Hari ini adalah kenangan hari esok,
tanpa hari ini tiadanya hari esok.
スポンサーサイト

一定期間更新がないため広告を表示しています

- - -
Entah apa..
Minggu ni bebudak dah start sekolah.. Masuk tahun baru ni macam2 aktivitilah nak kena buat..

Semalam dah start meeting utk nenchou. Hari ni meeting utk nenchu pulak. Sebelum gi meeting semalam tu, aku masak2 sikit sebab ada tetamu nak dtg kul 5. Masak punya pasal sampai aku terlewat sikit gi meeting semalam.

Sesampai je kat kelas tu sensei dah start bercakap. Bila aku dok je kat kerusi, orang sebelah aku dah start perkenalkan diri. Maknanya lepas abih dia cakap tu, giliran akulah pulak. Dalam kalut tu dah tak ingat apa ayat2 nihongo yg aku dok fikir sebelum ni. Apa lagi aku main hentamlah cakap dalam bahse omputeh...heheh. Last sekali baru keluar nihongo "YOROSHIKU ONEGAISHIMASU".

Lepas pilih ajk kelas dan ajk utk aktiviti apa semua tu, kena tulis nama kat barang2 anak masing-masing. Kali ni ada pula yg volunteer nak tolong aku tulis nama Afiq kat barang-barang dia. Apa lagi aku bagi je lah bila dorang nak tolong tulis. Aku nak tulis sendiri pun boleh sebenarnya. Tapi tak selaju dorang menulislah.. dah tu nama afiq ni susah sikit nak tulis dalam katakana. Dalam paler aku ni, barang-barang kecil tu nak bawa balik tulis kat rumah. Hanya yg besar tulis kat kelas. Tapi dah ada orang nak tolong tulis, aku bagi je lah.. tak payah aku nak bawa balik buat kat rumah.. heheh kalau aku bawa balik buat kat rumah pun.. dah tentu bukan aku yg buat. Papa dia org ler yg kena.

Petang ni pula meeting utk kelas si adik. Perkara sama jugalah yg nak dibuat utk meeting hari ni tu.

Lepas pemilihan ajk kelas ni, adalah tu nanti shinbokukai lah, nomikai lah dan apa-apa kai lagilah. Kalau tahun lepas tu aku hanya join shinbokukai yg awal tahun je.. shinbokukai lepas tu aku malas nak join. Nomikai tu aku tak pernah join.. wpun dia org kata ada juga jus.

Oppss.. dah nak kul 8 rupanya.. nak kena kejut bebudak ni bangun gi sekolah...

Ok bye!
Aktiviti comments(2) -
スポンサーサイト
- - -
Comment








asm...saya baru mencuba resepi yani....ni belek belek blog..nampak yanni.Saya baru pindah ke tokyo... doza yoroshiku...
from. ainizakri | 2007/04/12 13:10 |
ainizakri.. tokyo kat mana?
from. yani | 2007/04/20 11:00 |
<< NEW | TOP | OLD>>
Related Posts with Thumbnails