Hari ini adalah kenangan hari esok,
tanpa hari ini tiadanya hari esok.
スポンサーサイト

一定期間更新がないため広告を表示しています

- - -
Bunga
Sape kenal bunga ni??.... mesti ramai yg tahu kan..kan.. Harum sungguh bau bunga ni sama kuat dgn bau daunnya. Tapi baunya tak sama.

bunga kari

bunga kari

bunga comments(0) -
Matahari
Dah lama tak snap gambar-gambar keindahan alam. Nih amik semalam dari halaman rumah sambil ngintai-ngintai Afiq dan Aina main kat taman.


Am comments(3) -
Creamy potato croquettes
Dah lama tak masak ni. Kalau masa tinggal kat jepun zaman dedulo tu selalu sangat. Boleh katakan hidangan wajib setiap minggu.


 

potato croquettes

potato croquettes
Daging comments(1) -
Happy belated birthday
Happy belated  birthday to me, to Kak Nor and to Kak Fiza Myr. Uhh dah nak masuk seminggu baru buh entry wished ni.  Hari jadi kami ni sama iaitu pada 25 Feb..

Sejak ada baby Alif memang slow sgt nak update blog ni. Tambah sekarang ni pindah rumah baru.. lagilah banyak sangat benda nak buat. Rasa macam nak bersara dari memblog pun ada dah ni.

Terima kasih banyak-banyak pada teman-teman yg bagi ucapan.. tak kira melalui sms ataupun yg tinggalkan msg kat blog ni..

Sementara baby Alif tu masih dibuai mimpi.. eloklah  gi angkut kek kat rumah Hana Japan.

kek

Pastu singgah sat kat umah Aziemas di Johor.. ada kek lagi.. ada kad dan juga hadiah.

hpday


kekhadiah


Dari Johor singgah pula kat ganu.. Terima kasih Kak Nor. Moga kita sama-sama dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki serta diberi kesihatan yang sewajarnya supaya dapat menjalankan ibadat kepada Allah dengan sebaiknya... Amin.. Kalau Kak Nor sambut bday yang ke 43 saya pula yang ke 34. Uhuhu nombor yang sama hanya terbalik saja.. cantikkan... :)

kad


Utk bday sendiri tahun ni takdak kek pun.. malas nak buat. Cik abe ajak makan kat luar. Konon nak makan pizza. Tapi termakan kat A&W hahaha...  Sebenarnya kami ke Jusco Bandar Perda nak makan pizza kat sana. Alih-alih ternampak A&W yang baru buka. Apa lagi kami pun pergilah serbu. Tambah pulak budak-budak memang dah lama teringin nak makan kat A&W.

Time makan tu takdan dah nak amik gambo. Semua dah kelaparan...
Banyak sebenar nak citer ni.. tp terpaksa stop dulu.. Telinga ni macam terdengar-dengar dak kecik memanggil-manggil..

Stop dulu deh..  bye
aku..akulaa comments(4) -
Pau
Pauku ini jadi macam kulit org tua.. dimanakah silapnya??.. adakah sebab tak cucuk botoxx???

pau

Walaupun rupanya tak jelita tapi hasilnya tetap gebu. Rasanya-rasanya inilah pau yg paling gebu yg pernah aku buat. Tetap lembut walaupun dah sejuk.

Resepi pau ni amik kat myresipi.. yg diposkan oleh LynnSham . Katanya resipi ni dari taukeh frozen food, Pn Ani Ahmad yang dikongsi di RNet.

Bahan-bahan ( 64 biji - doh seberat 20 gm )

  • Bahan A:
  • 450 gm special pow flour (Hong Kong)
  • 230 ml air
  • 1 tbsp susu pekat manis
  • 5 tsp yis segera - Mauripan
  • Bahan B:
  • 300 gm special pow flour (Hong Kong)
  • 180 gm gula kastor
  • 40 gm shortening
  • 2 tbsp double action baking powder (for pau)
  • 1 tsp bread softener
  • Bahan C - larutkan:
  • 100 ml air
  • 1/2 tsp ammonium carbonate
  • Sedikit garam
  • Bahan D:
  • Inti - ikut citarasa sendiri

Cara-cara

  1. Satukan A, uli hingga jadi doh yang licin (saya guna bread maker). Kemudian rehatkan doh selama 30 minit (doh akan mengembang).
  2. Selepas 30 minit, campurkan A dengan B dan C. Uli hingga jadi doh yang licin (jika guna mixer; speed no. 2 selama 15-20 minit. Saya guna bread maker Empress [Cosway], setting no. 51, uli sebanyak 4 pusingan).
  3. Rehatkan dan biar doh mengembang sekali lagi selama 30 minit (doh pau ini sangat ringan).
  4. Bahagikan doh kepada bebola kecil (saya bahagikan kepada 20 gm tiap satu).
  5. Masukkan inti, bulat-bulatkan atau punjutkan.
  6. Rehatkan sekali lagi hingga kembang selama lebih kurang 10-15 minit.
  7. Kukus selama 5-7 minit dalam pengukus yang telah dipanaskan terlebih dahulu (saya kukus dengan api sederhana).
  8. Untuk frozen pau: setelah pau dikukus, biarkan hingga betul-betul sejuk. Kemudian bekukan secara individu (pastikan pau tidak melekat antara satu sama lain). Bila dah beku, keluarkan dari fridge dan terus pek (jumlah per pek terpulang.. pau tidak akan melekat antara satu sama lain). Selepas dipek, terus disimpan sejuk-beku.
  9. Cara mengukus frozen pau: Panaskan pengukus, terus kukus pau tanpa perlu 'defrost' (api sederh

pau
Kuih-muih comments(3) -
<< | 2/124 | >>
Related Posts with Thumbnails