Hari ini adalah kenangan hari esok,
tanpa hari ini tiadanya hari esok.
スポンサーサイト

一定期間更新がないため広告を表示しています

- - -
Gohan


"Abih ke nasi?"

"Bukan nasilah mama... gohan"

"yer lah gohan.."

"Abih!"

Uhuhu 1 pot masak nasi tadi abih dimakan oleh Aina dan Afiq.. tu pun dorang tanya naper masak sikit.

Lama sungguh dia orang tak makan nasi dengan furikake ni. Sekali makan boleh abih satu pot. Dia org ni masih tak berubah lagi. Kalau nasi jepun tetap dipanggil gohan bukannya nasi.

Macam manapun beras jepun yang ada dijual kat Malaysia ni tak sama dengan yang di jepun. Bila dimasak nasi dia tak melekat-lekat sangat. Tapi bolehlah buat lepaskan rindu.

Terima kasih kak hani bagi omiyage ni. Berselera sungguh dorang makan nasi malam tadi.

Takde lauk lain pun takpe.. cukup dengan furikake tu je.. sambil makan ni mulalah dorang sebut memacam makanan jepun. Uhuhu rindu sungguh kat jepun.


Nasi comments(4) -
Nasi dagang
nasi dagang
Nasi comments(6) -
Nasi Dagang Perantau
nasi dagangyatta!!.. Ni eksperimen semalam. Wat nasi dagang. Sebelum ni memang aku dah pernah masak nasi dagang tapi guna beras nasi daganglah.. ataupun guna beras biasa yang dicampur dengan beras pulut.

Tapi kali ni aku guna beras jasmen ( err.. beras ni kalo mak aku dia panggil beras wangi). Bukan mengidam pun nak makan nasi dagang ni, cuma lepas call my sister teringin pula nak try nasi dagang yang kawan dia pernah buat. Katanya kawan dia hanya guna beras jasmen untuk buat nasi dagang.

Kat sini kalau beras jasmen tu senanglah nak cari tapi kalau beras nasi dagang terpaksalah import dari Malaysia.. soh orang kampung hantar.

So sesape yang dok di perantauan dan teringin nak makan nasi dagang bolehlah try guna beras jasmen.. emm rasanya boleh tahan jugalah...

Err.. satu lagi. Aku sebenarnya lebih suka makan nasi dagang dengan gulai ikan aya( ikan tongkol).. Tapi nak wat cam mana.. kat sini harga ikan tu mahal sangat terpaksalah aku ganti dengan kari ayam.
Nasi comments(2) -
Curry rice
curry riceFirst time masak kari jepun.. oishii


Nasi comments(3) trackbacks(166)
Onigiri - Rice ball
Makan malam tadi buat onigiri untuk Along dan Adik. Nampak aje cantik tapi bila makan terus berterabur. Kepal tak cukup kemas rupanya. Maklum ler first time belajar buat ni.

Si Along tak siap semuanya lagi terus nak makannya. Si Adik pula dua tiga hari sebelum ni tak ada selera nak makan nasi. Tapi tadi bila tengok onigiri nak pula dia makan. Best aje tengok dia makan onigiri. Menikmati sepenuhnya barangkali.. walaupun onigiri yang tak menjadi tu...

Macam mana terfikir nak buat onigiri ni...
Gini ceritanya. Semalam lepas pergi makan kat luar tu singgah sekejap kat kedai buku. Si Along dan Adik sibuk minta belikan buku. Sambil tu tengok-tengoklah buku lain. Terjumpalah satu buku yang tajuknya " Kodomo no kawaii obentou ". Dalam buku ni ada tunjuk macam mana nak sediakan bekal makanan budak-budak. Penerangan dalam buku ni disertai dgn gambar. Jadi tak faham nak baca sepenuhnya bolehlah refer pada gambar tu. Kalau nak betul-betul faham terpaksa tanya kat translater...har ha ha...

Sebelum ni dah terfikir nak cari buku yang begini. So dah terjumpa tu teruslah beli. Sekarang ni nak start belajar buat masakan utk bentou. Bulan April nanti si Along dah start masuk tadika. Setiap hari kena bawa bentou kecuali hari rabu. Bertambahlah satu kerja lagi selepas ni..
Nasi comments(5) trackbacks(1)
| 1/1 |
Related Posts with Thumbnails