Hari ini adalah kenangan hari esok,
tanpa hari ini tiadanya hari esok.
スポンサーサイト

一定期間更新がないため広告を表示しています

- - -
xtah apa-apa
Minggu lepas dan minggu yang sebelumnya, aku memang sibuk. Hari biasa sibuk dengan aktiviti anak-anak di youchien. Hari minggu pula sibuk beraya.. pegi open house.

Minggu lepas jugalah aku start buat pakaian si adik dan si abg untuk persembahan tahunan kat youchien dia orang nanti. Kelmarin kena hantar, baru kalut nak buat.. Padahal dah lama sensei dia orang bagi kerja ni tapi aku je dok tangguh-tangguh nak buat. Kerja senang je.. cuma kena jahit tangan tu yg take time sket...

Pada hari persembahan nanti, aku kena tolong sensei kelas si abg salin baju budak2. Malas sebenarnya aku nak buat. Tapi dah dilantik.. terpaksalah..
Aktiviti comments(0) -
Ueno zoo
Tadi bawa anak-anak gi ueno zoo. Hari ni youchien dia orang ensoku kat sana. Semua kena gi sendiri dan berkumpul kat sana. 1st. time aku bawa dia orang ni jalan jauh-jauh tanpa papa dorang..

Takde masalah pun nak gi sana tadi.. aku dah biasa gi sorang-sorang tapi bukan gi zoo la. Letih sungguh rasa hari ni.. dengan cuaca panas.. dah tu puasa pulak. Jeles pulak aku tengok kat gorila ni.. best je dia tidur. Tapi anak-anak aktif semacam..

gorila
Aktiviti comments(2) -
Lepas satu kerja
Tadi lepas ambik Aina ada meeting pasal next shinbokukai(party kaum ibu). Tak abih-abihlah dia orang ni dengan shinbokukai. Dah tu kali ni kena lantik jadi ajk.. 泣き顔

Tapi aku dah excuses takleh nak join dorang berparty, aku tak minum alkohol. Party kali ni utk minum alkohol. Nak mengeratkan lagi hubunganlah kot. Bila dah mabuk-mabuk tu, boleh nak cakap apa pun dah takde rasa malu.. itulah pendapat dia orang kot... heheh pepandai je aku buat andaian. あっかんべー
Aktiviti comments(0) trackbacks(0)
Shinbokukai lagi
Hari ni Shinbokukai lagi. Tapi kali ni untuk kaum ibu kelas Aina pula. Makan tenpura lagi.

Tempat duduk kali ni nombor 12. Nasib baik yang duduk sebelah aku tu tahu sikit-sikit english. Kalau tak mati kutu aku.. asyik-asyik dok tersenyum je lah. Geng-geng kali ni ramai yang aku tak kenal sangat lagi. Dorang pun macam takut-takut je nak bersembang dengan aku.

Part yang aku paling tak suka bila first time shinbokukai ni ialah part jikosyoukai(perkenalkan diri). Dah ditetap pun soalan-soalan yang perlu dijawab. Aku macam biasalah main hentam cakap english dgn nihongo. Apa yang aku tahu.. aku cakap ler dalam nihongo.

Ada kebaikkan juga jikosyoukai ni. Bila dah banyak kali cakap depan orang ramai, makin kurang rasa gementar. Rasa confident je padahal bahasa aku sebenarnya bukan main berterabur lagi!..
Aktiviti comments(0) trackbacks(0)
Ensoku
ensokuEnsoku yang pertama untuk tahun ini. Ni lah antara aktiviti terawal youchien Afiq dan Aina... Tahun ni dua orang.. bertambah letihlah aku.. kejap nak kena join kelas Aina.. kejap nak join kelas Afiq.

ensokuHari ni cuaca panas sangat. Sampai rasa sakit kepala. Nak je cepat sampai rumah. Bila dah sampai rumah tu, lepas solat zohor terus baring... tapi dia orang ni masih aktif. Sambung lagi main kat rumah.

Aktiviti comments(2) trackbacks(1)
<< | 2/3 | >>
Related Posts with Thumbnails