apa lagi nangislah.. abih baju sekolah dia kena darah..

Lepas kena timpa beskal tu demamlah pula.. terpaksa cuti sekolah sehari. Tu pun puas pujuk tak bagi dia gie. Seronok sangat gamaknya gie sekolah.. demam-demam pun nak gie.. pastu balik sekolah nangis sebab tak larat.. mulalah meragam.. Hari ni, batuk-batuk ada lagi.. tapi dah gi sekolah. Time anak demam gini mak pun makin bertambah kerjanya..

Kejap je.. hari ni dah pun hari jumaat. Hari yg paling sibuk dalam seminggu.. terpaksa hantar dan ambik dr tadika tu.. utk aktiviti sport club. Dah tu time sport club utk si adik dan si abang tak sama.. terpaksalah aku dok tunggu kat sana.. sampai dorang abih aktiviti.. nak balik dulu pastu gi ambik balik.. tak larat dah arr..
Ape ntah! comments(6) -
Tulang oh tulang..
Hari ni aku rajin sket nak menulis.. Tadi aku cerita pasal hapyoukai kat youchien. Kali ni aku nak cerita pasal daging ayam yang aku order kat kedai halal.

Sebelum ni aku order daging ayam ni secara online je.. pilih mana nak kat website kedai tu.. pastu dia hantarlah. Tapi sejak kawan aku cerita ada lagi kedai halal yg murah.. terus aku try order kat kedai murah tu pula.. tapi yang lecehnya kedai ni takde pulak website.. Kalau nak order, telefon je cakap nak apa... pastu dorang akan hantar ler.. Biasanya apa yang ada kat kedai halal lain.. kat kedai halal tu pun adalah..

Sebab dah lama tak makan sup tulang, kelmarin aku order ler 1kg tulang lembu bersama dgn barang-barang lain. Uih.. hari sampai tulang lembu sampai 3kgびっくり.. mesti tersilap dgr ni masa telefon tu.. huwaaaa apa aku nak buat dengan 3kg tulang ni.. dah ler big boss takde.. rasanya big boss balik 2 minggu lagi pun tulang ni tak abih lagi.. Masa big boss ada pun kalau 1kg tu aku boleh masak sampai 3 kali.. Ni kan pula 3kg... huwaaaaaポッ

Ni ler yg leceh sket order pakai telefon.. tapi lepas ni aku tetap nak order juga kedai ni.. sebab murah sgt berbanding dengan kedai yg aku dok order sebelum ni.. walaupun shipping costs kena bayar sendiri.
Ape ntah! comments(6) -
Cerita dihujung minggu
Hujung minggu lepas, ada acara persempahan(hapyoukai) tahunan kat youchien. Afiq hapyou hari sabtu, Aina hapyou hari ahad. Sebab aktiviti dia orang ni terpaksa cancel aktiviti lain. Kawan ajak gi rumah dia pun tak dapat gi.

Nasib baik Aina tak hapyou hari sabtu. Kalau tak tentu dia tak dapat join kawan sekelas dia.. demam teruk jugalah dia hari tu. Seharian dok tidur je.. bangun pun sekejap-sekejap untuk minum air. Makan memang tak lalu. Bila tanya esok nak gi hapyoukai ke.. terus jawab tak nak. Memang dia tak bermaya betul.

Risau jugalah aku.. takut hari ahad dia masih tak sihat.. Dah la tu tahun ni mungkin yg terakhir bg Adik dan Along join hapyoukai ni. Tahun depan dah tak sempat..dah nak balik Malaysia.

Pagi ahad tu, suhu badan dah turun sikit.. bila tanya nak gi hapyoukai ke.. dia nak gi. Aku pun siap-siap dia.. dan hantar gi kat kelas dia.. lepas tu aku masuk dewan. Time kelas dia buat persembahan tu.. berdebar-debar jugalah aku.. ada ke tidak dia kat stage tu.. kot2 sensei dia suruh rehat.. sib baik ada.

