Hari ini adalah kenangan hari esok,
tanpa hari ini tiadanya hari esok.
スポンサーサイト

一定期間更新がないため広告を表示しています

- - -
Marah..3x!
Setiap hari si Afiq balik sekolah benda pertama yg dicerita kena marah.. Marah..3x.. tu yg selalu diceritakan. Marah sebab tak pandai nak buatlah.. buat lambat ler. Ada juga dia terdengar antara cikgu bersembang kata dia ni teruk.

Aku ingatkan dia akan dpt kelas last.. tp kelas sederhana. Kat sekolah dia tu ada 3 kelas. Kiranya dia kelas ke dua lah. Terkejut aku tengok bila dia tunjuk result test utk menentukkan kelas. Macam tak cara dia boleh dapat 86% utk markah math.. tapi BM dia memang teruklah.. hanya 55%. Soalan BM tu memang senang untuk budak lain, ada soalan hanya tulis nama bagi gambar yg diberi. Tapi masalah si Afiq ni, dalam BM pun dia tak kenal benda tu panggil apa. Macam mana nak tulis. Rasanya kalau soalan tu dalam bahasa jepun mungkin dia dapat 100% hahaha..

Hari ni pun Afiq kena marah lagi, dia kata bukan dia tak nak buat tapi tak reti. Cikgu marah sampai dia terkejut. Sedih je aku dengar dia bercerita.. Apa yg mampu aku kata "TAK PANDAI LER KITA KENA GI SEKOLAH. KALAU DAH PANDAI BUAT APA NAK GI SEKOLAH LAGI." Nasib baik dia dapat terima apa yg aku kata ni. Sampai bila dia boleh terima kata-kata aku ni.. yg aku takut dia malas nak gi sekolah pulak.

Aku rasa cikgu2 tu mungkin suara dia kuat sikit kot.. Budak-budak lain aku rasa mungkin tak kisah. Dia yang tak pernah merasa situasi macam ni, tu yg buat dia rasa takut. Cara pembelajaran masa kat tadika di jepun dulu jauh bezanya. Tak pernah dengar cikgu tu bersuara tinggi(marah).. budak nakal macam mana sekali pun tak pernah nampak dia orang marah. Afiq pun tak pernah balik cerita dia kena marah. Walaupun tak marah at the and of the year akan nampak perubahan student yg nakal. Ni yg aku perhatikan dari pengalaman aku kat tempat org dulu.

Yang si Aina pula, balik cerita kena rotan kat tangan sebab hari tu dia tak ucap GOOD AFTERNOON dan PELUK cikgu masa sampai kat tadika. Terkejut aku dengar... oo..gini ke cara nak didik budak2 utk greet cikgu... Padahal cikgu tu sendiri kekadang tak greet pun kat mak yg menghantar anak ni (mungkin terlupa kot eheh..) Patutnye dialah kena buat.. bg contoh kat student, kalau student tak great apasalahnya cikgu yg greet dulu kat student... Tapi apa nak buat dah jd budaya BUDAK-BUDAK KENA HORMAT PADA YANG LEBIH TUA. Aku memang tak setuju langsung dengan pepatah tu. Bagi aku kita kena hormat pada semua org tak kira dia lebih tua atau muda dari kita.

So sekarang ni, sebelum turun kereta tu aku akan pesan kat Aina suh dia greet dan peluk kalau tak mau dipukul.. emm macam tak ikhlaslah pula. Aku rasa senang je kalau nak bagi budak tu ingat utk peluk ni.. cikgu kena sua dulu tangan, mesti budak akan datang peluk. Ni yang aku selalu perhatikan masa gi antar dia org kat tadika di jepun dulu. Cikgu nampak kita dari jauh kekadang kat luar pagar sekolah lagi dah sebut OHAYOU. Pastu cikgu tu sua pulak tangan... budak2 apa lagi bila nampak cikgu sua tangan tu terus berlari gi peluk cikgu.. nampak mesra sangat. Yang aku perhatikan kat tadika Aina la ni.. budak2 peluk pinggang cikgulah. Bukannya cikgu dan budak tu peluk sama-sama.

