Hari ini adalah kenangan hari esok,
tanpa hari ini tiadanya hari esok.
スポンサーサイト

一定期間更新がないため広告を表示しています

- - -
Budi bahasa
rumahkuMana perginya budi bahasa orang melayu. Masuk kawasan rumah orang ikut suka je tanpa minta kebenaran.

Rimas pun ada.. tak selesa pun ada tapi perlu ke aku gi komplen kat jiran aku ni. Kalau aku komplen nanti apa pulak kata jiran aku tu.. mesti anggap aku ni cerewet. Pastu tak pasal-pasal bergaduh pulak.

Pekerja-pekerja yg buat pagar rumah dia tu sesenang je masuk kawasan rumah aku tanpa kebenaran. Bukan setakat bahagian depan rumah je.. malah sampai ke bahagian dapur. Dok lalu lalang keluar masuk. Langsung tak tegur aku yg dok menghuni dlm rumah ni.

Dua hari lepas, my hb balik kerja terus komplen "abih rumah kita kotor" . Ehehe tak sangka pulak pekerja wat pagar tu masih ada kat sebelah rumah jiran aku tu. Pastu dia terus jenguk kepala kata nak bersihkan. Tapi langsung tak minta maaf.

Pastu semalam pula, bila aku buka pintu, Nampaklah plastik hitam ni. Kenkonon tak nak bagi kawasan rumah aku ni kotor agaknya. Yang sakit hatinya dahlah tak bagitahu nak letak plastik ni.. pastu dibiarkan gitu je sampai hari ni... mungkin sehingga kerja dia selesai agaknya.. Aduh sakit mata aku tengoknya.

Emm.. begini ke cara orang-orang kita buat kerja. Tak ambik kisah langsung perasaan orang lain yang secara terang-terang sedikit sebanyak telah mengganggu kehidupan orang lain.

Bila keadaan gini, teringat pula kehidupan masa kat jepun. Orang-orang jepun lebih berbudi bahasa. Sebelum apa-apa binaan atau kerja dibuat, dia orang akan bagitahu dulu pada jiran-jiran. Walhal kerja-kerja yang dibuat langsung tak mengganggu jiran-jiran. Hanya bunyi bising yang memang tak dapat dielakkan. Takdelah nak bancuh-bancuh simen kat atas jalan ke apa.
Ape ntah! comments(11) -
Kerana samping
Semalam sambutan Maulidur rasul SAW kat sekolah si Afiq. Semua student kena pakai baju kurung bagi perempuan dan yg lelakinya pula baju melayu.

Si Afiq kata kena pakai baju melayu dengan samping. Alamak sampinglah pulak. Manalah nak ada. Raya tahun lepas hanya beli sepasang baju melayu. Samping tak beli. Kat tempat aku, mostly budak-budak kecik hanya pakai baju melayu je time raya.. tu pun pakai pagi raya je. Jarang yang pakai lengkap dengan samping. So aku pun malaslah nak beli..

Pagi semalam tu, time nak gi sekolah dia dah mula sedih sebab takde samping. Nak pakai samping yang kelas KAFA tu nampak peliklah pulak.. tak sesuai dengan warna baju melayu dia. Lagipun aku dah masukkan ke dalam mesin basuh. So aku pujuk ler.. kata takpe tak pakai samping.. budak-budak lain pun mesti ada yg tak pakai.

Time gi antar dia kat sekolah tu.. nampaklah ada yg tak pakai samping. So bagi membuktikan kata-kata aku tu benar.. aku tunjuklah kat dia beberapa org student yg tak pakai. Tapi mostly student yg aku nampak tu semuanya pakai... hanya beberapa orang saja yg tak pakai.

Lepas balik sekolah semalam, dia citer kena tarik pipi kat cikgu sebab tak pakai samping. Dalam kelas dia hanya dua org yang tak pakai.. dia dan Aiman. Dia kata dah bagitahu cikgu yang dia takde samping tp cikgu tetap tarik juga pipi dia. Pastu dia berlari masuk bilik dia.. ambik kain pelikat dia bawa mai tunjuk kat aku.. "PAKAI KAIN NI PUN TAKPE MAMA".. emm manalah aku tahu tak pakai samping jadi satu kesalahan.. ingatkan takpe :p . Rasa kecian pula kat Afiq.. sebab aku dia kena tarik pipi. Tapi macam mana ye dengan budak-budak yang keluarganya memang tak mampu nak beli samping??.. Kalau pakaian melayu tu jadi pakaian wajib gi sekolah.. adalah juga kewajaran utk cikgu marah pd yg tak pakai .

