Hari ini adalah kenangan hari esok,
tanpa hari ini tiadanya hari esok.
スポンサーサイト

一定期間更新がないため広告を表示しています

- - -
Kenduri Kahwin di Bandung part II
Salah satu hiasan yang ada kat situ
 

Meja makan pengantin


Ada macam-macam jenis makanan. Setiap gerai.. err gerai ke panggilnya.. mewakili satu jenis makanan. Sate pun ada juga. Siap dibakar kat situ. Tapi satenya tak sama dgn sate di malaysia. Hampir semua jenis makanan yg aku rasa.


Bahagian tengah diletak nasi dan segala jenis lauk pauk. Yg ni last sekali aku try. Tu pun perut dah penuh. Dapat rasa sikit-sikit je.

Makanan lain tu pun bukan makan banyak sangat. Sekadar rasa je.. . Tapi dah banyak jenis, walaupun sikit penuh jugalah perut ni.









Holiday comments(2) -
Kenduri kahwin di Bandung part 1
Oleh kerana dak kecik pun dah lena. Kain baju semua dah siap dilipat. Ni nak kongsi sikit gambo-gambo yang diambik masa gi kenduri kawen di Bandung hari tu.

Bagi aku yg paling menariknya gambar-gambar yang diletak di pintu masuk dan sepanjang jalan menuju ke pelamin. Gambar-gambar yang menceritakan secara ringkas macam mana perkenalan antara pasangan pengantin sehinggalah persiapan perkahwinan. Tak pernah lagi aku jumpa org buat macam ni.. terpegun sat dgn kecantikkan gambar dgn ilustrasi yg dibuat.

Ini gambar yang diletakkan dimuka pintu masuk hotel. Sebelum masuk,tetamu dikehendaki menulis nama di guest book. Kemudian akan diberi door gift.
perkahwinan sukma&tedy

Ini pula laluan untuk ke pelamin
perkahwinan sukma&tedy

Antara gambar-gambar yg ada dilaluan ke pelamin yg sempat aku ambik.








Ini pula pelaminnya. Punyalah besar pelaminnya. Bukan hanya pengantin yg duduk kat situ.  Parents sebelah lelaki dan sebelah perempuan pun akan duk kat situ juga.



Semua tetamu yang hadir akan naik ke pentas/pelamin utk bersalaman dengan parents lelaki/perempuan dan juga pengantin. Berbeza dgn budaya kita.. tuan rumah akan pergi jumpa tetamu bukannya tetamu yang datang jumpa tuan rumah.
Holiday comments(3) -
Welkam back
 Olala.. dah ada kat Msia dah ni.. ada org rindu ka.. wakaka perasan jap. Sebenarnya tengahari selasa lagi sampai sini.

Untuk yg tak tahu ke mana diriku ini menghilang selama seminggu.. sebenornya diriku gi makan kenduri di Bandung.. kendurinya hari sabtu ja.. hari selebihnya tu  shopping sambil jalan2 tengok tempat org.

Hari rabu.. semalam tu apa lagi.. kena ler mendobi utk stok baju selama seminggu kat sana. Tu pun tak bleh nak dobi banyak2. Takdak tempat nak sidai. Terpaksa bawa kerja tu ke hari ni. Tapi hari ni hujanlah pulak :p

Semalam tu walaupun banyak mendobi takdak ler letih mana. Sebab ada MIL ku yang rajin itu.. hihihi. Dia yg tolong masukkan kain dlm mesin basuh, tolong sidai, tolong angkat dari jemuran dan dia juga tolong lipat. Kain-kain yang basuh semalam tu takdan nak selonggok kat dalam bakul. Kalau harapkan menantu dia ni.. rasa-rasa hari ni pun tak abih lipat lagi. Hari ni dah takdak sape nak tolong basuh kain. MIL dah balik kelate pagi tadi.

Gambar-gambar masa gi kenduri tu nanti akan ku kongsikan kat sini bila ada masa free. Pengalaman baru gi kenduri di tempat yang berlainan budaya. Berbeza sungguh dgn kenduri kawen di tempat kita. 

Komen-komen diblog ni pun akan dibalas nanti.. nak kena sambung sidai kain ni.. kat luar tu dah nampak panas kembali.

Holiday comments(0) -
Salam dari kg

Selamat pagi dan salam siaran dari bilik hotel Renaissance KB... keskeskes.
Balik kg tinggal kat hotel.. macam kalakorlah pulak. Padahal jarak dari rumah FIL hanya dalam 30 minit ja.. Tapi dah dapat tinggal free apa lagi...


Afiq dan Aina bukan main seronok lagi dapat dok kat hotel ni.. tak kira hotel mana asalkan ada pool dah cukup bagi dorang ni.


Renaissance Kb ni bertaraf 5 bintang tapi kalau nak banding hotel-hotel kodi yg taraf 2-3 bintang kat jepun dulu.. hotel-hotel kodi kat sana lebih baik lagi.. uhuhu :p






Budak kecik ni tak kira kat mana, tiba waktu tidur dia.. dia akan tidur dengan nyenyaknya. Senang kerja mama dia.. boleh ngadap laptop ni tanpa gangguan.



Ni pemandangan bandar KB dari bilik hotel.



