Hari ini adalah kenangan hari esok,
tanpa hari ini tiadanya hari esok.
スポンサーサイト

一定期間更新がないため広告を表示しています

- - -
Bangkok Kitchen
Tengahari semalam, lunch kat Bangkok Kitchen Restaurant yang baru dibuka di Jyugaoka . Dari bulan pose hari tu lagi teringin nak try makan kat restoren ni. Tapi memandangkan bulan pose, terpaksa ditangguhkan. Bukan apa kalo gi restoren thai ni mesti nak merasa tomyamnya. Tomyamnya dah semestinya pedas. So kalo makan pedas2 semasa berbuka takut pula nanti balik rumah terpaksa berebut toiletlah pulak.. tu pun kalo sempat baliklah...

Semalam dapatlah melepaskan hajat dengan makan tomyam, nasi goreng seafood, kari ketam, kari salmon dan juga somtam. Dalam banyak-banyak makanan yang dimakan tu rasanya somtamlah yang paling best... ni lah yang buat rasa nak pergi lagi ni....

Somtam
Somtam

Tomyam
Tomyam
Jalan-jalan cari makan comments(6) trackbacks(55)
Makan Tengahari
Tadi makan tengahari di restoren jepun. Seronoknya bila sekali sekala dapat makan diluar. Boleh juga hilangkan jemu makan makanan masakan sendiri. Lupa sekejap pasal diet. Tadi order satu set makanan yang ada nasi, tempura, ikan sanma dan soba. Suami dan anak-anak pula, masing-masing order tendon.

Memang kenyang rasanya. Tapi aku tak sempat nak abiskan semua satu set makanan tu. Soba, Along dan Adik yang habiskan. Memang berselera dia orang makan tambahan pula bila dapat makan masakan jepun.

Tendon
Nasi, tempura, sup dan soyu utk dimakan dengan soba dan tempura

sama
Ikan sanma panggang

soba
Soba
Jalan-jalan cari makan comments(16) trackbacks(543)
<< | 2/2 |
Related Posts with Thumbnails