Hari ini adalah kenangan hari esok,
tanpa hari ini tiadanya hari esok.
スポンサーサイト

一定期間更新がないため広告を表示しています

- - -
BBQ
Sat lagi nak pi bbq kat Futako Tamagawa. Seronoknya sekali sekala dapat jumpa kawan ni..

Jem... nanti jumpa kat sana....
Jumpa member comments(3) trackbacks(12)
Ramai kawan..
Hari ni genap dua minggu si Afiq gi kat tadika tu. Sejak tu jugalah mama dia ni pun dapat ramai kawan.

Seronok jugalah sambil tunggu anak-anak keluar kelas, mak mak ni dok borak-borak kat luar. Masa awal-awal tu malu juga nak join dia orang ni berborak maklumlah kita ni ciput je tahu nihongo. Sejak dah tahu ada dikalangan mak-mak tu yang pandai sikit berbahasa inggeris, mulalah terasa nak joinnya. Sekarang ni apa je perkataan nihongo yang aku tahu main sebut je lah..hahaha walaupun grammar lintang pukang. Janji dia orang faham. Dia orang pun sekarang ni ramai yang datang tegur. Tak macam awal-awal dulu.

Setelah dua minggu ni tak sangka pula dalam kelas bara gumi (kelas Afiq) ni ada juga gaijin. Dia orang ni tak nampak sangatlah gaijin sebab mix... mak gaijin dan bapanya nihonjin. Jadi nama dia orang pun dieja dalam tulisan hiragana. Kecualilah nama Afiq sahaja yang ditulis dalam katakana. Nampak ketara sangatlah gaijin dalam kelas tu.

Hari khamis minggu depan pula ada ensoku(jalan jauh). Mak mak pun ikut sekali. Macam-macam aktiviti disediakan. Mak mak pun kena nyanyi. Terpaksalah sekarang ni fikirkan lagu untuk nyanyi masa ensoku nanti..
Jumpa member comments(3) trackbacks(370)
Kak Rubie n Family
Seronoknya.. akhirnya dapat juga jumpa dengan Kak Rubie n Family. First time jumpa masa mula-mula datang ke Jepun di Student House. Dia nak balik ke Malaysia dan family n me baru sampai sini. Kak Rubie ni senior my hubby masa kat MRSM dulu.

Terima kasih Kak Rubie n Family kerana sudi datang ke rumah.
Jumpa member comments(3) trackbacks(299)
Sibuk sikit hari ni..
Hari ni sibuk sikit.. Petang nanti nak kena masak-masak sikit untuk jamuan malam nanti.

Malam nanti nak buat jamuan perpisahan untuk yang dah nak balik Malaysia. Yang dah tamat belajar kat sini. Kebetulan pula pelajar baru pun dah sampai. Jadi bolehlah buat jamuan two in one.

Planning nak masak nasi dagang dan bihun goreng. Kalau rajin sikit buat kueh. Buah-buah semua tu dan air minum suruh je junior bawa.. heheh senang kerja.

Ni baru je siap buat tepung pelita. Harap-harap rasa dia samalah yang jual kat pasar di Kelate tu. Kalau kat pasar di kelate tu, kueh ni cantik je dibuat kecil-kecil dalam daun pisang. Tapi tadi main masuk je dalam loyang. Nak makan nanti terpaksa ler cedok dengan sudu.

Oklah nak gi siapkan bahan-bahan untuk masak petang nanti ni..
Jumpa member comments(4) trackbacks(14)
<< | 2/2 |
Related Posts with Thumbnails