Plan pagi ni nak bawa member gi muzium kelantan sementara kaum hb memasing gi menyelesaikan urusannya.
Tapi malas pula aku nak drive ke sana bila dapat tahu susah nak cari parking kat muzium tu.. ramai sangat orang kat sana pagi ni.

Sib baik member aku ni menyelamatkan keadaan bawa Aina dan Afiq gi main pool dgn anak-anak dia... takdelah dua orang tu kebosanan di dalam bilik ni..

Sekian.. laporan utk hari ini.. keskeskes


Holiday comments(0) -
Cerita ceriti
La ni makcik sibuk sungguhlah.. tak dan nak update blog ni. Kalau nak ikutkan ada ja benda nak tulis tapi selalu tak berkesempatan. Dalam banyak-banyak benda yang berlaku minggu lepas, nak gaklah cerita.. akhirnya makcik pergi gak ke KL setelah lama dok merancang. Kalau nak gi sesaja selalu tak menjadi. Tapi kali ni sampai juga jejak kaki ke KL tu sebab ikut cik abe gi meeting kat sana.

Masa kat KL arihtu sempatlah jumlah jumpa dengan beberapa org ahli myresipi.
Tapi sayang sekali masa pi KL tu bawa bateri kamera yg dah abih.. Uhuhu takleh nak wat tayangan gambo gi KL... tapi nak juga letak gambo kat sini.. Ni makcik curi gambo dari blog lela .. ehehe minta maaf ye lela. Gambo selepas kekenyangan kat restoren cheng ho. Terima kasih pada kak niza, lela, k ham dan k intan yang sudi meluangkan masa pada malam khamis lepas tu.
 
me and my friends

Pastu hari jumaat pula gi gather2 kat nendos di KLCC. Dapatlah kenal-kenal dengan k lily, Fiza, kak e, nenie, k ina, jamie dan juga kakyu. Ni curi gambo dari blog kak ina . Hehehe k ina... nampak kelakor ler my face tu. Tak make over pun takpe. Sebelum ni tak letak gambo muka sendiri kat blog ni bukannya apa... hanya kerana muka tak cun macam erra pojira.. ekekeke..



Gi KL kali ni tak berapa seronok. Uhuhu mula-mula si Afiq demam.. pastu hari jumaat pula papa dia pula demam. Hari khamis seharian terpaksa berkurung kat bilik hotel sebab Afiq yang demam. Hari jumaat dia masih demam lagi tapi oleh kerana semangat nak gi KLCC.. demam dapat mengatasinya.

Sib baiklah ada anak buah yang study kat KL tu.. bolehlah minta tolong dia layan Afiq dan Aina. Kalau tak.. tak mungkin diriku sorang mampu nak bawa dia org ni masuk petrosains. Papa dia org pula terpaksa berkurung kat bilik hotel.. demam.. jangkitan virus dari Afiq agaknya.
 


Masa kat KLCC tu baby Alif tak meragam... so dapatlah berlama kat sana. Dari pukul 12.30 tgh sampai kul 8.30mlm. Dari hotel ke KLCC dan balik semula ke hotel.. aku ambik teksi. Tiga kali naik teksi sepanjang kat KL tak pernah pula depa ni guna meter. Errr ke sekarang ni dah tak guna meter.. ke depa ni hanya guna meter utk org tempatan...

Dari hotel Legend ke KLCC tu depa charge RM10.. Tak tahulah aku mahal ke idak.. Pastu balik semula dari KLCC ke Seri Pasific, katanya RM20. Harga jadi double.. alasannya waktu MALAM. Tapi bila sampai kat hotel tu dia hanya minta RM15.

The Lagend Hotel dgn Seri Pasific tu bertentangan ja. Ehehe saja tukar-tukar hotel untuk rasa service dia macam mana. Setelah 2 malam kat legend dan  1 malam kat seri pasific, kesimpulannya Seri Pasific lagi bagus dari legend hotel. Harga pun lebih murah tapi makanan pagi tu tak sebanyak legend hotel.

Lepas masuk petrosains tu bawalah Afiq dangan Aina masuk toys"r"us. Ni kes nak memujuk Afiq sebab tak sempat nak masuk kedai yang kat petrosains tu.. kedai tu dah nak tutup.

Masa kat toys"r"us tu, dengan senyum-senyum si Aina tanya "mama ada duit ke.." di tangannya dah pegang dora-chan. Uhuhu kesian pula aku tengok dia.. so belilah dora ni utk dia. Kalau dengan aku budak-budak ni jadi baik sikit. Nak buat apa tanya dulu. Kalau dengan papa dia.. senang ja.. ambik dan terus letak kat kaunter tanpa tanya-tanya.

dora

So sekarang ni dora-chan dah jadi teman tidur barunya. Sebelum ni donald ducklah teman tidur dia sejak di jepun lagi. Bila dapat yang baru dia dah takmo donald duck tu.. nak letak kat katil pun tak boleh.

Uhuhu kesian kat cik donald ni. Tapi setelah dipujuk nak jugalah dia letak cik donald ni kat katil
donald duck

uhuhu ... baby Alif dah memanggil2... sambung cerita lenkali... chowww...
Holiday comments(3) -
| 1/3 | >>
Related Posts with Thumbnails