Hari ini adalah kenangan hari esok,
tanpa hari ini tiadanya hari esok.
スポンサーサイト

一定期間更新がないため広告を表示しています

- - -
Cak!!
Kalau dengan Along mudah sangat dia senyum..

alif
pinjam songkok along.. sat

alif
muka ceria baru lepas demam

Lepas raya ni dah 3 kali Alif gi jumpa doktor. Mula-mula batuk berkahak. Selang dua tiga hari pula selesema. Alang-alang bawa si along gi jumpa doktor terus minta ubat selesema untuk Alif sekali. Si cali telah cium pipi along. Tinggal ler kesan satu garisan panjang kat muka dia. Pastu ada biji nanah kecik-kecik kat sepanjang garisan tu.

Sabtu lepas pula badan dia tetiba panas.. suhu naik sehingga 37.9 degree. Terpaksa bawa pula gi jumpa doktor. Segala planning arihtu terpaksa ler kensel. Takleh nak gi beropen house.. takleh nak gi beraya umah kak feeza.. Terpaksa ler berhujung minggu kat rumah je.
family comments(3) -
Salam Syawal 1430
Salam Syawal buat semua. Tuan rumah masih dalam mood raya lagi ni.. masih malas lagi ni nak updet blog dan kerja-kerja yg sama waktu dengannya.raya

raya
family comments(4) -
Kata-kata seorang wira
 Kata-kata seorang wira yang telah berjaya menyelamatkan adiknya dari diserang.

"Aina!!.. Afiq dah lawan semut-semut kat adik alif"

Aina dengan excited lari naik atas pi tengok .
Wakaka.. macam hebat je bunyi.. berjaya lawan semut..
family comments(0) -
Ngantuk daa
Lepas mandikan dak kecik ni, sambil simpan alat mandian dia.. ambik kesempatan jap ngadap pc. Kalau nak cari masa betul-betul free untuk ngadap pc, susah sungguh. Tak sampai 5 minit duk ngadap pc, dak kecik ni senyap je. Rupanya dah terlena.

alif

Apa keadaan pun, kalau dah mengantuk dia boleh tertidur dengan sendirinya. Tak kiralah masa mama dia sibuk "mengvacuum" rumah. Walaupun bunyi vacuum cleaner memenuhi ruang telinga.
family comments(3) -
Passports
Akhirnya segala proses buat passport dan renew passport udah selesai setelah asyik tertangguh nak gi buatnya.


Aku pun dah dapat passport baru semula. Sebelum ni duk guna passport yg jenis lama sebab gi renew passport di kedutaan Malaysia di Japan.


Oleh kerana nak cepat terpaksalah terima passport jenis lama. Kalau nak tunggu yang jenis baru terpaksa tunggu 3 bulan baru siap.






Dak kecik ni pun dah ada passport. Uhuhu.. tengok tu bulat je mata dia.


Kali ni buat passport bukan untuk pergi merantau tapi hanya untuk memenuhi jemputan kenduri kawen di Bandung pada 08/08/2009 nanti.


 









Dah lama teringin nak gi Bandung ni. Asyik tak sampai seru je.
Mee bandung tu selalulah makan. Sirap bandung pun sama juga. Selalulah minum. Tapi gi Bandung ni belum pernah lagi.. kihkihkih..

Member Bandung tu dah berapa kali ajak gi sana. Katanya barang-barang kat sana murah-murah.
Macam-macam tempat menarik yang dicerita ada kat sana.


Tapi nak buat macam mana kalau takde tujuan penting.. hanya sekadar gi jalan-jalan tu alamak tak tahu bilalah akan sampai. Almaklum sekarang ni duit banyak nak digunakan untuk benda lain yang lebih penting dari gi makan angin.

Kali ni insya Allah akan sampai jugalah ke Bandung untuk gi kenduri kawen anak member tu kat sana. Alang-alang dah sampai sana nanti, bolehlah shopping sekali.


family comments(0) -
<< | 2/9 | >>
Related Posts with Thumbnails