Hari ini adalah kenangan hari esok,
tanpa hari ini tiadanya hari esok.
スポンサーサイト

一定期間更新がないため広告を表示しています

- - -
Kerana samping
Semalam sambutan Maulidur rasul SAW kat sekolah si Afiq. Semua student kena pakai baju kurung bagi perempuan dan yg lelakinya pula baju melayu.

Si Afiq kata kena pakai baju melayu dengan samping. Alamak sampinglah pulak. Manalah nak ada. Raya tahun lepas hanya beli sepasang baju melayu. Samping tak beli. Kat tempat aku, mostly budak-budak kecik hanya pakai baju melayu je time raya.. tu pun pakai pagi raya je. Jarang yang pakai lengkap dengan samping. So aku pun malaslah nak beli..

Pagi semalam tu, time nak gi sekolah dia dah mula sedih sebab takde samping. Nak pakai samping yang kelas KAFA tu nampak peliklah pulak.. tak sesuai dengan warna baju melayu dia. Lagipun aku dah masukkan ke dalam mesin basuh. So aku pujuk ler.. kata takpe tak pakai samping.. budak-budak lain pun mesti ada yg tak pakai.

Time gi antar dia kat sekolah tu.. nampaklah ada yg tak pakai samping. So bagi membuktikan kata-kata aku tu benar.. aku tunjuklah kat dia beberapa org student yg tak pakai. Tapi mostly student yg aku nampak tu semuanya pakai... hanya beberapa orang saja yg tak pakai.

Lepas balik sekolah semalam, dia citer kena tarik pipi kat cikgu sebab tak pakai samping. Dalam kelas dia hanya dua org yang tak pakai.. dia dan Aiman. Dia kata dah bagitahu cikgu yang dia takde samping tp cikgu tetap tarik juga pipi dia. Pastu dia berlari masuk bilik dia.. ambik kain pelikat dia bawa mai tunjuk kat aku.. "PAKAI KAIN NI PUN TAKPE MAMA".. emm manalah aku tahu tak pakai samping jadi satu kesalahan.. ingatkan takpe :p . Rasa kecian pula kat Afiq.. sebab aku dia kena tarik pipi. Tapi macam mana ye dengan budak-budak yang keluarganya memang tak mampu nak beli samping??.. Kalau pakaian melayu tu jadi pakaian wajib gi sekolah.. adalah juga kewajaran utk cikgu marah pd yg tak pakai .

Rasa macam nak call je cikgu tu tanya pasal ni.. tapi takut pulak nanti cikgu tu akan lepas marahnya kat anak aku.. Macam yang kes tak dapat buku hari tu.. lepas papa dia gi jumpa cikgu tanya pasal buku yg tak dapat... ehehe gi tanya je bukan gi marah pun. Tak sangka naik hot lah pulak cikgu tu.. gi lepaskan kemarahan dia kat Afiq..

La ni.. Afiq dah takmo bagi aku gi jumpa cikgu dia kalau ada apa2 yang berlaku kat dia.. Hari tu dia kena ugut kat kawan dia.. minta duit. Kalau tak bagi dia org semua tak nak kawan. So duit yg papa dia bagi utk bagi kat cikgu utk beli buku abih diberi kat kawan dia.. Time dalam kelas.. semua org dah ada buku.. dia yang takde. Bila nak share semua kawan-kawan dia tak bagi.. so dok ngange jelah dlm kelas time cikgu ngajar. Bila papa dia kata biar papa dia gi bagi duit tu kat cikgu.. dia takmau. Dah tak mau papa dia gi kat sekolah.. takut kena marah kat cikgu lagi.

Emm... susah jugakan bila ada cikgu yg jenis ni.. bila kita gi tanya itu ini dah mula nak melenting... nak elak anak kita jd mangsa terpaksalah diamkan diri. Lainlah kalau dah nak cabut dari sekolah tu.. tapi rasanya tak semua cikgu macam ni.. Kalau ada cikgu2 yang baca apa yg aku tulis ni.. minta maaf kalau terasa.. Ini hanya sekadar luahan perasaan ehehe. Aku tahu tak semua cikgu macam ni..
Ape ntah! comments(16) -
スポンサーサイト
- - -
Comment








