Hari ini adalah kenangan hari esok,
tanpa hari ini tiadanya hari esok.
スポンサーサイト

一定期間更新がないため広告を表示しています

- - -
Celoteh
Hujung minggu lepas takdak nak ke mana.. so ajaklah my hb jalan-jalan ke Bagan Serai sambil jalan-jalan cari makan utk lunch. Kebetulan hari tu banyak pula kedai makan yang tutup.

At last ternampaklah Marrybrown. Kami pun singgahlah lunch kat situ.
Uhuhu.. masakannya tak seindah gambar menu. Kentang gorengnya tak rangup langsung. Ambik nama goreng je. Bila makan masih terasa ubi mentah.

Anak-anak pula ambik 2 set kid set. Kenkonon nak hadiahlah sorang satu. Sadis sungguh satu je dapat.. tu pun yg display kat kaunter. Hadiah dah abih. Lepas tu nak diganti dengan kalendar 2009. Hahaha kalo kalendar 2010 oklah juga.
Nampaknya itulah kali pertama dan terakhir kami makan di marrybrown.

ayam radix

Sebelah marrybrown tu pula ada stokis radix. Besar jugalah kedai dia. So lepas makan tu singgahlah kat situ. Tinjau-tinjau barang apa yang ada. Dalam paler ni dah target nak try beli tepung serbaguna radix tu.. kat internet ramai yg dok kata sedap.. ada yang komen lebih sedap dari KFC. Teruja jugalah nak try.

Alang-alang dah ada dalam kedai tu, tinjau-tinjaulah produk lain kot ada yang berkenan utk dicuba. Bukan sekadar produk, apa-apa artikel yg ditampal kat dinding pun kami baca. Nampak benor kami ni tak tahu sangat pasal produk radix ni.

Tapi sayang pekedai tu tak ambik peluang utk promote barang-barang dia. Nak kata sibuk layan pelanggan lain tak juga. Hanya kami anak beranak je yg ada dlm kedai dia tu. Dia hanya diam je duduk kat kaunter. Pandang je yang apa yang kita org buat.

Uhuhu naik rimas pula aku dibuatnya. Tak sempat keluar dari kedai lagi aku dah bisik kat hb.. ".. ish.. org ni tak mesra alam lah".. Hb hanya tersenyum je. Bila dah keluar dari kedai baru dia gitau.. "emm.. memang tak mesra alam.. hihi".

Dengan pekedai yang tak mesra alam tu, dapat jugalah angkut tepung serbaguna dengan coffee. Rasanya kalau pekedai tu pandai promote, tak mustahil banyak lagi barang yang kami beli. Almaklumlah kami ni jenis suka try macam2.

Bila sampai kat rumah baru perasan tepung yg dibeli tu dah expired. Ohohoh.. tapi baru je tamat tempohnya.. nak buang sayang.. try jugalah wat xperiment kat atas ayam yang masih tinggal 2 ketul kat dalam esbox tu.. emm rasa dia sedap jugalah. Boleh beli lagi lain kali tapi rasanya tak akan pi dah kat stokis tu.. beli kat tempat lain pulak..

ayam radix
aku..akulaa comments(1) -
スポンサーサイト
- - -
Comment








bestnya...teringin nak pegi dan rasa ayam radix tu. kat sini takde pun restoran dia.
from. hanis | 2009/08/06 10:04 |
<< NEW | TOP | OLD>>
Related Posts with Thumbnails