Hari ini adalah kenangan hari esok,
tanpa hari ini tiadanya hari esok.
スポンサーサイト

一定期間更新がないため広告を表示しています

- - -
Salam Aidiladha
Salam Aidilhadha untuk semua. Esok dah nak balik kg untuk sambutan dengan family di kampung. Oppss bukan esoklah.. dah kul 1.16 pagi daaa.... tengah tunggu madeleine masak, buah tangan untuk bawa balik kg esok.
Am comments(0) -
ShoutMix Chat
Dalam minggu ni sibuk sungguh. Nak kena siapkan kerja sebelum balik kg.. ehehe cuti lagi. Hari tu pi cuti-cuti Malaysia. Kali ni cuti balik kg pula sempena sambutan raya korban... Ohhohoho banyak sungguh cuti sejak balik Malaysia ni.

Masa kat jepun, time cuti ke idak, mana ada balik kampung. So tak ada bezanya cuti ataupun tidak.. kekadang jelah pi makan angin.

Pada yang tinggal komen di shout box tu sorry bebanyak ... lambat reply...
Ni nak cuba jawab kat entry inilah.

Guest kak yani ampoooon..kita ada kopipes resepi akak dlm blog yaaa...sorry & TQ yaaaaaa
Ni Aziemas.. mesti terlupa buh nama. Ambiklah Azie, sumer resipi yg diletakkan di MYR tu memang utk dikongsi.

2008-12-04 11:46 PM #
ajie kak yani,byk resipi guna 3tsp gelatin kalau buat cheesecake yg gune 500g cream cheese. Kalau gune 250g je, gelatin jadi 1 1/2 tsp je ke?

Yup, sukatan gelatin pun kena separuh jugalah. Kalo buat resipi yg guna gelatin ni

2008-12-03 5:03 AM #
ayaz kak yani.. mama borek anak rintik.. hehehe rajin si aina masuk dapo.. kak aritu p penang lupa lak nak bertanya kat mana nak beli jeruk... huhuhuhu...

laaa ayaz, awat tak tanya. Ni nak habaq, kalo mai penang lagi.. pi lah kat pasar balik pulau nun, rega jeruk kat sana memang murah sangat berbanding kat tempat lain. Bulih dapat separuh harga kalo nak banding dgn tempat lain di penang ni.

2008-12-03 4:35 AM #
nudra Yani..check email.Sy dah bank in..

Hari khamis tu ingatkan nak pi ler pos, tapi alamat nudra pulak takdak... mesti lupa kot... sy dah antar tanya alamat.. tertunggu juga nudra reply alamat.. Sorry ye.. esok dah nak balik kg. Minggu depan baru mai sini.. so minggu depan jugalah baru dapat pos.

2008-12-02 12:19 PM #
Razna camne leh rupa gitu award tu ek... hehe

ehehe.. itu tak bleh dipersoalkan... org bagi kita amiklah..

2008-12-02 3:12 AM #
masz73 pe habaq? lama x jenguk sni.. bz weeiiii...

kak masz, kita pun bz sungguh ni.. ekekeke

2008-12-02 3:12 AM #
vagg hai kakkkk.. air serai tuh cemana buatnya kak? rasanya? utk ape? wah byk tanya lak aku. ekekeke

takpa..takpa disebabkan dah nak raya haji tak jadilah nak marah. Cara buat air serai tu ada dlm myresipi.com . Rasanya... err susah nak citer ni... kena try dulu baru tauuu.. akak berani try sebab pernah minum kat restoren thai. Depa hidang ni sebagai air kosong pada sape2 yang masuk kat restoren dia.. biasanya free ler.... ada sesetengah restoren thai tu, depa sediakan air pandan. Khasiatnya tak tahulah... ehehehe

2008-12-01 11:13 AM #
elin kak, org ade bace psl scoreA kt web fendi family tu .. cmne nk join erk ?? kurang phm dgn 'distributor' tu ??

Panjang nak citer ni.. kalo nak tahu detail bulih antar email kat yanimnor@gmail.com

2008-12-01 3:22 AM #
14sept kak yani sibuk mengalahkan obama.. hehehe! salam hujung minggu kak

adeih... kita sekarang ni dah join club mak buyung... buat kerja sikit.. cepat letih. Tambah pula umur dah masuk 30an... cepat benor rasa letihnya.. berbeza time pregnant umur 20an dulu uhuhu... so bila kerja banyak.. banyak jugalah kena rehat.. tu yg jadi bz memanjang..

Am comments(2) -
Salam Syawal
Salam Syawal untuk semua... Sebelum balik kg utk raya tak sempat langsung nak wish SELAMAT HARI RAYA kat sini. Sibuk sungguh!. Pagi sebelum balik kg tu terpaksa siapkan kerja yg bos bagi. Nak bawa balik buat kat kg susah sket sebab takde line internet.

Dekat dekat nak balik kg hari tu memang sibuk sungguh.. mana nak kemas kain baju, buat biskut raya, siap kerja2 freelance.. tambah pula keadaan yg tak berapa sihat. Sampai hari ni masih lagi ada batuk-batuk.

Dalam kesibukkan kemas barang2 yang nak bawa balik kg.. terlupa juga nak angkut barang kemas bawa balik. Ni kes jarang pakai. Aku ni jenis yg tak berapa suka pakai brg2 tu semua. Mak dan mak mertua dah faham dgn perangai aku ni.. dan dah tak boleh nak buat apa. So raya kali ni tak berhias dgn barang-barang kemas ler.. :p

Raya kali ni juga ingatkan dapat ler berseronok sakan tapi.... huwaaa sedihnya.. ショック.

Sape-sape yg minta resipi biskut .. harap bersabar ye.. bila ada masa nanti akan dikongsi di myresipi.com

Am comments(3) -
Salam Ramadhan
Selamat berpuasa buat semua muslim yg mengunjungi blog ni.
Ehehe.. dah masuk hari ke-4 baru berkesempatan nak bagi UCAPAN ni.
Terima kasih kepada semua yg tinggalkan ucapan Selamat Berpuasa kat sini.

Puasa tahun ni, Afiq dan Aina dah mula puasa.. so siang hari tak payah nak fikir masak apa untuk dia org ni... olalala..

Tak payah disuruh dan tak sempat lagi nak bagitahu pasal puasa, dia orang dah tahu. Dia orang kata dah tengok kat cerita Upin dan Ipin. Menarik sungguh cerita ni. Sesuai untuk kanak-kanak yang baru nak belajar puasa.





Am comments(5) -
Kerja keras
semut
Sekumpulan semut ni nampaknya bekerja keras cari jalan nak masuk dalam botol jeruk aku!.. Nampak sangat semangat berkumpulan semut ni.. 2-3 ekor turun cari jalan nak masuk.. kemudian naik balik gi kat group dia tu.. mungkin bagi laporan kot.. pastu yg lain pula turun balik gi kat tempat antara muka botol dan penutup.. Begitulah seterusnya selama 3-4 minit pemerhatian yg aku buat kat atas semut tu.

Ehehe macam takde kerja aku ni.. padahal kerja yg perlu aku buat masih bertimbun2.
Am comments(5) -
<< | 2/15 | >>
Related Posts with Thumbnails