Hari ini adalah kenangan hari esok,
tanpa hari ini tiadanya hari esok.
スポンサーサイト

一定期間更新がないため広告を表示しています

- - -
Keropok goreng
Boleh panggil keropok goreng ke ni?... Keropok ni "digoreng" dengan menggunakan microwave. Susun-susun je keropok ni dalam microwave, pastu masak selama 1-2 minit. Ginilah hasilnya. Tak guna minyak pun. Sesuailah untuk sape-sape nak diet.

keropok

Idea ni ambik dari kak zela a.k.a alezron kat myr nun. Tima kaseh ye kak.. Rasa keropok ni macam keropok yang dibakar. Masa zaman anak dara, time tolong mak bakar ikan or ayam dengan dapur kayu.. selalu gak lah bakar keropok kat atas bara api. Sambil tunggu ikan masak, sambil dok ngunyah keropok.. tapi keropok yg dibakar cara gini, adalah part yg terhangus jadi hitam.. Nostalgialah pulak bila makan keropok ni..
Snek comments(5) -
Garlic Mashed Potato wif Gravy
 potato

Resipi oleh Mommamia myresipi.com

Bahan-bahan ( 4-5 orang makan )

  • 8-9 biji ubi kentang saiz besar (kalau guna Russet potatoes lebih gebu)
  • Air yg cukup untuk merebus + 3 ulas bwg putih diketuk
  • 3 sudu besar butter
  • 2 sudu besar mayonaise
  • ½ cawan susu segar/ fresh cream
  • 1 sudu kecil black pepper
  • Bahan-bahan untuk gravy :
  • 2 ulas bawang putih dicincang halus
  • 2 sudu kecil black pepper
  • 2 sudu besar Worcestershire sauce ( kite gune brand lea&perrin)
  • 4 sudu besar kicap manis + 1 cawan air
  • 2 sudu besar tepung jangung + dgn sedikit air ( untuk memekatan gravy)
  • 1 sudu kecil stock ayam ( kalau buat steak/grilled chicken, guna airnya lg sedap)
  • sedikit minyak untuk menumis bwg putih

Cara-cara

  1. Russet
    Kupas kulit ubi kentang dan potong nipis2. Rebuskan dalam periuk - isi air cukup-cukup menutupi ubi dan campurkan sekali bwg putih yg diketuk.Tabur sedikit garam.Rebus hingga empuk dan tosskan air lebihan.
  2. Campurkan butter, mayonaise, susu segar dan black pepper kedalam ubi kentang yang telah direbus tadi dan lecekkannya.Kalau takde potato masher, gune electric mixer/ bontot botol sos pun boleh. Lepas dah hancur & smooth, siap lah mash potato tu.
  3. Untuk Gravy : Tumis bwg putih dan black pepper hingga wangi.(jgn sampai garing sgt..tak sedap)
  4. Lnp
    Masukkan semua bahan-bahan lain kecuali air tepung jagung. Masak hingga didih.
  5. Sambil kacau, tuang air tepung jagung sikit2 sampai gravy tu tak pekat, tak cair.( kalau suka pekat2, tambah lagi..ikut selera masing2)
  6. Untuk serve, tuangkan gravy atas mashed potato tadi dan ENJOY!

Snek comments(2) -
Crispy crab stick
crabstickchips

Resipi dari blog Che'Iza. Tapi aku tabur sikit tepung untuk cepat garing.

Bahan-Bahan
  • 2 paket filamen crabstick
  • Serbuk secukup rasa maggi (takde pun tak per)

Cara-cara

  1. Buka filamen crabstik jadi satu kepingan yg lebar. (Kalau perasan filamen ni dia ada satu gulungan).
  2. Hiris memanjang selebar 1cm.
  3. Goreng deep fry hingga golden brown n garing... Untuk menambahkan rasa, taburkan sikit dgn serbuk secukup rasa.... Siap.

Snek comments(0) -
Ubi bakar
"Yakiimo.... yakiimo..."
Cepat-cepat je my hubby pergi beli ubi bakar bila dengar van jual ubi bakar tu lalu depan rumah. Dah lama tak makan ubi bakar ni. Sedap bila dimakan masa musim sejuk ni.

yakiimo

Inilah rupa ubi keledek bakar kat Jepun. Seketul harganya 500yen. Kalau beli 1000yen dapat tiga ketul. Tapi tadi dapat free satu. Jadilah 4 ketul semuanya.

Tadi fikir nak masak roti jala for dinner malam ni. Kebetulan pula van ubi bakar lalu depan rumah. Jadi cancel masak roti jala. Makan je lah ubi bakar. Jenuh nak abihkan 4 ketul. Ubinya besar sangat.

Balik kampung hari tu cerita kat mak. Kat Jepun makan ubi bakar. Hairan mak, macam orang takde duitlah pulak makan ubi bakar. Kalau kat kampung ni ubi bakar kira makanan orang yang tak ada duit je kot.. heheh.. Tapi kat Jepun cara bakar ubinya lain. Ubi bakar bukanlah makanan orang yang tak berduit..
Snek comments(7) trackbacks(333)
| 1/1 |
Related Posts with Thumbnails