Hahaha.. agaknya kalau aku gi komplen gini kat tadika tu apa yg cikgu tu akan kata kat aku ni nanti..
Ape ntah! comments(18) -
スポンサーサイト
- - -
Comment








kesian anak² kak yani... maafla cuma nak bagi pendapat... sistem pendidikan kat negara kita ni memang byk kelemahan....yang besar makin berkuasa yg kecik makin takde ape². .tengok jelaa kat sekolah, cikgu harapkan murid ucap salam bile terserempak ngan cikgu kat mane² tapi bile kite bagi salam muke cikgu tu hampir langsung tak nak pandang kat kite, kalo ada pun sipi jela.. tapi ni sebahagian jerlaa.. bukan sumer.. pengalaman sha sendiri masa nak amik spm dulu... disebabkan sha ni agak lemah dalam math, cikgu tu selalu marah² n hampir dikatakan setiap hari waktu kelas math mesti die cari salah kita... sampaikan die pernah cakap "kalau macam ni la keputusan awak saya tak heran awak dapat SAP masa spm nanti!" bayangkanlaa seorang yg dipandang mulia kat mate masyarakat n terpelajar leh cakap macam tu kat student.. siap jeling lagi.... tapi bila sha dapat result yg baik dalam spm mula² die terkejut tapi lame² dier siap perli² lagi.. sakit tul hati ni.. nasib baik laaa kite hormat kat dia.. sekarang ni bile teringat balik memang sha berdoa nak sangat jumpe cikgu tu sebab sha nak tunjuk siapa sha sekarang kat dia.. bukan nak blagak tapi nak buktikan pada die jgn pandang remeh kat orang suka² hati..bukanlaa berdendam sangat tapi bila pk², kesan sakit tu masih terasa n terngiang² dalam telinga ni.. bagi sha bila perangai guru yg mcam ni ada pro n cons jugak... bila student positif dia akan buktikan dia bkan macam tu tapi bile student negative itu yg terjadi macam² masalah disiplin skrg ni....
from. noorsha | 2008/01/24 20:21 |
yani...kesian eda dengar anak2 yani kena marah...sbb tu lah eda tak hntr anak2 eda kat sekolah kebangsaan...anak2 eda semua sekolah cina...umur 4 thn eda dah hntr tadika cina....diorg layan kita memang first class...kita sampai je diorg dah sambut dan ucap zao an ( slmt pagi)....cikgu2 kat situ tak pilih kasih...sampaikan anak ke-3 pun eda hntr tadika cina gak.....affiq ngan aisyah gi sjkc....memang baguslah walaupun anak2 selalu mengadu homework byk...tapi diorg dah biasa sekrg....
from. edazman | 2008/01/24 21:53 |
siannyer kat Afiq ngan Aina... hidoiiiii cikgu da ne. tak leh panggil sensei. sensei adalah panggilan kepada orang yang kita hormat.

pi komplen kat sekolah laa.... senang2 nak rotan anak kita.
risau bila baca, takut diorang tak nak pi sekolah dah...
from. hani | 2008/01/25 01:04 |
Yani yang lain tu kira boleh terima lah juga, tapi yg kena rotan kat tapak tangan sebab tapi greet tu, apa kejadahnya!!.tak patut lerr, bukan nak kata apa, mmg ada guru bersikap mcm tu...itu pasal ada anak murid yg mencii dengan depa..Lagi satu, cikgu2 tu kena lah faham dgn situasi anak2 yani, mereka tu dulu dah tentu dok Jepun, bukan Indonesia!!
from. Ah Mat Gebu | 2008/01/25 09:27 |
yeke...sampai kena mcm tu kat afiq n aina...tu yg buat takut nak bagi alya ke sekolah kebangsaan nanti...cikgu2 ni tak pernah sekolah ke dulu2...trus jadik cikgu je kot....tu yg terpikir nak masukkan kat private school je...anyway...dah discuss ke ngan cikgu pasal depa baru balik mesia etc...sbb kot2 depa tak tahu???
from. nash | 2008/01/25 09:55 |
terima kasih semua..

