Hari ini adalah kenangan hari esok,
tanpa hari ini tiadanya hari esok.
スポンサーサイト

一定期間更新がないため広告を表示しています

- - -
Apam gula hangus
Nih apam yg dimasak malam tadi utk bekfes pagi tadi. Lepas masak malam tadi dah buh entry apam ni. Tapi takleh nak komen apa2. sebab belum makan lagi.

Bila makan pagi tadi ..perghh... memang gebu.
Utk lia dan sape2lah yg suka makan apam bolehlah try resipi ni. Sonang dan sodap!!.. Kalo buh dlm bekas cenggini.. 10 minit dah masak.

apam gula hangus

Nih resipi utk kuih apam ni. Kalo nak senang boleh gi print resipi ni kat myresipi.com . Terima kasih kak fida utk resipi yg mabeles ni.

Bahan-bahan ( loyang 11x11 inc. )

  • 1 1/2 cwn (300g) gula pasir*
  • 2 cwn (400ml) air
  • 1 cwn (200g) gula pasir
  • 4 biji telur - grade A
  • 4 cwn (400g) tepung gandum
  • 4 sk rata bicarbonate of soda
  • 1 tin susu cair

Cara-cara

  1. Goreng gula pasir* hingga hangus dan tuangkan air dan masak hingga mendidih dan gula larut dan sejukkan.
  2. Tepung dan b. soda di ayak.
  3. Telur dan gula di kisar dlm blender hingga gula hancur dan tuangkan kedlm sebuah mangkuk.
  4. Masukkan campuran tepung dan susu cair kedlm adunan telur dan gaul hingga rata.
  5. Tuang pula gula hangus dan gaul lagi hingga sebati. Tapis adunan utk mendapat adunan yg halus.
  6. Tuang adunan kedlm loyang yg telah digris dan dipanaskan dlm kukusan terlebih dahulu dan kukus selama 45 min.Pastikan penutup kukusan dibalut dgn kain supaya air wap tidak masuk ke dlm kuih.
  7. Biarkan apam sejuk di dlm loyang. Potong apam dan sajikan dgn kelapa parut putih yg dikukus bersama sedikit garam.
  8. Jika menginginkan kuih apam yg tebal, gunakan loyang 10x10 inc. tapi masa kukusannya hendaklah ditambah sedikit.


apam gula hangus
Kuih-muih comments(1) -
スポンサーサイト
- - -
Comment








OMG Kak Yani, Love fell in love with ur apam ler !! I'm seriously drooling rite now! Gosh!! Delicious!!!

from. Love | 2009/10/30 17:24 |
<< NEW | TOP | OLD>>
Related Posts with Thumbnails