Hari ini adalah kenangan hari esok,
tanpa hari ini tiadanya hari esok.
スポンサーサイト

一定期間更新がないため広告を表示しています

- - -
Icecream wif strawberry jem
Aiskrem utk perabih stok cheese dalam esbox. Untuk Hana, resipi dah ada kat Myr nun. Malam ni baru sempat nak tulis resipi dan buh entry pasal eskrem ni.
aiskrem
Sehari dua ni dak kecik buat hal. Tidur sekejap-sekejap ja di siang hari. Tak dan mama dia nak merempit kat net ni. Belah malam baru tenang buat kerja tanpa ganguan dak kecik. Kul 7 mlm dia dah kalut nak tido. 
Dessert comments(0) -
Puding karamel tanpa telur
puding karamel

puding karamelDessert untuk hari ni. Lepas makan satu cup, Aina kata " rasa nak satu lagilah.." ohohoho sedaplah tu agaknya.

Sape-sape yang suka puding karamel tapi tak suka bau telur atau alergik dgn telur bolehlah cuba resipi ni . Oleh kerana sukatan bhn dalam resipi tu guna senduk dan senduk jenis yang dia guna tu takde kat rumah ni terpaksa ler aku edit sikit kuantiti bahan-bahannya..

Utk Ika ni resipi yang telah diedit sukatannya ke dlm gram dan juga ml.

Bahan-bahan :-
11g serbuk agar-agar
500ml air
500ml susu segar
2 sudu besar tepung kastad
1 sudu kecil esen vanila
240g gula

(kalau guna susu cair utk ganti susu segar bolehlah guna 400g(1 tin) susu cair + 600ml air)

utk karamel
160g gula
4 sudu besar air
4 sudu besar air suam.

Cara-cara:-

utk karamel
  1. Panaskan gula dengan air. Bila dah tukar jd perang, padamkan api dan masukkan pula air suam. Kemudian tuang ke dlm acuan yg sesuai.
  2. Masukkan air,serbuk agar-agar dan gula ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih.
  3. Dalam bekas lain campurkan susu,esen vanila dan tepung kastad. Kacau sehingga tak berketul.
  4. Masukkan no.3 ke dalam no.2. Masak sehingga jadi pekat atau likat. Kemudian tuang ke dalam bekas yang ada karamel tadi.
Dessert comments(0) -
Ice kimo ??

 aiskimo
Satu lagi projek untuk habiskan stok buah mango yang telah dibekukan dalam esbox. MANGO ICE KIMO... keskeskes... jadi ke dak ni.. Hentam sajelah labu.
Jadi tak jadi, sekejap je dah abih.. 
Dessert comments(2) -
Aiskrem nanas
 Balik dari kampung dua minggu lepas, adik aku bagi sebiji nanas. Masa dia bagi tu aku takmolah alasan tak muat kereta. Biasalah bila nak datang tu semua benda nak diangkut. Sampai penuh bonet kereta. Hihi.. alasan tu tak diterima. Dia kata tak kan sebiji nanas pun dah tak muat kot. Nak tak nak aku pun ambik gak lah.

Pastu bila dah mai sini, semua orang dalam rumah ni sibuk memanjang. Tak dan lah nak dok rileks rileks sambil makan nanas tu. Untuk ngelak dari buruk aku pun kupaslah nanas tu. Potong kecik-kecik dan biar dia duk diam-diam kat dlm esbox tu.

Kelmarin baru aku teringat kat nanas yg dah lama berehat kat dalam esbox tu. Fikir punya fikir terasalah nak wat eskrem..  ni ler hasilnya.

aiskrem nanas

Budak-budak dlm rumah ni kata ... " mama... macam aiskrem di baskin robbins la.." wakakaka.. kalau gitu lepas ni kita tak payah gi baskin robbins lagilah.

Sambil-sambil makan aiskrem ni, teringat plak kat adik aku tu. Kalau dia tak paksa aku ambik nanas ni arihtu.. tak menjadilah eskrem ni.. aku pun sms lah kat dia gitau sedap nanas yg dia bagi tu.. terkejut pulak dia.
 Tk buruk ko, br make? buat gano aiskrem?

Sape-sape nak resipi aiskrem yg simple mimple ni bulih ambik kat sini
Dessert comments(0) -
Fruit Jelly



Jelly untuk perabih buah-buah dalam peti ais. Satu-satunya makanan yang cepat abih. RUpa-rupanya org dalam rumah ni lebih suka makan jelly yang lembik-lembik ni berbanding dengan agar-agar atau puding.



Patut ler time aku buat puding atau agar-agar hanya aku sorang tukang perabihnya :p
Dessert comments(0) -
<< | 2/5 | >>
Related Posts with Thumbnails