Hari ini adalah kenangan hari esok,
tanpa hari ini tiadanya hari esok.
スポンサーサイト

一定期間更新がないため広告を表示しています

- - -
Marble yogurt cheese brownies


My marble yogurt cheese brownies.. hihii. Ni aktiviti untuk perabih stok yogurt dlm esbox.  
 
marble brownies

mable brownies

Resepi asalnya dari marble cheese brownies.. ambik kat Rinnchan fotopages . Resepi asalnya cenggini :-



Bahan-bahan Brownies :
250g butter
1 cwn serbuk koko
3 biji telur gred B
1 1/2 cwn gula castor
1/2 cwn susu cair
1 1/2 cwn tepung gandum *Ayak dgn BP & SB
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonate
1 tsp esen vanilla

Cara-cara:
1. Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.
2. Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau sebati.
4. Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata.
5. Panaskan oven pada suhu 175 darj cel. Alas loyang 10" x 10" dgn grease proof paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies.
6. Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti.
7. Bakar selama 20min menggunakan api atas dan bawah.


Bahan-bahan lapisan cheese:
250g cream cheese
1 cwn gula castor
1 biji telur gred B

Cara-cara:
1. Pukul cream cheese hingga gebu.
2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.

*Selepas 20min keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan. Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa. Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15min atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong.


yogurtDiriku telah mengubahsuai bhn utk lapisan cheese tu jadi
150g cream cheese + 100g yogurt.
100g yogurt tu hasil dari 200g yogurt yg telah disejat utk buang airnya.


Maka dengan ini terhasillah Marble yogurt cheese brownies hihihi... :D




Kek comments(1) -
New York Cheesecake
cheesecake
Kek comments(3) -
Kek pisang
kek pisang

Kek ni buat malam tadi untuk sarapan pagi ni. Simple sangat resipinya. Kalau ikut resipi kena letak soda bikarbonat tp dlm kek ni semalam tak letak. Sib baik menjadi juga. Siap bubuh semua bahan dalam bowl baru perasan stok soda bikarbonat dah abih.. abih bukan sebab masak tapi abih wat sental oven. Pastu tambah choco chips dan almond slices kat atas kek tu.
Kek comments(1) -
Simple cheesecake
Semalam si Aina tunjuk buku dia. Bila tanya apa dia.. dia jawab sambil tersenyum "MAMA BACALAH" . Rupanya dalam buku dia tu ada cara buat cheesecake dan minta suruh buat cheesecake untuknya.
kek keju

Hari ni time dia pi sekolah, aku pun buatlah cheesecake ikut apa yg ada dlm peti ais bukan ikut resipi dlm buku dia pun. Cream cheese hanya ada separuh je.. dlm 180g . So jdlah cheesecake bersaiz kecil.

Bukan main happy lagi dia, balik dari tadika ada cheesecake dlm peti ais. "MENGAPA KECIL MAMA?.. UNTUK KODOMO(kanak-kanak) YE MAMA.. Aku pun mengiya je lah.. ehehe padahal cream cheese yg tak banyak. "MAMA.. DALAM BUKU KATA GUNA BISKUT MARIE. MAMA GUNA BISKUT APA?.." ehehe aku main hentam je biskut jacob yg lebihan dia makan. Dah lama biskut tu dalam peti ais.. takde sape yg teringin menyentuhnya..
cheesecake

Lepas tu dia minta nak makan sikit. Selebihnya nak makan dengan papa. Eheheh setiap kali makan kek dan apa jua dessert mesti nak makan dengan papa.. sebab papa dengan dia mempunyai citarasa yg sama.. berbeza dengan si Along.
cheesecake
Kek comments(4) -
Patut lerrrrr....
Patut ler rasa lain benor ghupe kek coklat aku kali ni. Rupanya terlupa nak bubuh minyak masak seperti dalam resepinya..

Ish..ishhh.. apalah yang aku ingatnye... betul ler seperti kata Kak Lynn.. hati dah kat Malaysia...
Kek comments(6) trackbacks(397)
| 1/2 | >>
Related Posts with Thumbnails