tadi dah gi discuss dgn cikgu kelas Afiq..
Nash , masa hari pertama dah bagi tahu kat cikgu kelas yg kita org ni baru balik Msia so Afiq tak pernah belajar kat tadika di Msia.. bla..bla..bla..lah. Mungkin dia tak ingat kot.. Nak buat macam mana , masa kita bercerita tu.. tak pandang pun muka kita . Mungkin sekadar masuk telinga kanan keluar telinga kiri kot.. ehehe.

Minggu ni Afiq tukar kelas lain.. masuk kelas budak2 pandai sket.. so cikgu kelas pun lain jugalah. Ni kes result math dia dpt tinggi.. hahah tak sangka pulak dia dpt jawab. Cikgu kelas kali ni muda.. baya2 kita.. senang dibawa berbincang. Harap lepas ni adalah perubahan.

yg tadika Aina pula.. awal2 lagi dah bagitahu kat pengetua tadika tu... dengar pengetua tadika tu bercerita cara dia org didik student sama dgn cara kat jepun. Kita pun rasa senang hatilah. Bila kita org cerita tadika kat jepun gini2x.. dia kata itu bukan hanya cara org2 jepun.. US pun macam tu juga( ehehe...sebab dia kelulusan childcare dr sana).. so tadika dia pun gitu jugalah.. tp realitinya tak... emm nak buat macam manakan.. rasanya itulah tadika terbaik yg ada kat cni.. bila dah balik Msia ni dah tak boleh nak harapkan sama dgn di jepun.. Sampai sekarang kalau tanya Aina mana yg lebih seronok.. mesti dia jawab Midori youchien.. kekadang dia kata nak gi Midori youchien... ahaha..
from. yani | 2008/01/25 10:39 |
alaaaa siyannyer kat afiq n aina...rasa nk g ketuk kepala cikgu yg mcm ni.!!!
mungkin situasi ni akan b'laku pd aniq nnti...eeeeiiii,tolonglaaaaa..waaaaa!!!!
from. are | 2008/01/25 16:10 |
Salam kenal untuk Yani,

Biasanya cuma baca je, tapi kali ni terasa lak nak komen...

Rasanya dah betul tu, kena cerita dengan pihak sekolah/tadika.Pendekatan pendidikan di Malaysia mmg tak sama dengan Jepun...

