Hari ini adalah kenangan hari esok,
tanpa hari ini tiadanya hari esok.
スポンサーサイト

一定期間更新がないため広告を表示しています

- - -
Pau
Pauku ini jadi macam kulit org tua.. dimanakah silapnya??.. adakah sebab tak cucuk botoxx???

pau

Walaupun rupanya tak jelita tapi hasilnya tetap gebu. Rasanya-rasanya inilah pau yg paling gebu yg pernah aku buat. Tetap lembut walaupun dah sejuk.

Resepi pau ni amik kat myresipi.. yg diposkan oleh LynnSham . Katanya resipi ni dari taukeh frozen food, Pn Ani Ahmad yang dikongsi di RNet.

Bahan-bahan ( 64 biji - doh seberat 20 gm )

  • Bahan A:
  • 450 gm special pow flour (Hong Kong)
  • 230 ml air
  • 1 tbsp susu pekat manis
  • 5 tsp yis segera - Mauripan
  • Bahan B:
  • 300 gm special pow flour (Hong Kong)
  • 180 gm gula kastor
  • 40 gm shortening
  • 2 tbsp double action baking powder (for pau)
  • 1 tsp bread softener
  • Bahan C - larutkan:
  • 100 ml air
  • 1/2 tsp ammonium carbonate
  • Sedikit garam
  • Bahan D:
  • Inti - ikut citarasa sendiri

Cara-cara

  1. Satukan A, uli hingga jadi doh yang licin (saya guna bread maker). Kemudian rehatkan doh selama 30 minit (doh akan mengembang).
  2. Selepas 30 minit, campurkan A dengan B dan C. Uli hingga jadi doh yang licin (jika guna mixer; speed no. 2 selama 15-20 minit. Saya guna bread maker Empress [Cosway], setting no. 51, uli sebanyak 4 pusingan).
  3. Rehatkan dan biar doh mengembang sekali lagi selama 30 minit (doh pau ini sangat ringan).
  4. Bahagikan doh kepada bebola kecil (saya bahagikan kepada 20 gm tiap satu).
  5. Masukkan inti, bulat-bulatkan atau punjutkan.
  6. Rehatkan sekali lagi hingga kembang selama lebih kurang 10-15 minit.
  7. Kukus selama 5-7 minit dalam pengukus yang telah dipanaskan terlebih dahulu (saya kukus dengan api sederhana).
  8. Untuk frozen pau: setelah pau dikukus, biarkan hingga betul-betul sejuk. Kemudian bekukan secara individu (pastikan pau tidak melekat antara satu sama lain). Bila dah beku, keluarkan dari fridge dan terus pek (jumlah per pek terpulang.. pau tidak akan melekat antara satu sama lain). Selepas dipek, terus disimpan sejuk-beku.
  9. Cara mengukus frozen pau: Panaskan pengukus, terus kukus pau tanpa perlu 'defrost' (api sederh

pau
Kuih-muih comments(3) -
Lepat pisang
Jangan tanya ye macam mana wat lepat pisang ni. Diriku TAK RETI. Nih lepat pisang yang jiran aku bagi. Sodap wooo.. cukup rasa lemak manisnya.
lepat pisang


Kuih-muih comments(0) -
Apam gula hangus
Nih apam yg dimasak malam tadi utk bekfes pagi tadi. Lepas masak malam tadi dah buh entry apam ni. Tapi takleh nak komen apa2. sebab belum makan lagi.

Bila makan pagi tadi ..perghh... memang gebu.
Utk lia dan sape2lah yg suka makan apam bolehlah try resipi ni. Sonang dan sodap!!.. Kalo buh dlm bekas cenggini.. 10 minit dah masak.

apam gula hangus

Nih resipi utk kuih apam ni. Kalo nak senang boleh gi print resipi ni kat myresipi.com . Terima kasih kak fida utk resipi yg mabeles ni.