Bila balik ke rumah terus down semula.. suhu pun naik balik. Tapi Aina nampak puashati dapat juga gi hapyou.. kalau dia tak dpt join tu.. mesti dia frust.. Tambah-tambah bila dah dapat dvd hapyoukai nanti.. takde muka dia kat dalam tu.

Untuk kelas Afiq tu, aku kena tolong salin baju budak2 kelas tu.. Sebelum persembahan tu, aku tengok muka sensei yang berdebar-debar.. dari gaya sensei bercakap pun dah tahu. Tapi students biasa je.. happy je.. takde nak berdebar-debar ke apa.

Lepas persembahan tu, muka sensei terus berubah.. nampak dah lega.. dia sendiri pun gitahu.. sampai nak nangis pula.. happy sangat sebab students dia dapat buat persembahan dengan baik.. Aku pun rasa nak nangis jugalah dengan ucapan sensei dia tu kat students.. tak habis2 dok puji students dia.. lepas tu sensei suruh wakil mak pula bercakap... puji all student. Heheh.. dah memang style jepun.. suka memuji.. Aku memang setujulah dgn style jepun ni.. puji apa yg telah anak dah buat.. boleh buat anak tu bersemangat. Tapi kekadang rimas pulak aku tengok bila dah terlebih puji ni..

Sejak anak-anak aku belajar kat youchien ni.. banyak benda baru yg aku pelajari. Kalau hapyoukai ni semua students terlibat. Acara start pukul 9. Kalau pukul 8.30, baru nak sampai kat youchien tu.. jangan harap dapat dok kat depan la... kenalah berdiri kat belakang tengok anak-anak buat persembahan kat depan. Uih.. awal sungguh depa ni pi.. sanggup beratur kat luar youchien tu.. macam nak pi tengok konset lah pulak..

Untuk dua hari tu, aku memang tak dapat tempat duduk.. bukan sampai lewat pun.. aku sampai pukul 8.15- 8.20pg.. tu pun dah penuh.. Rasanya kalau aku buat gini kat m`sia nanti.. sure dah dpt dok kat depan kot..hahaha.

Tak puashati jugalah aku dengan org2 jepun ni(heheh ni kes tak dapat tempat duduk).. nak je aku bagi candangan kat youchien tu, lain kali bagi no.seat.. utk sorang student.. 2 no. yg dapat.. bolehlah parents yg duduk.. Sape yg bawa semua anak beranak tu.. datuk, nenek, sedara mara ke apa, terpaksalah berdiri. Terpulanglah kepada dia org nak bagi sape yg duduk untuk seat dia orang tu. Geram juga aku tengok.. sorang dua yg datang awal,lepas tu booking seat utk semua sedara mara depa..
Lepas tu, satu lagi.. dah pihak youchien dr awal lagi bagitau takleh ambik video.. nak juga tu ambiknya(tapi tak semualah.. adalah beberapa kerat). Mengganggu betul lah.. Time rehearsal hari tu dah dibenarkan ambik video.. depa ni tak ambik ke?.. rasa ada je yg dok ambik.. ish, ish, ish.. tak faham ler aku.

Hari ni dan esok youchien cuti.. bolehlah aku rehat sikit.. tak fikir nak gi mana-mana pun lagi ni.. mungkin dok rumah kot. Papa dia orang la ni kat Narita airport kot.. nak gi hapyou kat Singapore. Berkurunglah aku 3 beranak dalam rumah ni selama 2 minggu.. kalau aku malas nak gi jejalan.. hahaha.. Tapi takdelah tak keluar rumah langsung.. mesti keluarnye.. anak-anak kena gi sekolah macam biasa..

Uih... panjangnye aku dok merapu di pagi hari isnin ni.. aku stop dululah..
Ape ntah! comments(2) -
<< | 2/9 | >>
Related Posts with Thumbnails