Hari ini adalah kenangan hari esok,
tanpa hari ini tiadanya hari esok.
スポンサーサイト

一定期間更新がないため広告を表示しています

- - -
Celoteh
Hari ni nak berceloteh sket. Dua tiga hari ni ada je aktiviti nak buat...sampai tak dan nak buh entry kat blog ni.
Ahad lepas gi Izu dengan kengkawan. Sewa dua buah kereta. Gi ichigo gari. Pastu ronda-ronda kawasan kat situ. Hujan pula sepanjang hari tu.. perjalanan pun tak syok sangatlah.. banyak dok dalam kereta.

Ichigo gari pun dah last.. so buah pun tak menarik sangatlah. Pastu kedai2 kawasan tu pun tutup awal. Kul 5.30pm dah tutup!. Takleh nak menjamu matalah.

Pastu Isnin tu tak gi manalah.. dok umah. Buat kerja2 umah. Selasa pula macam biasa, hari shopping barang-barang dapur. Rabu lak.. hb kata takmo gi lab. So lepas budak-budak balik sekolah gi tengok movie.. cerita gegege no kitaro.

Pastu semalam dah sampai photoshop file utk projek yg seterusnya. Err.. kena ketepikan dulu jap..gi shopping lagi. Beli kasut utk si adik. Tapi macam biasalah, hajat hati hanya nak beli kasut tapi macam-macam benda jugalah terbeli tanpa plan.

So hari ni startlah buat projek baru tu. Lepas budak-budak dan papanya gi sekolah terus ngadap laptop. Pastu kul 1.30pm kena gi ambik budak2 balik sekolah. Hari ni malas nak balik. Terus stay kat tadika tu sampai kul 4.30pm.. Lepas abih kelas tadi, kul 2.30pm-3.30pm si adik ada sport club. Kul 3.30pm-4.30pm pula si abg.

Sementara tunggu nak masuk sport club tu, budak2 main kat taman dengan kawan-kawan dia. Aku lak sambung buat kerja.. Ngeh..ngeh..ngeh hari ni aku angkut sekali laptop ni gi youchien tu. Bila dah ngadap laptop ni 3 jam pun tak terasa lama. Kalo tak tentu boring gila... Budak-budak sukalah.. boleh main puas-puas.

Tapi tadi aku hanya dpt siap dlm 50% utk top page.. tadi punyalah lama aku nak wat coding utk satu part tu.. tengok kat firefox dah ok.. tapi IE lak problem.. tu belum check kat Safari.. ropa-ropanya aku terlupa nak tutup satu code .. uih 怒り

Aktiviti comments(5) -
スポンサーサイト
- - -
Comment








yani..kaki sape tu...anak yani k? hhehe
from. jun | 2007/05/13 10:35 |
uikkk!!! gambo kaki laa...ini tak leh buat main, gambo kaki tu ada makna mendalam, kalau silap kena "kaki" atau pun "kaki" lambang kuat berjalan...hehehe
from. Mat Gebu | 2007/05/13 21:38 |
kaki anak yani tu.. tempat air panas tu hanya utk basuh kaki... nasib baik sempat tengok.. kalau tak dia berenang kat dalam tu..
from. yani | 2007/05/14 13:17 |
yani wat partime design web ker?
from. tiey | 2007/05/14 17:52 |
a'ah lebih kurang gitulah tiey..
from. yani | 2007/05/15 14:20 |
<< NEW | TOP | OLD>>
Related Posts with Thumbnails