Bahan-bahan ( loyang 11x11 inc. )

  • 1 1/2 cwn (300g) gula pasir*
  • 2 cwn (400ml) air
  • 1 cwn (200g) gula pasir
  • 4 biji telur - grade A
  • 4 cwn (400g) tepung gandum
  • 4 sk rata bicarbonate of soda
  • 1 tin susu cair

Cara-cara

  1. Goreng gula pasir* hingga hangus dan tuangkan air dan masak hingga mendidih dan gula larut dan sejukkan.
  2. Tepung dan b. soda di ayak.
  3. Telur dan gula di kisar dlm blender hingga gula hancur dan tuangkan kedlm sebuah mangkuk.
  4. Masukkan campuran tepung dan susu cair kedlm adunan telur dan gaul hingga rata.
  5. Tuang pula gula hangus dan gaul lagi hingga sebati. Tapis adunan utk mendapat adunan yg halus.
  6. Tuang adunan kedlm loyang yg telah digris dan dipanaskan dlm kukusan terlebih dahulu dan kukus selama 45 min.Pastikan penutup kukusan dibalut dgn kain supaya air wap tidak masuk ke dlm kuih.
  7. Biarkan apam sejuk di dlm loyang. Potong apam dan sajikan dgn kelapa parut putih yg dikukus bersama sedikit garam.
  8. Jika menginginkan kuih apam yg tebal, gunakan loyang 10x10 inc. tapi masa kukusannya hendaklah ditambah sedikit.


apam gula hangus
Kuih-muih comments(1) -
Apam gula hangus
Buat setengah adunan.. banyak juga dapat. Sape yang tak masak lagi utk bekfes esok tu.. meh ler kita bekfes sama-sama esok. Air teh tu bawa ler sendiri.. hihi

Tak lupa juga nak jemput kak pae bekfes sama2. Oleh kerana roti pita dah abih.. meh ler kita makan apam pulak.. keskeskes..



Ni resepi simple dari kak fida yg ada kat myresipi.com nun. Sape2 nak diet sesuai sgtlah resipi ni sebab tak guna butter or minyak... tapi jgn ler makan banyak ketui. Nanti badan jadi gebu gak macam apam ni.


Kuih-muih comments(2) -
Apam yogurt

Selamat berpuasa bagi yang sedang menjalankan ibadat puasa 6. Mungkin ada yang dah abih puasa kot. Tapi aku hari ni baru nak start.

Tadi bangun sahur jam 5. Tak makan pun.. minum air ja. Pastu terus wat apam yogurt ni utk bekfes bagi yang tak puasa hari ni.
apam yogurt

Adeih apa kena entah aku pagi ni tak menjadi ler pula apam ni. Tengok ler gambo kat atas tu.. yg depan tu buh green tea. Yang belakang tu pula kenkonon nak wat perasa blueberry.

apam yogurt

Mula2 tu buat macam biasa ja.. ikut resipi . Bila dah siap isi baru teringat nak buh blueberry filling. Malas nak buang semula adunan dari acuan. Main buh ler filling kat atas adunan. Hasilnya sememeh macam dlm gambo kat atas tu hihihi.. bila anak dara makan.. " mama.. kenapa intinya ada kat luar?"..

apam yogurtHat ni pulak kesilapannya.. terlebih kacau. Time dok ngisi adunan dlm bekas yg kat atas tu.. teringinlah pula nak buh green tea powder. So belen yg lebih sket tu.. buh ler green tea powder. Kacau punya kacau sekuat tenaga.. hasilnya apamku mengecut dengan jayanya... huwaaaaa..

Tapikan yang kalakarnya.. hb kata cute ler pulak bentuk apam ni.. Pastu anak dara pula turun utk bekfes.. "heyyy.. cantiknya apam ni".. keskeskes..

Akhirnya apam2ku ini selama juga masuk ke dalam pewoottt orang2 dalam rumah ni kecuali si kecik yg belum boleh makan lagi.
Kuih-muih comments(0) -
| 1/4 | >>
Related Posts with Thumbnails