Hari ini adalah kenangan hari esok,
tanpa hari ini tiadanya hari esok.
スポンサーサイト

一定期間更新がないため広告を表示しています

- - -
Hari berkomuniti
Semalam hari berkomuniti (heheh pepandai je aku boh..sebab diadakan di Nishimagome Community Centre). Sejak Afiq mula bersekolah sejak tu jugalah aku mula bergul dengan japanese. Kalau tak dok rumah je lah. Sekali sekala tu gie jumpa member-member Malaysia.

Macam-macam aktiviti persatuan ibu-ibu ni buat. Masa awal-awal dulu ada party suaikenal di kedai makan yang dekat dengan youchien. Pada bulan puasa hari tu pun ada juga. Tapi buat kat kedai makan yang jauh siket. Pergi ramai-ramai dengan bas yochien. Bulan November arihtu pun ada juga. Tapi yang tu pergi minum. Dua kali aku tak join. Yang pertama tu sebab puasa. Padahal time tu aku "bercuti". Yang kedua pula, malas nak join bila dia orang gie minum. Bila minum ni dah pasti ada arak tapi jus pun tetap ada.

Tu semua aktiviti antara ibu-ibu kelas Afiq saje. Kalo aktiviti untuk semua ibu-ibu di youchien tu ada macam-macam lagi. Belajar tarian, belajar buat accessories dgn manik-manik dan memacamlah.

Semalam tu, mak Hibiki(kawan Afiq) jemput ke Community Centre(CS). Heran juga aku kenapa kali ni takde surat jemputan yang macam biasa. Biasanya Afiq akan bawa balik surat. Lepas tu beritahu nak join ke tidak. Rupanya semalam tu bukan aktiviti rasmi. Hanya beberapa orang saje yang dijemput. Dalam 10 orang saje ibu-ibu yang datang. Kanak-kanak ramai jugalah sebab ada yang bawa kakak-kakak dan adik-adik.

Riuh rendah semalam dalam bilik kat CS tu dengan suara budak-budak bermain kejar-kejar dan dengan suara ibu-ibu yang rancak berborak sambil makan junkfood. Bila dah rancak berborak ni, 3 jam booking bilik kat CS tu terasa sekejap je. Afiq dan Aina pun seronok jugalah dapat main dengan kawan-kawan.

Rasa berterima kasih jugaklah aku kat dia orang ni, walaupun tahu aku tak reti sangat sembang bahasa jepun, dia orang tak pinggirkan aku sengsorang. Sejak bergaul dengan dia orang ni, makin bertambah jugalah bahasa jepun yang aku faham.
Jumpa member comments(0) trackbacks(1)
スポンサーサイト
- - -
Comment








Trackback
この記事のトラックバックURL: http://yani.jugem.cc/trackback/211
-
管理者の承認待ちトラックバックです。
| - | 2010/10/27 08:31 |
<< NEW | TOP | OLD>>
Related Posts with Thumbnails