Hari ini adalah kenangan hari esok,
tanpa hari ini tiadanya hari esok.
スポンサーサイト

一定期間更新がないため広告を表示しています

- - -
Good bye 2007 : Pandan muffin
pandan muffinHari ni mula tahun baru dengan pandan muffin. Uih dah lama aku tak start masak memasak pastu ambik gambo.. bz punya pasal semua tu terpaksa di ketepikan.

Mungkin lepas ni aku akan kembali seperti dulu.. tap bergantung pada keadaan jugalah... bila anak-anak dah start sekolah nanti tak tahulah macam mana. Aktiviti aku pun akan makin bertambah.

Resepi Pandan muffin :-

Bahan-bahan ( 6 biji- 7cm acuan muffin )

  • 90g butter
  • 70g gula halus
  • 1 biji telur
  • 40ml susu segar
  • sedikit vanila esen
  • 110g tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil pandan emulco

Cara-cara

  1. Pukul butter sehingga lembut. Kemudian masukkan gula,pukul sehingga putih.
  2. Masukkan telur sikit demi sedikit. Pukul sehingga semuanya sebati.(sebelum masukkan telur ke dalam adunan,pukul dulu sikit telur tu dengan garfu. Tak perlu kembang). Kemudian masukkan esen vanila. Pukul lagi sehingga sekata.
  3. Masukkan pula tepung yg telah diayak dengan baking powder ke dalam no.2 sedikit demi sedikit sebanyak 3 kali berselang seli dgn susu segar sambil di kacau. (tepung-susu-tepung-susu-tepung)
  4. Bahagikan adunan kepada 2. Ambik satu bahagian adunan, masukkan pandan emulco dan kacau sehingga sebati.
  5. Isikan cup muffin dengan dua adunan yang berlainan itu. Bakar selama 25-30minit dengan suhu 180C.

pandan muffin

Garlic bread ni yang aku masak TAHUN LEPAS untuk dinner semalam. Uih bunyi macam dah lama bila sebut TAHUN LEPAS aku masak roti ni tapi semalam baru makan...eheheh. Padahal semalam jugalah aku masak roti ni

garlic bread

muffin comments(2) -
スポンサーサイト
- - -
Comment








Selamat tahun baru 2008
from. mazudi | 2008/01/02 03:02 |
Mazudi.. happy new year.. moga tahun ni lebih gemilang
from. yani | 2008/01/03 00:01 |
<< NEW | TOP | OLD>>
Related Posts with Thumbnails