Hari ini adalah kenangan hari esok,
tanpa hari ini tiadanya hari esok.
スポンサーサイト

一定期間更新がないため広告を表示しています

- - -
Marble yogurt cheese brownies


My marble yogurt cheese brownies.. hihii. Ni aktiviti untuk perabih stok yogurt dlm esbox.  
 
marble brownies

mable brownies

Resepi asalnya dari marble cheese brownies.. ambik kat Rinnchan fotopages . Resepi asalnya cenggini :-



Bahan-bahan Brownies :
250g butter
1 cwn serbuk koko
3 biji telur gred B
1 1/2 cwn gula castor
1/2 cwn susu cair
1 1/2 cwn tepung gandum *Ayak dgn BP & SB
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonate
1 tsp esen vanilla

Cara-cara:
1. Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.
2. Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau sebati.
4. Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata.
5. Panaskan oven pada suhu 175 darj cel. Alas loyang 10" x 10" dgn grease proof paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies.
6. Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti.
7. Bakar selama 20min menggunakan api atas dan bawah.


Bahan-bahan lapisan cheese:
250g cream cheese
1 cwn gula castor
1 biji telur gred B

Cara-cara:
1. Pukul cream cheese hingga gebu.
2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.

*Selepas 20min keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan. Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa. Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15min atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong.


yogurtDiriku telah mengubahsuai bhn utk lapisan cheese tu jadi
150g cream cheese + 100g yogurt.
100g yogurt tu hasil dari 200g yogurt yg telah disejat utk buang airnya.


Maka dengan ini terhasillah Marble yogurt cheese brownies hihihi... :D




Kek comments(1) -
スポンサーサイト
- - -
Comment








Salam semua,

Kami ingin mengajak anda menyertai komuniti blogger dari serata tanahair untuk mempromosikan blog anda di laman web kami. Click pada butang 'Tutorial' untuk mengetahui cara menggunakannya. Pendaftaran adalah PERCUMA!

Daftar sekarang: <a href="http://www.imcurtain.com">Blog Malaysia</a> [Blogger's Meeting Point]

Malaysia Boleh!
from. IMCurtain | 2009/10/06 12:59 |
<< NEW | TOP | OLD>>
Related Posts with Thumbnails