Kena banyak pujuk anak2 supaya dia tak mogok g sekolah udah lah...
from. Suhaila | 2008/01/25 19:25 |
sbg sorg yg masih bergelar student skolah... mmg x best klau cikgu2 asyik marah je. mcm xde mood nk blaja. tp kdg2 dorg marah tuh utk kebaikan. pijah xske klau cikgu2 tuh marah guna ayat yg memerli, tajam hingga blh buat hati sakit (hehe), mcm rase xminat sgt nk blaja dgn beliau. tp nk buat mcm mne.. dlm menuntut ilmu, kena hormat org yg bergelar guru and sesape je la. ;D
from. pijah | 2008/01/26 00:48 |
Salam K.Yani.. Saya merasa terpanggil lak untuk memberi komen kat sini. Seperti K.Eda, saya pun amik inisiatif anta anak ke tadika cina, tak sakit ati dengan karenah cikgu2 di sekolah kebangsaan yang pada saya mendidik sekadar melepaskan batuk di tangga (tidak semua yang begitu, hanya segelintir guru yang mencacatkan kemurnian profesion perguruan ini). Saya yang hanya membaca apa yang berlaku pun sakit ati, apatah lagi tuan empunya diri. Pendekatan dan cara K.Yani berjumpa dengan cikgu2 secara diplomasi memang sangat tepat, dibimbangi sekiranya diterjah aje, cikgu2 tu "balas dendam" - siannnn kat budak2 comel yang tak faham apa2...
from. MamaInaz | 2008/01/26 10:31 |
Kesian Afiq & Aina. Cuma pada Intan kes Aina tuh dah kira melampau! Ada ke setakat tak greet nak rotan! Bengong!! Penah la dulu survey tadika & sekolah Jepun yg ada kat sini, tapi dia tak bagi org lain masuk kecuali org Jepun jugak... Kalau tak boleh rekemen Afiq masuk. Tak pun, masukkan ajer Afiq ke private school, Kak Yani. Tak la susah payah nak belajar BM. Yang penting tak der ler kena marah jer tiap hari!!
from. Intan | 2008/01/26 19:58 |
kesian si Afiq & Aina! Kes mcm Afiq biasa dengar sebab sepupu lina bila balik dari seatlle pun asyik kena kutuk kat sekolah sebab BM hancus! (Tapi tak patutlah, cikgu-cikgu ni mcm tak pegi training mcmanan nak handle pelajar pulak).
Kes Aina tu teruk! Takleh komplen ke? Kat Jabatan yg berkenaan ke.. bukan salah besar pun! Cikgu Raimie tahun ni bagus, bila masuk je, cikgu terus panggil nama dan hulur tanagn utk salam. Cikgu ceria siap cakap good morning. berbeze dgn tadika tahun lepas - yg Raimie tak mahu pegi sebab cikgu garang.
from. lina | 2008/01/27 00:06 |
kakliza simpati ngan apa yg terjadi pada afiq dan aina..
semoga yani dapat memujuk mereka meyenesuaikan diri dengan suasana baru disini..
memang kkliza perhatikan kkdg tu cekgu sekolah tadika atau peringkar rendah sekolah [tahun 1 atau 2] tak ebgitu amik berat soal pembelajaran anak2 murid..apa yg depa harapkan anak2 kita g sekolah dah pandai baca..menulis..dengan harapan kerja depa tu taklah susah..it's happened to me too..
memang sedih..tapi kkdg tu depa pilih kasih juga anatara murid2 tu...
from. kakliza/hanieliza | 2008/01/28 09:03 |
are.. tak mustahil Aniq nanti akan hadapi situasi yg sama dgn Afiq.. kita sebagai ibubapa ni lah yg kena kuat semangat.. kena pujuk dia pulak..

Suhaila memang pendidikan jepun dan Malaysia jauh bezanya.. saya perhatikan pendidikan kita banyak guna kekerasan. Di peringkat sekolah tadika pun dah mula guna kekerasan spt tarik telinga, rotan dan sebagainya. Padahal budak tu masih kecil.. bukannya susah utk dibentuk.. lainlah kalau dah peringkat sekolah menengah.. tapi cikgu kena banyak bersabarlah. Kalau kita pi tanya cikgu kenapa tarik telinga ke.. pukul ke.. apalah pula tanggapan cikgu.. mesti kata kita manjakan anak .. sampai nak tarik telinga sikit pun tak boleh.

MamaInaz.. terfikir juga.. apa cikgu akan buat lepas discuss tu.. balas dendam ke ataupun tak peduli langsung pada anak kita.. nak belajar ke tak nak.. emm.. susah jugakan..

Intan.. kalau nak masuk sek. jepun kat Msia ni kena dpt sokongan dr mana2 pihak.. tp kalau senang nak masuk sek. jepun.. kami susah juga.. mana ada kat tempat kami ni.. private school pun..eemm tak pernah nampak lagi kat sini.. Nak tak nak Afiq kena sabar jugalah study kat sekolah dia tu.. dan kak yani pun kena sabar jugalah pujuk Afiq utk gi sekolah.