gi jumpa guru besar terus :D
dulu i kat sek. men. pun ada cikgu cam gitu, kan tugas cikgu untuk mengajar budak2 tapi cikgu tu marah2 n tak cakap dgn students yg dia tak suka!!
from. Lydia | 2008/04/12 12:28 |
muahahahaha sekeh je cikgu tu kak, kekekekek ( c ...my tanduk dh kua ) senang citer direct je kt cikgu beso..pas tu masa PIBG sound je...kdg2 menda remeh2 mcm ni pon cikguuuuu ni amek kisah...takat samping kn..kes tpencil muahahahahah kalu azie, tipon jer cikgi tu hehehehehe pstttt jgn ikut sbb azie ni 'nakal' sket kekekekekeke
from. Aziemas | 2008/04/12 18:03 |
cikgu oh cikgu ... macam2 kerenah gak dia orang, akak pun ada problem sket ngan cikgu ni, tapi sket ajalah, kiranya boleh diabaikan, tapi sekali sekala fikir, geram gak dibuatnya, dah lah garang, malas nak buat kerja lebih, sudahnya anak2 kita yang jadi mangsa. rasanya kalau cikgu tu tak boleh dibawa berbincang, terus kepada gurubesar lah agaknya yani ... atau pun terus tulis secara offical kepada gcikgu besar kut .... itu yang akak pernah terfikir ler
from. kakmazni | 2008/04/12 20:40 |
klu cakap saja, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. wat surat terus, dua tiga salinan hantar kat org2 berkenaan kat sekolah tu.... cikgu terbabit, pengetua dan ketua pibg. klu satu jer, takut cikgu tu sembunyikan.... geram sangat bila baca nih..... ish....
from. hani | 2008/04/13 03:01 |
sam kesian pulak kat afiq..
from. sam | 2008/04/13 10:20 |
dah byk kami dengar citer pasal afiq ni..ni yg buatkan kami ingat nak hantar private school je for 1 year..dah boleh adapt nanti..baru masuk sekolah kebangsaan...doukana??? takut budak2 ni demotivated je...yg nak belajar jadik malas nak pi sekolah etc
from. nash | 2008/04/14 09:04 |
Kawan-kawan semua..
Sebelum ni kes tak dpt buku.. sebulan lebih gi sekolah masih x dpt semua buku2 yg sepatutnya my kid dpt.. mana tak hot kan.. kita hari-hari dok ajar anak kita simpan buku ikut jadual.. alih-alih pergi sekolah ada je buku yg dia tak bawa. Pastu kena denda kat cikgu. Padahal buku-buku tu dia tak dpt lagi. Bila tanya kat my kid buku apa yg dia takde.. dia pun tak tahu nama buku tu.. iyelah baru sebulan lebih gi sekolah.. baca pun tak reti lagi.. masih blur lagi.. My hb gi sekolah tu jumpa dengan cikgu penolong kanan.. minta list buku yg sepatutnya student dpt. Cikgu tu kata dia org tak sediakan list sebab semua student akan dpt pinjaman buku teks. So my hb ceritalah yg my kids ni ada beberapa buah buku yg belum dpt.

So hari tu jugalah my kid bawa balik buku2 yg dia tak dpt lagi.. ingatkan semua berjalan lancarlah lepas my hb gi kat sekolah tu.. rupa-rupanya cikgu buku teks gi marah kat dia.. lebih kurang ginilah anak i cerita "SAPE YG BAPA DIA DATANG TADI. BUKU APA YG TAK DPT LAGI" Bila my kid kata tak tahu buku apa yg tak dpt lagi.. mulalah tunjuk muka marahnya. Sejak peristiwa ni lah my kid dah tak mau my hb and i gi sekolah dia jumpa cikgu.. Dia rasa malu kena marah2 kat depan kawan2 kelas dia.
Apalah cikgu ni.. silap dia yg x pastikan all student dpt buku. Kerana dia jugalah student kena denda kt cikgu lain sebab x bawa buku.. Alih-alih dia dtg marah pulak kat student tu.. bukannya nak minta maaf. :p .
So sekarang ni i pun kena fikir dua kali.. utk gi report pd cikgu besar.. takut anak i pula yg akan jd sasaran cikgu tu.