Rasa macam nak call je cikgu tu tanya pasal ni.. tapi takut pulak nanti cikgu tu akan lepas marahnya kat anak aku.. Macam yang kes tak dapat buku hari tu.. lepas papa dia gi jumpa cikgu tanya pasal buku yg tak dapat... ehehe gi tanya je bukan gi marah pun. Tak sangka naik hot lah pulak cikgu tu.. gi lepaskan kemarahan dia kat Afiq..

La ni.. Afiq dah takmo bagi aku gi jumpa cikgu dia kalau ada apa2 yang berlaku kat dia.. Hari tu dia kena ugut kat kawan dia.. minta duit. Kalau tak bagi dia org semua tak nak kawan. So duit yg papa dia bagi utk bagi kat cikgu utk beli buku abih diberi kat kawan dia.. Time dalam kelas.. semua org dah ada buku.. dia yang takde. Bila nak share semua kawan-kawan dia tak bagi.. so dok ngange jelah dlm kelas time cikgu ngajar. Bila papa dia kata biar papa dia gi bagi duit tu kat cikgu.. dia takmau. Dah tak mau papa dia gi kat sekolah.. takut kena marah kat cikgu lagi.

Emm... susah jugakan bila ada cikgu yg jenis ni.. bila kita gi tanya itu ini dah mula nak melenting... nak elak anak kita jd mangsa terpaksalah diamkan diri. Lainlah kalau dah nak cabut dari sekolah tu.. tapi rasanya tak semua cikgu macam ni.. Kalau ada cikgu2 yang baca apa yg aku tulis ni.. minta maaf kalau terasa.. Ini hanya sekadar luahan perasaan ehehe. Aku tahu tak semua cikgu macam ni..
Ape ntah! comments(16) -
Cbuk Cket.
Dalam seminggu dua ni mungkin jarang update blog ni.. cbuk sket.. IL mai rumah.
Kena bawa dia orang pi jalan-jalan.. yg bestnye kerja2 rumah ni ringan ler sket.. adik-adik ipar aku rajin tolong sidai dan lipat kain.. ehehe salah satu kerja yg aku malas nak buat tu... Tapi aku bukan dera dia orang tauuu! kih kih kih..
Ape ntah! comments(8) -
Marah..3x!
Setiap hari si Afiq balik sekolah benda pertama yg dicerita kena marah.. Marah..3x.. tu yg selalu diceritakan. Marah sebab tak pandai nak buatlah.. buat lambat ler. Ada juga dia terdengar antara cikgu bersembang kata dia ni teruk.

Aku ingatkan dia akan dpt kelas last.. tp kelas sederhana. Kat sekolah dia tu ada 3 kelas. Kiranya dia kelas ke dua lah. Terkejut aku tengok bila dia tunjuk result test utk menentukkan kelas. Macam tak cara dia boleh dapat 86% utk markah math.. tapi BM dia memang teruklah.. hanya 55%. Soalan BM tu memang senang untuk budak lain, ada soalan hanya tulis nama bagi gambar yg diberi. Tapi masalah si Afiq ni, dalam BM pun dia tak kenal benda tu panggil apa. Macam mana nak tulis. Rasanya kalau soalan tu dalam bahasa jepun mungkin dia dapat 100% hahaha..

Hari ni pun Afiq kena marah lagi, dia kata bukan dia tak nak buat tapi tak reti. Cikgu marah sampai dia terkejut. Sedih je aku dengar dia bercerita.. Apa yg mampu aku kata "TAK PANDAI LER KITA KENA GI SEKOLAH. KALAU DAH PANDAI BUAT APA NAK GI SEKOLAH LAGI." Nasib baik dia dapat terima apa yg aku kata ni. Sampai bila dia boleh terima kata-kata aku ni.. yg aku takut dia malas nak gi sekolah pulak.

