Hari ini adalah kenangan hari esok,
tanpa hari ini tiadanya hari esok.
スポンサーサイト

一定期間更新がないため広告を表示しています

- - -
Fireworks Festival
Sabtu lepas, gi hanabi taikai(fireworks festival) kat Futako Tamagawa.. Meriah sungguh. Maklum ler setahun sekali diadakan pada musim summer. Naik densha kat Ookayama eki sampai ke Futako eki.. memang penuh.. jangan harap nak dpt tempat duduk. Kat dlm densha tu ada couple yg dah tak dan dan kot.. ngeh ngeh ngeh dapat ler aku tengok wayang free.. bukan nak tengok tapi terpaksa tengok.. apa tak nya dok betul-betul depan mata.

Ramai ler anak-anak dara dan teruna yg pakai yukata ( err masih ada dara lagi ke..ekekeke). Kalau yg dah ada anak ni jarang yg nampak pakai yukata.. hanya anak-anak saja yg pakainya. Ayu sungguh tengok depa ni pakai yukata.. jalan pun sopan santun je nampaknya.

hanabi

hanabi

hanabi

hanabi

hanabi

Lepas abih taikai tu dpt lagi tengok free show... adalah couple yg berpeluk2 sambil baring-baring ala-ala hindustan kat atas padang rumput tu.. romantik agaknya lepas tengok fireworks tu.. yg mabuk pun ada juga.. sampai aku yg duduk ni boleh dilanggarnya.. sib baik dia cepat minta maaf.. kalau tak nak je aku maki hamun la tu juga.... err tapi berani ke aku nak wat gitu ..hahahaha..
Japanese Culture comments(3) -
Krismas
Hari ni perayaan krismas. Kat Tokyo ni nampak meriah sekali sambutannya. Kat mana-mana mesti ada pokok krismas.

Kalau di supermarket tu, kebanyakkan cashier pakai topi santa claus. Pizza man yang hantar pizza ke rumah-rumah pula pakai pakaian santa claus. Rancangan tv pun sekarang meriah dengan rancangan christmas special.

Kalau tengok-tengok rumah orang-orang Jepun sekarang ni macamlah dia orang ni menganut agama kristian. Pintu-pintu rumah dihiasi dengan lampu-lampu,christmas tree dan patung-patung santa claus.

Sebenarnya bagi mereka sambutan krismas ni lebih kepada budaya bukannya perayaan keagamaan.

Japanese Culture comments(2) trackbacks(0)
Bunka-no-Hi (Culture Day)
Hari ni kat sini cuti umum untuk Bunka-no-hi (culture day). Apa maksudnya kita pun tak tahu . Try ler search kat net ni katanya...The love of freedom and wish for continued peace as fostered by Japan's current Constitution are celebrated with cultural activities.

Sejak dok kat sini cuti ke tak rasa sama je.. hari ni wpun tak ke sekolah..dia keluar buat part-time job. Aku pun tak kisah sangat.

Kalo kat Msia masa cuti..dia kena kerja rasa tak bestlah pulak.. terpaksalah dok umah dgn anak-anak. Tak boleh nak pergi jalan-jalan.
Japanese Culture comments(0) trackbacks(453)
Matsutake
Kulat Matsutake bukan kulat sebarangan. Harganya lebih mahal dari harga daging. Semasa pergi pasar dua tiga hari lepas, harga untuk 4 batang matsutake sahaja dah Y14000. Harga untuk sekilo daging lebih kurang Y1200. Kalau nak bandingkan dengan daging, dah berapa kilo daging boleh dibeli dengan harga empat batang matsutake tu.

Di jepun ni matsutake tumbuh pada musim luruh di dalam hutan pine. Jadi pada musim sekarang ni banyaklah dijual di pasar-pasar dan di supermarket. Katanya matsutake liar ni yang paling sedap dan harganya pun lebih mahal lah.

Rasa dia macam mana ek???.... diri sendiri tak pernah pulalah rasa. Tak pernah beli.. mahal sangat. Tapi my hubby pernah makan matsutake ni. Dia kata matsutake ni mempunyai great aroma n flavor .. Katanya lagi macam rasa daging. Eh macam mana tu... dia kata ada masa nanti nak bawa pergi makan matsutake ni... Nanti bila kita dah makan ..kita ceritalah kat sini ya.

Macam-macam cara org jepun masak kulat matsutake ni.. ada cara steamed, grilled,fried dan macam-macamlah.. Dia orang ni memang kreatif dalam bab-bab masakan. Yang paling popular sukiyaki, tempura, nasi matsutake, dobin mushi (steamed in a teapot) dan sup matsutake.

Inilah rupa dia....

Matsutake

Japanese Culture comments(14) trackbacks(364)
Matsuri
Hari ni cuaca masih tak menentu. Kalau diikutkan ramalan hujan pada sebelah pagi saja 雨. Tak sangka pula ada pagi ni ada matsuri(pesta) yang berarak lalu depan rumah.

Matsuri
Meriah..

matsuri
Bersatu...

matsuri
Berarak dalam hujan renyai-renyai
Japanese Culture comments(0) trackbacks(593)
| 1/2 | >>
Related Posts with Thumbnails