Hari ini adalah kenangan hari esok,
tanpa hari ini tiadanya hari esok.
スポンサーサイト

一定期間更新がないため広告を表示しています

- - -
Sehari di Maihama
Semalam pi umah mama disney kat Maihama. Plan asal nak bawa budak-budak ni sekali pi. Tapi bila kejut pagi tu, tak nak bangunlah pula. Lagi pun Aina semalam macam tak lena je tidur, menjadi-jadi pulak dia batuk. Siang oklah pulak.. takdelah pulak batuknya.

Terpaksalah gi sorang. Soh hb jaga budak-budak kat rumah. Huhuhu.. kesian dia takleh gi lab. Thanx my darling tolong jaga anak-anak..

Ambik bas dr rumah ni dalam kul 10.15 minit terus ke Omori eki. pastu ambik densha pula sampai ke Tokyo eki. Tukar densha kat situ, terus sampai ke Maihama.. Masa kat Tokyo eki tu, kena tahan pulak kat pak polisi.. uih 1st. time aku kena tahan setelah hampir 5 tahun kat sini. Sib baik aku dah ambik alien card yg aku gi renew hari tu.. kalo tak kena banyak bersoal jawab pulak dengan pak polisi.

Sampai kat Maihama tu dah kul 11.35am.. keh..keh..keh janji nak sampai kul 11.. terlewatlah juga.. Pastu call lah mama disney, tanya nak amik bas mana pula utk sampai rumah dia.. katanyanya bas no.9. so tunggu ler kat platform no.9 tu.. tengok kat timetable..kul 11.57 baru bas no.9 tu sampai.. uih.. lambat lagi ni..

Sesambil dok menunggu tu, call ler pula kak hani.. kot-kot dia dah sampai..janji dgn dia nak sampai kul 11... anak dia yg handsome pulak yg angkat.. gitau mama diaon driving.. so aku sandar kat tepi tiang sambil tengok org lalu lalang dalam hujan gerimis tu.. sesambil tu melilau tengok bas yg masuk ke platform.

Dalam 4-5 minit lepas tu, handphone aku ni berbunyi lagi.. Kak hani call gitau nak dtg jemput aku kat bus stop tu.. so tak jadilah aku naik bas.. Sambil tunggu kak hani sampai, tengok jam kat handphone aku ni dah kul 11.57am.. Nampaklah bus no.9 tu mai.. 2,3 minit lepas tu, bas tu pun gi lah.. Kurang sorang penumpang dia utk jam 11.57 tu.

Jap lepas tu, kereta kaler merah yg cun tu pun sampailah.. Aku pun masuklah dok sebelah driver.. Toleh kat belakang tu, adalah 2 org anak teruna dan sorang anak dara.. Ohhooo.. anak dara kak hani dah pandai nyanyi.... comel sangat..

Pastu sampailah kat rumah tu dalam kul 12 lebih.. Tuan rumah dtg jemput, masuk dlm rumah dia.. Masuk-masuk rumah tu tengok makanan dah siap terhidang kat atas meja makan.. Banyak juga tuan rumah masak.. sedap pulak tu. Ayam goreng sedap macam kfc!..

Sembang punya sembang tak sedar dah kul 2!.. Check hphone, ada cmail dr hb.. "DOK MANA?".. keskeskes, janji dengannya nak balik kul 2.. tu pun paling lewat!.. Aku pun balaslah cmail tu, " TAKYAH GI DAI LAH HARI NI, NAK GI BELI SANTAN MURAH NI"...heheh bertuah punya bini..

Pastu sambung sembang lagi, sambil sembang tu, si comeyy kak hani tu terlena. So tinggal si comeyy kat rumah dengan abang-abangnya. Kita orang(aku, kak hani dan mama disney) gi kedai ikan dan sayur.. kat kedai tu murahlah.. harga telur saiz M tu 100yen.. L pula 158yen. Harga ikan pun murahlah juga. Memandangkan hari ni aku tak gi shopping, aku pun belilah kat kedai tu.. maguro no do, maguro hoho niku, ikan pari dan telur . Kat kedai lain jarang nak jumpa ikan pari ni.. dlm pale ni fikir nak buat masak asam pedas..

Dalam dok syok2 tengok barang tu, si handsome anak kak hani tu call gitau si comeyy dah bangun... apa lagi, kita org pun capailah bakul ambik barang apa yg nak pastu terus bayar.. mama disney pula balik dulu tengok apa jadi dgn si comeyy tu.

Lepas tu balik semula ke rumah mama disney. Sampai kat rumah tu, tuan rumah hidang air kopilah pulak.. Makan lagi.. Padahal makanan yg makan tadi pun tak turun lagi ni.. Lepas minum tu sumer, bertolak ler balik rumah.. Sempat juga tapau mee goreng ala mee goreng mamak tu..

Sebelum balik tu, singgah jap kat kedai( apatah nama kedainya.. macam jual barang-barang borong je).. dah kak hani kata nak hantar aku sampai umah, aku boronglah santan 1 kotak. Dalam kotak tu ada 24 tin. Satu tin harganya 88yen. heheh boleh buat stok utk setangah tahun ni..pastu ada lagi ler barang-barang lain yg aku beli.. Abihlah 5004yen kat kedai tu.

Sampai rumah tu, tengok muka-muka yg kat rumah ni dah kelaparan.. Lepas solat, aku pun masuk dapur. Nasi lebih masih ada lagi dlm periuk, tomyam yg lebih semalam pun ada lagi.. aku pun masak la maguro no do tu ala-ala steak gitu.. err tapi still takleh lawan rasa yg aku pernah makan kat kedai..

Hari ni pula aku nak masak asam pedas ikan pari. Pastu nak cari resipi utk maguro hoho niku tu.. mungkin ada tips2 nak bagi rasa lebih sedap.

Jumpa member comments(3) -
スポンサーサイト
- - -
Comment








yani, ko borong bebanyak santan tu, nak bawak balik mesia ke? kui kui kui
from. lina | 2007/04/06 14:10 |
kui kui kui gelak jugalah.. bila dah nak balik nanti,kalo tak abih nanti senang je.. panggil yg bujang2 mkn..lajuuu je.. ni pun yg bujang2 asyik tanya bila nak buat makan2..
from. yani | 2007/04/11 09:21 |
silap lina x bujang. kalo x boleh jemput diri sendiri dtg rumah ko. :p
from. lina | 2007/04/11 19:03 |
<< NEW | TOP | OLD>>
Related Posts with Thumbnails