Hari ini adalah kenangan hari esok,
tanpa hari ini tiadanya hari esok.
スポンサーサイト

一定期間更新がないため広告を表示しています

- - -
Biskut baby
Biskut untuk my little baby yang tak lama lagi akan mencecah usia 8 bulan.

tamago boro

"Hari ni mama buat biskut untuk saya. Saiz biskut tu sebenarnya kecil. Sekali saya ngap je.

Tapi bila tengok dalam gambar di atas yang mama ambik tu macam besar kan.

Oppss... abaikan kain-kain yang bergantungan kat kerusi di belakang tu. Hari ni hujan dari pagi lagi. Terpaksalah mama sidai dalam rumah.

Oh ya saiz sebenar biskut saya ni macam gambar kat bawah ni lah.

Kecilkan kalau nak dibanding dengan botol air saya tu...

Saya suka makan biskut ni. Along pun suka..

Kawan-kawan nak resipi boleh ambik kat bawah ni. Lepas tu mintalah mama buat ye!.."




Bahan-bahan:-
  • 80g tepung ubi
  • 20g tepung jagung
  • 25g gula kastor
  • 2 biiji kuning telur
  • 2 sudu besar susu tepung (susu bayi)
  • air
Cara-caranya :
  1. Masukkan telur dan gula ke dalam mangkuk. Pukul dengan whisk sehingga gula larut.
  2. Masukkan susu tepung, pukul lagi sehingga sebati.
  3. Masukkan pula tepung. Uli sehingga tidak melekat ditangan. Kalau agak keras bolehlah tambah sedikit air. Lepas tu getel bulat-bulat kecil.
  4. Panaskan oven sehingga suhu 180 degree. Kemudian bakar selama 7-8 minit.
tamago boro
Cookies comments(6) -
Biskut Raya
Antara biskut raya yg sempat dibuat dalam keadaan badan yang tak berapa siap.. sib baik ada assistant.

Cream cheese cookies yg dihias oleh Afiq dan Aina..
cream cheese cookie

Chocolate treasure ni pun dgn bantuan Aina.. dia yg tolong isi conflake ke dlm paper cup
chocolate treasure

Ni apa entah nak bagi nama.. kerepek almond ke.. wat ni sebab nak abihkah telur putih.. sedap ler pulak.. ranggup gitu. Sesuai untuk wat nonton tv.
kerepek

Ni pulak icebox almod cookies
icebox almond cookies

Ni plak.. pumkin cookies . Gambo ni adalah cookie yg belum dibakar lagi.. yg dah bakar tunggu ye.. dah nak tidur ni.. ngantuk sesangat.. mukin sebab lepas mkn uabat agaknya.
kabocha pudding

Ada lagi beberapa jenis cookies yg belum ditayang lagi ni.. kalau sempaat esok ye sebelum balik kg..
Cookies comments(3) -
Biskut
Petang semalam takde apa nak buat. Nak gadap pc, Along pula yang menguasainya. Nak makan pun tak sempat. Taku mama pergi ambik alih tempatnya tu.

Sambil tengok tv tu terasa pula nak buat biskut. Abihkan barang yang ada. Bulih juga buat raya.

Bila dah siap, Si Along ni apa lagi..."kawaii nak satu, mama...". Dah makan tu bukan satu je.. ulang alik pula pergi ambiknya. Last sekali bawa masuk dengan bekas. Bangun pagi tadi pun selepas beritahu " Along dah bangun ".. terus pergi ke dapur ambik biskut ni lagi. Nampaknya tak sempatlah nak buat raya...

biskut

Ini sajelah yang tinggal. Tak lama lagi akan disapu bersihlah ni.
Cookies comments(5) trackbacks(197)
| 1/1 |
Related Posts with Thumbnails