Lina.. yg kes Aina ni, i diamkanlah sebab Aina ni jenis keras sikit.. tak mudah terasa.. mungkin cikgu pukul pun tak kuat mana.. sekadar nak menakutkan budak2... cuma i terkejutlah bila dia cerita kena pukul sebab tak greet cikgu.. macam tak sepatutnya berlaku..
Tapi kalau Afiq ditempat Aina.. rasanya terpaksa gi jumpa cikgu tu.. dia ni sensitif sket.. pastu mulalah takut nak gi sekolah. Wpun Afiq ni sensitif.. dia jenis yg skema.. akn ikut apa yg kita suruh.

Kak Liza.. thanks..
wpun hanya beberapa minggu Afiq kat sek. dah nampak apa yg kak liza kata tu. Sesetengah cikgu mengharapkan budak2 tahun satu ni dah pandai membaca dan menulis. Yang dah pandai tu akan dipuji dan yg tak reti ni nasiblah.. selalu kena marah. Minggu pertama Afiq gi sekolah.. dia dah balik cerita ada b
from. yani | 2008/01/28 10:17 |

Kak Liza.. thanks..
wpun hanya beberapa minggu Afiq kat sek. dah nampak apa yg kak liza kata tu. Sesetengah cikgu mengharapkan budak2 tahun satu ni dah pandai membaca dan menulis. Yang dah pandai tu akan dipuji dan yg tak reti ni nasiblah.. selalu kena marah. Minggu pertama Afiq gi sekolah.. dia dah balik cerita ada budak perempuan kelas dia yg dah pandai baca, BI pun pandai.. cikgu selalu puji dia.. dia sedihlah sebab dia tak pandai.. selalu kena marah-marah. Kita yg dengar cerita dia pun rasa sedih.. bila dia kata bukan dia tak nak buat tp dia tak tahu. Kalau ginilah nampaknya pelajar yg pandai ni akan bertambah pandai.. dah yg kurang sikit ni akan ketinggalan.. mood nak belajar pun kurang.. asyik kena marah... last2x malas naik gi sekolah. Melainkan pelajar tu ada kesedaran sendiri.. kena lebih usaha biar sama dgn member2 yg lain. Tapi kalau pelajar peringkat rendah ni mampu ke dia fikir bertapa pentingnya pelajaran untuk dia. Lainlah dengan pelajar sek. men. macam pijah tu kan.. pijah ;) ..
from. | 2008/01/28 10:17 |
Salam Yani,

Laaaa....Yani pun dah hadapi situasi mcm ni ke...tak terkata akak baca N3 ni, geram ada, kecewa ada, kesal pun ada. Cian kat Afiq & Aina.
Benda ni berlaku di mana-mana saja di M'sia.

Nanti insyaallah jika ada masa akak akan kongsi cerita Faris sekolah kebangsaan selama 3 bulan sebelum dtg Nagoya ye..
from. K.Rubie | 2008/01/30 11:16 |
Kak Rubie.. lepas yani gi discuss dgn cikgu kelas arihtu.. sehari dua oklah.. tapi la ni dah balik macam sebelum ni juga... emmm tak tahulah. Dah memang sikap cikgu cikgi macam tu agaknya.

Sepatutnya cikgu cikgi ni kena fikir macam mana nak tarik minat budak2 gi sekolah. Ni tak.. gi sekolah asyik dok marah je.. budak2 yg tak pandai tp ada minat nak gi sekolah pun lama-lama boleh jadi x minat.. Emm mungkin masa depa kursus perguruan x diajar cara2 utk menarik minat student gi sek agaknya.

So sekarang ni, hari-hari dok pesan kat Afiq.. kalau cikgu nak marah biarkanlah.. yg ptg kalau tak tahu.. terus tanya cikgu.. jgn dok diam je..
from. yani | 2008/01/30 19:12 |
salam kak yani,adeh,seriau tul nk sekolahkn anak pas balik msia ni...ingt dh makin ok,makin teruk plak...adeiiii..apa nk jadi ni,cikgu patut g kursus nih..kursus camna nk sabar byk
from. ct | 2008/02/05 06:15 |
<< NEW | TOP | OLD>>
Related Posts with Thumbnails