Aku rasa cikgu2 tu mungkin suara dia kuat sikit kot.. Budak-budak lain aku rasa mungkin tak kisah. Dia yang tak pernah merasa situasi macam ni, tu yg buat dia rasa takut. Cara pembelajaran masa kat tadika di jepun dulu jauh bezanya. Tak pernah dengar cikgu tu bersuara tinggi(marah).. budak nakal macam mana sekali pun tak pernah nampak dia orang marah. Afiq pun tak pernah balik cerita dia kena marah. Walaupun tak marah at the and of the year akan nampak perubahan student yg nakal. Ni yg aku perhatikan dari pengalaman aku kat tempat org dulu.

Yang si Aina pula, balik cerita kena rotan kat tangan sebab hari tu dia tak ucap GOOD AFTERNOON dan PELUK cikgu masa sampai kat tadika. Terkejut aku dengar... oo..gini ke cara nak didik budak2 utk greet cikgu... Padahal cikgu tu sendiri kekadang tak greet pun kat mak yg menghantar anak ni (mungkin terlupa kot eheh..) Patutnye dialah kena buat.. bg contoh kat student, kalau student tak great apasalahnya cikgu yg greet dulu kat student... Tapi apa nak buat dah jd budaya BUDAK-BUDAK KENA HORMAT PADA YANG LEBIH TUA. Aku memang tak setuju langsung dengan pepatah tu. Bagi aku kita kena hormat pada semua org tak kira dia lebih tua atau muda dari kita.

So sekarang ni, sebelum turun kereta tu aku akan pesan kat Aina suh dia greet dan peluk kalau tak mau dipukul.. emm macam tak ikhlaslah pula. Aku rasa senang je kalau nak bagi budak tu ingat utk peluk ni.. cikgu kena sua dulu tangan, mesti budak akan datang peluk. Ni yang aku selalu perhatikan masa gi antar dia org kat tadika di jepun dulu. Cikgu nampak kita dari jauh kekadang kat luar pagar sekolah lagi dah sebut OHAYOU. Pastu cikgu tu sua pulak tangan... budak2 apa lagi bila nampak cikgu sua tangan tu terus berlari gi peluk cikgu.. nampak mesra sangat. Yang aku perhatikan kat tadika Aina la ni.. budak2 peluk pinggang cikgulah. Bukannya cikgu dan budak tu peluk sama-sama.

Hahaha.. agaknya kalau aku gi komplen gini kat tadika tu apa yg cikgu tu akan kata kat aku ni nanti..
Ape ntah! comments(18) -
Nasi kicap
Pagi tadi si Afiq lupa nak bawa bento dia.. so aku pi lah antar time dia rehat. Aku tunggu ler dia kat bawah, malas nak naik kat atas.. Lama aku tunggu, dia tak turun-turun. Kawan2 kelas dia semua dah sampai ke kantin. Terpaksa ler aku pi tengok dia kat kelas.. rupa-rupanya dia dok cari bento dlm beg..

Pastu aku teman ler dia pi kantin. Bento tu dia makan, lepas makan dia kata nak pi beli makanan kat kantin tapi duit terlupa nak ambik yang papa bagi. So aku bagi ler kat dia.. Tapi macam biasa takde satu pun makanan yg dia selera nak makan. Dia ni memang cerewet sikit.. bila nampak tempat kotor sikit.. dah tak nak.. padahal bagi aku ok je.. biasalah kat Malaysia ni.. tapi dia emmm..

Tadi masa dok tengok-tengok Afiq makan bento tu, tertarik aku dgn gelagat sorang student ni.. berlari pi ke kantin.Di tangannya beg plastik hitam. Sebaik saje duduk kat kerusi tu, terus dibuka plastik tu. Rupanya ada satu bekas yg macam bekas taufufa yg jual kat pasar malam tu dengan satu sudu. Dalam bekas tu ada nasi. Best je tengok dia makan.. macam sedap sangat. So aku intai ler nasi yang dia makan tu.. rupanya hanya NASI dengan KICAP.

Sedihnya aku tengok.. nasi tanpa ada lauk tapi nampak dia begitu berselera sekali.Terdetik dalam hati ni.. KESIANNYA.
Tapi bila aku fikirkan balik.. adakah student ni benar-benar dr keluarga miskin atau dia sendiri yg hanya nak bawa nasi dengan kicap.. sebabnye anak buah aku sendiri pun ada yg jenis suka makan nasi dgn kicap.. pastu telur goreng mata kerbau.. Bukannya mak ayah tak mampu.. tapi dah itu yg anak dia suka..
Ape ntah! comments(10) -
| 1/9 | >>
Related Posts with Thumbnails