Hari ini adalah kenangan hari esok,
tanpa hari ini tiadanya hari esok.
スポンサーサイト

一定期間更新がないため広告を表示しています

- - -
Mini muesli & Apple muffins
 Wat muffin utk baby Alif untuk perabih Heinz Muesli & Apple cereal dia. Dak kecik sekarang takmo makan-makanan yg lembik-lembik macam bubur tu. Dah mula nak makan makanan yg org lain makan. Pantang kakak dgn abang dia bawa makanan mulalah ikut bontot..

muffin

Resepi ni amik kat belakang kotak cereal tu... adeih sambung entry ni lain kali.. dak kecik tengah selongkar tong sampahlah pulak....  :p
muffin comments(0) -
Muffin coklat
Huwaa dah lama tak membaking.. ni projek pertama di dapur baru. Tapi still guna oven lama. Oven baru meletup masa preheat utk grill ayam.. terpaksa ler masuk wad. Sedih sungguh... baru nak mengetes oven baru.. tetiba je cermin pintu kat bahagian dlm tu meletup.. hancur berderai.


muffin coklat

Macam mano le boleh jadi gini.. nak kata oven cap ayam dak jugak.. brand yg glamer.. tp cam mano ler cermin tu bleh tak tahan panas..

muffin cup standSape berkenan dengan muffin cup stand ni boleh beli di kedai bakery atau DAPAT di myresipi online shop.


muffin comments(3) -
Muffin coklat
muffin coklat

muffin coklat
muffin comments(4) -
Pandan & strawberry muffin
Buat bulan posa arihtu untuk bawa balik kampung.

muffin

Resipi ni ambik kat blog fidah tapi diubah perasanya. Fidah halal ye.. ambik copy paste resipi tu kat sini senang utk rujukan lain kali... suka sangat dengan resipi ni sebab senang nak buat.

  • 2 cup self rising flour
  • 3/4 cup brown sugar
  • 1 egg
  • 1/2 cup chocolate chip (original recipe called for mixed berries) - can be subsituted to any type of berries
  • 3/4 buttermilk (can be subsituted to fresh milk)
  • 1/2 cup vegetable oil
  • Icing sugar for dusting (optional)
  1. Sift flour into a bowl.
  2. Add sugar and beaten egg.
  3. Add buttermilk and oil. Mix well.
  4. Spoon mixture into muffin case/muffin tin.
  5. Place the chocolate chips into the muffin.
  6. Bake in a moderate oven (180 degree celcius) for 20 minutes or until it just set.
  7. Dust with Icing sugar (optional).

muffin comments(1) -
Good bye 2007 : Pandan muffin
pandan muffinHari ni mula tahun baru dengan pandan muffin. Uih dah lama aku tak start masak memasak pastu ambik gambo.. bz punya pasal semua tu terpaksa di ketepikan.

Mungkin lepas ni aku akan kembali seperti dulu.. tap bergantung pada keadaan jugalah... bila anak-anak dah start sekolah nanti tak tahulah macam mana. Aktiviti aku pun akan makin bertambah.

Resepi Pandan muffin :-

Bahan-bahan ( 6 biji- 7cm acuan muffin )

  • 90g butter
  • 70g gula halus
  • 1 biji telur
  • 40ml susu segar
  • sedikit vanila esen
  • 110g tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil pandan emulco

Cara-cara

  1. Pukul butter sehingga lembut. Kemudian masukkan gula,pukul sehingga putih.
  2. Masukkan telur sikit demi sedikit. Pukul sehingga semuanya sebati.(sebelum masukkan telur ke dalam adunan,pukul dulu sikit telur tu dengan garfu. Tak perlu kembang). Kemudian masukkan esen vanila. Pukul lagi sehingga sekata.
  3. Masukkan pula tepung yg telah diayak dengan baking powder ke dalam no.2 sedikit demi sedikit sebanyak 3 kali berselang seli dgn susu segar sambil di kacau. (tepung-susu-tepung-susu-tepung)
  4. Bahagikan adunan kepada 2. Ambik satu bahagian adunan, masukkan pandan emulco dan kacau sehingga sebati.
  5. Isikan cup muffin dengan dua adunan yang berlainan itu. Bakar selama 25-30minit dengan suhu 180C.

pandan muffin

Garlic bread ni yang aku masak TAHUN LEPAS untuk dinner semalam. Uih bunyi macam dah lama bila sebut TAHUN LEPAS aku masak roti ni tapi semalam baru makan...eheheh. Padahal semalam jugalah aku masak roti ni

garlic bread

muffin comments(2) -
| 1/1 |
Related Posts with Thumbnails