Hari ini adalah kenangan hari esok,
tanpa hari ini tiadanya hari esok.
スポンサーサイト

一定期間更新がないため広告を表示しています

- - -
Mengamuk...
Malam ni aku mengamuk macam mak singa.. ni kes geram sangat dgn sikap Afiq..
Pening paler aku.. makin besar makin menjadi-jadi perangai dia yg suka nangis tu.
Sikit-sikit nak nangis.. dah tu bila nangis susah sungguh nak berhenti. Puas pujuk cara lembut ke.. cara kasar ke.. semuanya tak jalan.

Tadi bangun pagi dah start nangis. Masuk musim sejuk ni nak bangun pagi pun liatlah sikit.. tambah pula nak mandi. Masuk musim sejuk ni nak dgr ohayou dari mulut dia pun susah sikit.. kes nya selalu bangun kena kejutkan.. pastu nangis. Musim panas hari tu senang je bangun pagi. Kalau dia jaga dengan sendirinya, akan dengarlah ohayou dari mulut dia.

Si aina ok je.. kalau nangis pun jap je.. tak dan nak melarat. Suruh mandi pegi mandi.. tapi takleh nak puji apa yg Aina buat ni.. dengarnya kat Afiq jadi alasan dia nak nangislah sebab tak puji dia.. kita puji dia lepas tu pun dia dah tak nak dengar.. nak nangislah juga.

Itu kes bangun pagi.. Pastu masa nak tunggu masuk sport club kul 2.30pm tu. Afiq buat hal lagi.. nangislah lagi. Tak nak orang lain main gelongsor. Nak dia main sorang je. Aduih pening paler aku.. tak kan nak larang budak-budak lain main. Bila pujuk dengan baik tak jalan... alamak terpaksalah tinggikan suara. Tapi sib baik lagi masa tu aku boleh control lagi.. Takde lah tinggi sangat suaranya. Malu juga kalau orang lain tengok. Abih idea aku nak pujuk.. aku pun buat dak je bair dia nangis. Makin dipujuk, makin menjadi-jadi.

Heran aku bila sensei sport club tu pujuk, jap je dia dah ok. Boleh main dengan semangatnya. Dalam paler otak aku ni, kalau dia tak senyap lagi.. aku nak heret dia balik umah dah la.. tak larat nak tengok dia nangis kat youchien tu. Ramai tomodachi dok tanya kenapa..

Abih sport club kul 3.30pm.. Sampai kat rumah, main jap, terus terlena. Pastu dah bangun tu aku ingat nak lah bagi makan malam. Bila tanya nak mee ke tak.. kata nak. Aku pun gi lah dapur, main dengan periuk belanga. Bila dah siap tu bawa mai kat dia... adoiii.. sekali lagi dia nangis takmo mee sup pula.. nak ichigo(strawberry). Mana nak ada. Hari tu aku beli cepat je dia dua beradik tu habiskan. Hari ni aku malas nak gi shopping.. muram je cuaca hari ni.. aku pun turut jadi lembab nak bergerak..

Macam biasalah aku pujuk slow2 dulu.. pujuk nak gi beli esok. Emm.. dia ni memang susah nak makan pujuk. Apa yg dia nak.. nak kena ada masa tu jugak.. Kalau Aina senang je.. bila janji nak beli esok atau lain kali, dia terus senyap... Dah tu bila dah nangis, memang susah oooo nak berhenti.. bila nangis tu dah tak reti nangis diam-diam.. heheh.. boleh ke nangis dalam diam..

Bila dah dua kali aku bersabar.. kali ni terus meletup.. Tangan pun ringan je..
Apa lagi melayan hinggaplah kat betis dia tu.. Dah lama aku tak pukul2 gini.. Lepas aku pukul tu.. aku pula yg nangis...
mood comments(2) -
スポンサーサイト
- - -
Comment








askum...hehe...akak ore kelate yer....sama la kite...tp akak dok jepun..beshnyer!!!!!nak ikot...!!
from. as_c0mei | 2006/12/09 22:09 |
w'salam.. ehehe kita satu kapal lah.. :). Ada masa nanti akak gi ronda2 rumah(blog) as tu..
from. yani | 2006/12/10 18:41 |
<< NEW | TOP | OLD>>
Related Posts with Thumbnails