Hari ini adalah kenangan hari esok,
tanpa hari ini tiadanya hari esok.
スポンサーサイト

一定期間更新がないため広告を表示しています

- - -
Salam ramadhan ke-3
Uhuhu masik hari ke-5 puasa baru sempat nak updet menu berbuka utk hari ke-3.

Menu simple je sebenarnya. Nasi putih,ikan bakar,taugeh goreng, kueh keria. Minumnya lupalah.. apa dia.

Budak-budak pula berbuka dengan curry rice. Lama betul tak masak kari jepun ni. Dia orang makan sampai bertambah-tambah. Sahur keesokkannya pun si afiq minta curry rice lagi.







Nih kueh keria org malas.. tak sira dengan gula pun.. hanya bedakkan dia dgn gula aising.


Ni pulak gambar ikan jeket atau ikan cencaru bakar dengan air asam. Belakang tu ada sayur taugeh.


Budak-budak  tak pandang pun lauk nih.. dia orang hanya nampak curry rice je.

Kat bawah ni gambar curry rice. Gambar tak berapa cantik sebab budak-budak dah tak sabar nak ngap.









Ramadhan comments(2) -
Salam ramadhan ke-2
 Kul 4 pagi tadi, entah apa mimpinya si kakak datang tidur kat bilik mama dia ni. Bila aku dah terjaga susahlah nak tidur. Kul 4.45 pula dak kecik bangun utk minum susu. Lepas bagi susu tu, aku terus bangun siapkan makanan untuk sahur. Dak kecik pulak terus sambung tidur sehingga jam 6.30 .

Berbuka hari ni dengan nasi kerabu. Gambo nasi kerabu tak dan nak ambik.. hihii faham-faham sendiri laaaa.. Hanya solok lada ja yang sempat posing depan kamera.



Alhamdulillah.. hari ni si abang dah berjaya puasa penuh. Tapi lepas buka puasa dia dah tak larat nak ikut papanya pi solat terawih.
Ramadhan comments(1) -
Salam ramadhan ke-1
Nih pesanan yg ditinggalkan oleh Jiya kat chatbox disebelah tu

14sept kehkehkeh... nasib baik nampak kad tu kak yani, kalo idak perlu diperbesarkan lagik gambar tu. hikhik! slmat berposa. jgn lupa kunci jam. hiks!

Jiyaaaaa.. malam tadi sebelum tidur akak dah ingat pesananmu itewwww..
kunci jam.. dah buat alarm kul 5.00 a.m kat handphone tu utk bangun sahur tapi entah macam mana tak bunyi pun.. dah kong agaknya handpon ku itu..

alifTapi sib baiklah dak kecik kat sebelah ni tolong kejutkan. Kalau tak, tak bersahur ler semua orang dalam rumah ni pagi tadi.


Si abang dengan kakak pun bangun sahur tadi. Tapi si abang puasa sampai tengahari je.. katanya pening kepala. Pagi tadi lepas subuh, entah macam mana suhu badan si along naik mendadak sampai 37 degree. Risau juga dibuatnya.

Alhamdulillah lepas tidur sekejap, suhu badan dia turun semua.

Hari ni berbuka dengan kurma,onde-onde,fruit jelly,nasi putih, sup tulang, ayam goreng dan kacang botol goreng.

Alhamdulillah... kenyang. Gambar makanan semua tak sempat nak ambik. Siap masak tadi dah nak berbuka.. so takdan ler nak capai kamera tu semua.

Time berbuka tadi dak kecik ni tak buat hal... bolehlah mama dia berbuka puasa dengan aman.
alif
Ramadhan comments(3) -
<< | 2/2 |
Related Posts with Thumbnails