Hari ini adalah kenangan hari esok,
tanpa hari ini tiadanya hari esok.
スポンサーサイト

一定期間更新がないため広告を表示しています

- - -
Biskut baby
Biskut untuk my little baby yang tak lama lagi akan mencecah usia 8 bulan.

tamago boro

"Hari ni mama buat biskut untuk saya. Saiz biskut tu sebenarnya kecil. Sekali saya ngap je.

Tapi bila tengok dalam gambar di atas yang mama ambik tu macam besar kan.

Oppss... abaikan kain-kain yang bergantungan kat kerusi di belakang tu. Hari ni hujan dari pagi lagi. Terpaksalah mama sidai dalam rumah.

Oh ya saiz sebenar biskut saya ni macam gambar kat bawah ni lah.

Kecilkan kalau nak dibanding dengan botol air saya tu...

Saya suka makan biskut ni. Along pun suka..

Kawan-kawan nak resipi boleh ambik kat bawah ni. Lepas tu mintalah mama buat ye!.."




Bahan-bahan:-
  • 80g tepung ubi
  • 20g tepung jagung
  • 25g gula kastor
  • 2 biiji kuning telur
  • 2 sudu besar susu tepung (susu bayi)
  • air
Cara-caranya :
  1. Masukkan telur dan gula ke dalam mangkuk. Pukul dengan whisk sehingga gula larut.
  2. Masukkan susu tepung, pukul lagi sehingga sebati.
  3. Masukkan pula tepung. Uli sehingga tidak melekat ditangan. Kalau agak keras bolehlah tambah sedikit air. Lepas tu getel bulat-bulat kecil.
  4. Panaskan oven sehingga suhu 180 degree. Kemudian bakar selama 7-8 minit.
tamago boro
Cookies comments(6) -
スポンサーサイト
- - -
Comment








salam k.yani, baru mencari2 cara wat homemade sekut nie utk baby member..
tapi resepinyer xda ke k.yani? sekut ni sesuai ngan baby bape bulan ?
from. umiey | 2009/11/05 16:40 |
sesuai utk bby 7-8 bln ke atas. Kalau yg dah ada gigi tu boleh ganti 2 biji kuning telur tu dgn satu biji telur.
from. yani | 2009/11/05 22:44 |
Salam Kak Yani..
Seronoknya tgk biskut tu..hati ku berbunga2.. Terima kasih byk2 ye kak bg resepi ni..
from. Zeta | 2009/11/06 10:07 |
waa...bestnya..anak sy dh nk masuk 1 thn..tp dia suka mkn biskut..leh cuba la wat..tq kak yanie
from. minah | 2009/11/06 10:10 |
sape2 yg nak try buat biskut ni jgn guna sebiji telur macam yg saya gitau tu.. semalam dah test.. hasilnya keras. Anak2 kata lebih sedak yg hanya guna telur kuning sahaja
from. yani | 2009/11/06 21:53 |
hehehe kiutnyer bila akak tulis macam tuh!
from. wanie | 2009/11/09 19:51 |
<< NEW | TOP | OLD>>
Related Posts with Thumbnails