Hari ini adalah kenangan hari esok,
tanpa hari ini tiadanya hari esok.
スポンサーサイト

一定期間更新がないため広告を表示しています

- - -
Kerabu ayam
kerabu ayam

Kerabu ayam dari resepi Aziemas di myr. Kopipes kat sini utk rujukan akan dtg.. kot2 time nak buat nanti myr tu buat hal plak :p . Thanks Azie ;)

Kalau tengok resipi ada letak timun.. tp dlm gambo tu takde. utk pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan. Timunnya telah kehabisan terpaksalah diganti dengan kacang buncis. Tapi tetap sedap..  x tahulah kot letak timun lagi sodap.. Lain kali bolehlah try pakai timun pula.

Bahan:-
  • 4 @ 5 potongan ayam - ambil isi sahaja
  • 1 bawang besar - hiris
  • 3 biji tomato - buang empulurnya - hiris
  • 10 biji cili padi - hiris (Terpulang kepedasan masing2)
  • 5 helai daun limau purut - hiris
  • 1/2 biji timun - buang empulurnya - potong pjg mcm btg mancis
  • 2 sudu makan sos cili
  • 2 sudu makan cuka @ air limau nipis @ air asam jawa
  • Garam & gula secukup rasa
Cara-cara:-
  1. Isi ayam - potong kecil2, rebus hingga masak. Toskan
  2. Gaulkan isi ayam dengan semua bahan lain. Perasakan dengan garam & gula, sos cili dan cuka.
  3. Dh siap..boleh dimakan dgn nasi @ ratah begitu saja



Ayam comments(0) -
Sup Ayam dgn Lengkuas
Resepi ambik dari belakang kotak kiub ayam knorr. Senang sesangat. Sesuai dimasak di kala malas menjelma. Pastu kena pulak dengan selera orang-orang dalam rumah ni. MIL & FIL pun kata sodap sup ni.. lain dari yang lain.

 

Bahan-bahan:-
  • 1.5 liter air
  • 1 kiup pati ayam knorr
  • 4cm lengkuas, buang kulit dan hiris nipis-nipis
  • 300g isii ayam, hiris nipis.- diriku campur sekali isi dan juga tulang temulangnya sekali.
  • 5-6 biji cili burung-titik
  • 1/4 cawan santan
  • 2 sudu besar sos kan
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu besar jus limau nipis
  • daun ketumbar utk hiasan- hat ni xde lam stok.. so main tabur je dgn daun bawang.
Caranya:-
  1. Masukkan air dan kiub ayam ke dlm periuk. Letak atas api sederhana sehingga mendidih. Tambah hirisan lengkuas. Biarkan selama 5 minit. Masukkan pula isi ayam. Masak 5 minit lagi.
  2. Tambahn cili burung, santan dan gula. Tunggu sehingga mendidih. Masukkan sos ikan dan jus limau nipis. Angkat. Hidang segera. Hias dgn daun ketumbar.
Kalau sape nak diet boleh ganti santan dengan low fat milk.. dah cuba.. tetap sedap..
Ayam comments(1) -
Ayam percik
Ayam percik kelantan style..
ayam percik kelantan style
Ayam comments(0) -
Bebola tauhu
Entry hari ni nak citer pasal kisah semalam. Semalam first time jogging di bulan puasa... alhamdulillah tak terasa letih pun sampailah waktu berbuka.. so hari ni jogging lagilah...

Untuk berbuka puasa semalam makan nasi putih, black pepper steak, bebola tauhu dan kobis goreng. Bebola tauhu tu first time buat... emm sedap jugalah.. dia yang tak suka makan tauhu pun makan juga.. katanya sedap.. heheh.. lain kali bolehlah masak lagi macam ni. Biasanya kalau beli tauhu sendiri masak, sendiri makanlah. Along pun suka!...

Ni resepi bebola tauhu semalam.

Bahan-bahan
1 keping tauhu - dilecek dengan garpu
1 batang lobak - dikupas kulit dan dicincang halus/ disagat
1 butir telur (gunakan separuh untuk digaul pada bahan campuran dan separuh lagi dicelup untuk diselaput pada tepung)
minyak untuk menggoreng
1 tangkai daun bawang di hiris halus
1/2 bawang besar dicincang
garam secukup rasa

Cara-cara
-Gaul kesemua bahan-bahan sehingga sebati. Bulat-bulatkan ia seperti bola kecil.
-Celup bebola ini ke dalam telur, kemudian selaputkan pula dengan tepung. Goreng sehingga kuning keemasan.

bebola tauhu
Ayam comments(7) trackbacks(310)
Ayam Bakar Sos Lemon
Bahan-bahannya:
2 keping ayam - lebar seperti paha dan nipis
1 sudu besar jus lemon
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar minyak bijan
1/2 sudu besar mentega
Garam secukup rasa
Sedikit serbuk lada hitam

Bahan untuk Sos:
1 biji lemon - ambil jusnya dan parut kulit lemon
1/2 sudu besar mentega
1 sudu besar bawang goreng
100 ml stok ayam
1 sudu kecil tepung jagung
Garam secukup rasa
Serbuk lada sulah


Cara menyediakannya:

Perap kepingan ayam bersama jus lemon, kicap pekat, minyak bijan, mentega dan perasa. Biar selama 1 jam.
Bakar ayam di dalam ketuhar bersuhu 200°C selama 30 minit hingga ayam keemasan dan sapukan dengan jusnya sendiri supaya tidak kering.
Terus hidangkan ke pinggan dan ketepikan.
Gaulkan semua bahan sos dan didihkan di atas api sederhana hingga separuh pekat dan tuangkan ke atas ayam dan hidang panas.
Hias dengan daun salad dan hirisan lemon.
Ayam comments(0) trackbacks(552)
| 1/2 | >>
Related Posts with Thumbnails