Nash kalau mampu.. ok je nak hantar pi private school. Kat KL mesti takde masalah nak cari private school. Anak buah bakhtiar yg kat kelantan nun pun sekolah rendah kat private. Tapikan x semua sekolahlah yg ada cikgu2 macam kat sekolah Afiq ni.. Nampaknya Afiq lebih suka kat cikgu lelaki dr perempuan.. Selalu balik cerita cikgu BI dia baik . Cikgu BI dia ni cikgu lelaki.. mungkin cikgu perempuan ni lebih suka ikut
from. Yani | 2008/04/14 10:49 |
emosi kot bila menghadapi kerenah students nak nak time datang bulan.. eehehe
from. yani | 2008/04/14 10:51 |
kak yani patut jumpa face to face dgn cikgu yg marah anak kak yani tu.sy rasa cikgu-cikgu kat skolah anak kak yani tu otai2.kak yani p tarik pipi cikgu tu balik huhuh.klu salah budak tak buat keje skolah ke bleh laa nk marah tp ni berkenaan perkara lain rasanya tak patut laa cikgu tu nk main tarik2 pipi lak kn...mesti sakit tu.klu cubit2 manja takpe gak hehehe..
from. azey | 2008/04/14 19:02 |
salam..
mgikut pgalaman asmi masa jadik cekgu dulu, asmi ada gak marah bebudak... tp bila kita dah cool balik, kene la xplain kat budak nape kita marah kan diorg... so budak akn faham apa kita nk n x buat lg.. n elok kalau ckp antara kita n dia jer... sbb resam budak nie, bila tgk kwn kene marah, pastu mula nk ejek2.. ini yg effect x baik pada yg kene marah... rasa rendah diri, malu sedih etc... kadang2 cekgu pon buat perangai nie sbb dh lost control... cuma cara cekgu anak kak yani tu x btol la...
elok diskas ngan guru besar... xplain n cite poblem anak ni bila d buat camtu dek cekgu.. naya budak tuuu
from. asmiaishah | 2008/04/14 23:28 |
Kesian anak u yani..cikgu tu pun, tak boleh nak beralah skit...
from. Ah Mat Gebu | 2008/04/15 00:50 |
itulah cikgu kita...nak tanya pun tak boleh...sikit2 nak marahkan anak kita...sama gak ngan sjkc tmpt anak eda sekolah...cikgu tu sorang je wat perangai camtu...kadang2 geram gak...tapi sejak eda jelaskan...baru dia tak berani angkat muka...hhheeee
from. edazman | 2008/04/16 00:21 |
Kak Yani, kesian kat Afiq..
lela ingat akak kena buat sesuatu kak, dalam usia dan waktu membesar afiq sepatutnya tak rasa per yg dia rasa sekarang ni, lela ingat dia mesti rasa takut setiap kali pergi ke sekolah, ish tak adil camni, per kata akak buat surat dan buat beberapa salinan or cc pada pengetua, or orang yg sepatutnya kat situ..buat macam kak hani cadangkan, kalau buat cenggitu baru ada perubahan, biasanya camtulah..tulah kesan dari "THE POWER OF WRITE"..akak, please do something, sakit hati lela dengar benda2 cenggini, lela rasa afiq tuh bukan jenis nakal or suka buat hal, tengok gaya dia pun jenis cool jerk..
Kadang kena tahu gak, sejauh mana budak tu nakal..tak sepatutnya cikgu tuh sesuka jer buat anak2 kita camtu, kalau gitu baik tak yah hantar kat sekolah, kita nak dia didik anak kita, bukan ditengking or herdik..nih berdasarkan pengalaman dan lela tengok sendiri dgn mata kepala lela, nasib ler tuh bukan anak buah lela, kalau tak mau lela pi jumpa cikgu tu,kisahnya cenggini..lela nak pi amik anak sedara lela balik dari sekolah tadika, so lela sampai awal dari waktu dorang balik,akak tahu per cikgu tu buat..???cikgu tuh tengah pegang buku latihan sorang budak ni, then cikgu tuh panggil dan hempuk buku latihan tu kat kepala budak tu beberapa kali,pastu cikgu tu lempar buku latihan tu ke arah budak2 lain,hmmm lela masa tu memang meruap habis, ingat nak naik jumpa cikgu tuh then nak tanya per kesalahan budak tuh sampai buat dia cenggitu...sorry to say, kalau kata bodohkan marah pulak, tapi cara mengajar budak2 macam tu ker..???heiiiiii...tulah lela kata tak padan dgn kes, tapi betul, kalau kena kat anak buah lela tika tuh, memang lela naik jumpa cikgu tuh, bukan nak gaduh, cuma nak tanya cikgu tu per kesalahan n besar sgt ke kesalahan tu, kalau tak faham, meh lela ajar dia camner nak ajar budak2 kecik, hehehehehheehhehe...dorang ni pun satu, cam tak pi kursus pun ada, tapi kena ingat gak, bukan semua cikgu cenggitu, ramai lagi cikgu yg baik kat luar san
from. lelayong | 2008/04/16 17:13 |
Hi Yani,
siannya yr son bila baca yr story.Takut nanti lama2 dia tak suka pergi skolah just because of this 1 cikgu.Apalah punya cikgu mcm tu kan.Samping tu bukannya pakaian islam pun, apa yg dia sampai nak tarik pipi.Kalau kena kat anak I, memang dah lama lah I mengamuk. You ni sabar betul ye.
from. lemongrass | 2008/04/21 22:18 |
salam yani....anak sulong akak pun ada masalah ngna kawan2 kat skolah..asyik nak paw obentou dia..kesian...mcm2 cara ajar..dah selalu ckp/ajar kat dia..suruh berani skit..kalau tak mmmg habis kena buli...kena ckp mcm2 pun ader/ejek2...last2 dia bandingkan kebaikan kawan2 dia kat jepun gka...huhuhu..nak balik skolah sana!
from. kak ha | 2008/04/22 15:52 |
Emm.. macam2 kes kan kat sekolah la ni.. macam jd perkara normal pulak..

Kak LG.. kalau ikut i .. nak je pi ngamuk kat cikgu tu.. tp my hb suh sabar.. sib baik ada dia .. kalau x tak tahulah.. ehehe

Kak ha.. samalah.. sokmo bagitahu dia suh berani sket.. kekadang suh lawan balik.. ahaha ni kes dah x sabar dgn kerenah member2 dia kt sekolah tu.. La ni kat kelas agama dia dah ada geng.. member dia tu pun baru balik dr nihon.. syoklah dia boleh cakap jepun.. pastu member2 lain x faham..
from. yani | 2008/04/24 10:48 |
<< NEW | TOP | OLD>>
Related Posts with Thumbnails