Hari ini adalah kenangan hari esok,
tanpa hari ini tiadanya hari esok.
スポンサーサイト

一定期間更新がないため広告を表示しています

- - -
Mini pizza
mini pizzaBreadfast arihni makan mini pizza dengan grapefruit juice.

Bentuk mini pizza ni aku tiru dari salah satu buku kat Tokyu Hands. Ahad lepas gi Tokyu Hands kat Kawasaki. Sambil dok melilau tengok barang-barang yang ada kat situ nampak ler satu buku masakan ni.. Apa lagi terus buka dan belek tengok apa yang menariknye.. Nampaklah satu roti ni.. siap ada gambar step by step cara buatnya. Entah apa nama roti ni.. aku tak baca pun namanye.. main tengok gambar je. Bahan-bahan dia pun aku tak tengok.. main hafal cara nak buat je.. yang pasti dia bukan ler letak cheese macam aku ni.. dia letak inti lain. So aku main hentam jer lah letak cheese, sosej, piman, olive dan asparagus. Dah siap tu nampak menariklah juga.

Bila big boss makan, dia kata macam pizza lah.. apa lagi aku pun bagilah nama mini pizza.ニコニコ
Roti comments(0) -
Cream Puff
cream puff

Yatta!!!.. akhirnya berjaya juga buat kuih ni.. yummy..yummy
Dessert comments(4) -
Jus timun
jus timunKat jepun macam-macam sayur yang dia orang buat jus. Jus tomato, timun, celery, bayam, lobak merah, daikon, peria dan macam-macam lagilah. Selama ni rasa peliklah bila dengar minuman berklorofil ni. Selalu fikir sedap ke.. macam manalah rasanya..

Kat Malaysia dulu glamer juga minuman klorofil yang diimport dari jepun ni.. Tak tahulah la ni masih glamer lagi ke dak. Harganya perghh.. bukannya murah. Tapi dah orang yang jual tu kata boleh hilangkan rasa letih, jadi sihat dan macam-macam lagi kebaikkan, ramai orang yang sanggup beli. Tak kira yang dok di bandar atau di kampung-kampung ramai yang terpengaruh dengan minuman klorofil yang diimport dari jepun. Errr.. rasanya mungkin lagi sihat kot kalau blend sendiri sayur pastu minum. Nak-nak sayur fresh yang ditanam sendiri.

Semalam aku trylah buat jus timun ni.. Alhamdulillah semua family suka.. si budak kecik dua orang tu pun suka. Lepas ni nak try buat untuk sayur-sayur lain pulak.
minuman comments(0) -
Hanabi
Semalam gi tengok hanabi(bunga api) di Futako Tamagawa. Hanabi ni salah satu aktiviti di musim panas kat jepun ni.
Hanabi
- comments(1) -
Dia pergi dulu akhirnya....
Lebih kurang setahun lebih lagi aku akan berada kat jepun ni. Lepas tu akan balik Malaysia for good. Kalau fikirkan rumahku yang sempit ni, terasa tak sabar nak balik. Awal datang dulu, tak terasa sangat sempitnya rumah aku ni.. Masa tu barang pun tak banyak lagi. Sekarang ni barang dah makin banyak.. dah takde tempat nak disimpan.. Kalau dulu aku sentiasa ubah susunan barang dalam rumah ni.. tapi la ni dah takde tempat.. walaupun dah boring, terpaksalah buat dak je.

Pagi tadi plan nak buat murtabak segera. Bila keluarkan inti dari peti ais, tengok dah basi. Terpaksa fikir masak benda lain. Pastu bawa keluar fresh milk dari peti ais, tuang ke dalam mangkuk. Yang keluar hanya air jernih.. tuang lagi, keluar pula ketulan-ketulan putih macam yogurt.. alamak!! fresh milk aku pun dah basi. Tengok expired date kat kotak masih ada 2-3 hari lagi. Buka pula butter, aik butter pun jadi cair.

Pastu gi buka peti ais semua.. tak terasa sejuk langsung. Bau busuk pula yang menyusuk masuk ke lubang hidung. Huwaaaaaaaa... ayam aku pun dah busuk. Pegang pula barang lain yang ada kat dalam peti ais. Tak terasa sejuk pun. Memang sah peti ais aku dah rosak.

Akhirnya rosak jugak peti ais aku nih... kalau nak kira memang fizikal peti ais aku ni dah agak uzur. Bila fikir hanya tinggal setahun lebih saje di sini, malas nak beli yang baru. Guna saja selagi ia boleh digunakan.. tapi akhirnya terpaksa juga beli yang baru..

Setelah hampir 4 tahun guna peti ais ni.. akhirnya terpaksa dibuang juga. Peti ais ni dulu pun bukan aku beli. Ambik yang orang buang. Masa ambik tu dia dok kat bawah pokok dengan kawan-kawannya yang lain. Dia dan dua lagi temannya, big boss ambik bawa balik ke rumah ni. Sampai ke hari ni dia hanya tinggal berdua. Temannya yang satu lagi telah dibuang setelah berkhidmat beberapa bulan. Lepas ni dia pula akan mengikut jejak temannya tu. Tinggal ler satu lagi. Harap yang ni tak rosak sampailah aku balik Malaysia nanti.

Sebenarnya barang yang big boss angkut dulu tu(peti ais, mesin basuh dan dapur gas) , yang ditinggalkan oleh student sebelum balik Malaysia. Nak buang kena bayar, so dia orang main tinggal je kat bawah pokok kat rumah sewa dia orang tu.. Sib baik bukan tinggal di Tokyo.. bolehlah dia orang buat gitu.
Ape ntah! comments(2) -
| 1/3 | >>
Related Posts with Thumbnails