Hari ini adalah kenangan hari esok,
tanpa hari ini tiadanya hari esok.
スポンサーサイト

一定期間更新がないため広告を表示しています

- - -
Roti..roti..roti
Roti..roti..roti sape nak roti meh la.. ada 2-3 ketui lagi kat dalam tipuware tu.

roti

alifUhuhu lama sungguh tak tayang gambo makanan kat sini. Sejak dak kecik ni makin aktif, makin susah nak duk depan pc. 


Nak amik gambo mkn pun tak sempat. Kekadang amik juga tapi tak terupdate ponnn kat blog ni. Last last gambo tu pun dah basi... ngeh ngeh ngeh..


Semalam time roti ni masak, dak kecik dah tido. Dapat gaklah amik gambo jap.


Geram tengok roti kat dapur ika yg memacam tu.. kita pun meroti gaklah.
Tapi pesen roti yg kita buat ni takdaklah sama ngan dia.

Kalo dia wat bun tuna mayo. Kita plak wat bun tuna jagung mayo.. ish macam tak sedaplah plak nama tu.  Meh kita tukarlah bagi dia nama TUNA CORN MAYO BREAD.. ekeke

roti

Pastu tu kita wat roti walnut. Rasa nostalgialah mkn roti ni. Teringat plak kenangan-kenangan masa kat oberC dulu. Selalu beli roti ni. Kat sana panggil kurumi pan kalo tak silaplah.

roti

Pastu kita wat pula roti ulat gonggok. Takyah cerita panjanglah. Rasanya ramai yg dah tahu wat roti ni.
roti

Last sekali kita watlah roti pintal-pintal . Namanya roti bijan hitam. Alamak bijan dia tak banyaklah pulak.. Lain kali kena tambah lagi.
roti

Ooooppppss... tertinggal ada lagi satu jenis roti yg kita wat semalam tu.. Roti coklat. Sib baik buat 3 biji ja. Pes coklat yg dibeli kali ni tak sedap langsung. Tak rasa coklat pun. Nampak hitam semacam ja.. Rasa macam pulut hitam pun ada. Nak kata tersalah beli, dekat pek tu dah ditulis chocolate paste... emm konpius konpius.. ke depa ni silap buh label masa packing.

roti

Resepi ni copi pes dari rumah ika. Ika pulak amik dari rumah kak nor . Terima kasih pada kedua-duanya. Suka sgt dgn resepi ni. Hasilnya memang puas hati. Exceli ni bkn kali pertama wat roti guna resepi ni... dah banyak kali daaaa.. hahaha.. terima kasih ye Kak Nor... luv biu.

BASIC DOH

Bahan2
  • 380gm tepung high protein (tpg roti)
  • 3 sudu besar susu tepung
  • 80gm gula castor
  • 1/2sk Garam
  • 3 sudu kecil yis segera
  • 1 bj telur A
  • 100ml air
  • 100gm water roux
  • 30gm butter
  • 30gm shortening
  • 1/2 sudu kecil garam ( tima kasih knor.. sanggup call gitau sukatan garam ni)



Kaedah 1 .. jika menggunakan BM:
  1. Masukkan bahan cecair kedalam BM spt air dan telur. Kocokkan sket dgn garfu.
  2. Masukkan kesemua bahan2 lain kecuali butter dan shortening.
  3. Pastikan gula dan yis diletakkan di penjuru berasingan dari garam ini kerana gula akan lebih mengaktifkan yis manakala garam pula mengurangkan/mematikan yis.
  4. Tekan suis on pd BM dan bila doh dah mula membentuk bulat masukkan butter dan shortening.
  5. Biarkan proses menguli hingga selesai.
  6. Utk menghasilkan doh yg lebih lembut, ulangi proses menguli utk 2 kali.
  7. Setelah selesai proses menguli, biarkan doh naik 2x ganda.
  8. Bahagikan doh kepada 20 atau 22 bj dan bulat2kan.
  9. Rehatkan lebih kurang 15 minit.
  10. Ambil sebiji doh dan canai nipis.
  11. Gulung doh dan gelek2 sket hingga doh membentuk jejari lebih kurang 4 atau 5 in panjang.
  12. Susunatur kedalam loyang pembakar yg dah disapukan butter.
  13. Buat hingga habis dan biarkan doh naik lagi 2x ganda.
  14. Spraykan sedikit air keatas doh supaya permukaan doh tak terlalu kering masa proses membakar.
  15. Picitkan blueberry filling yg dah diblend atau kastard keatas doh yg dah naik.
  16. Bakar doh dgn kepanasan oven 180 -190C lebih kurang 20 - 25 min atau sehingga masak.
  17. Sapukan sedikit butter ke atas roti yg dah dikeluarkan dr oven (utk mengilatkan permukaan roti)


Kaedah 2 .. jika menguli menggunakan tangan:
  1. Masukkan yis, sedikit gula, 2 sudu tepung dan 100ml air kedalam sebuah mangkuk. Kacau hingga sebati dan biar hingga naik dan berbuih. 
  2. Masukkan tepung roti, susu tepung, garam, lebihan gula ke dalam satu bekas berasingan. Kacau2 hingga rata.
  3. Masukkan telur dan water roux. Gaul hingga sebati baru la dimasukkan bahan no1.
  4. Gaul lagi hingga hampir membentuk doh, masukkan butter dan shortening, sedikit demi sedikit. Adunan mungkin agak lembik tp teruskan menguli.
  5. Uli hingga doh menjadi kenyal dan lembut. (kalau masih terlalu lembik boleh la ditambah sedikit tepung dan uli lagi hingga lembut)
  6. Tutup bekas dgn rapat atau boleh menggunakan plastic cling supaya udara tak keluar.
  7. Biarkan doh naik 2x ganda dan boleh la teruskan dgn step no8 dan seterusnya.
Selain resepi roti ni.. ada lagi satu resepi yg ada kat blog kak nor tu.. sedap sgt. Dari mula2 try dedulu.. dari tahun lepas lagi la sampai sekali.. dah jadi salah satu menu wajib dalam seminggu utk famili ni.. Tapikan.. tapikan walaupun dah banyak kali sangat masak tak pernah sekali pun sempat amik gambo. Bila masak je terus ngap!.. Nantilah, bila ada waktu dan ketikanya kita snap gambo masakan tu dan tempek kat sini... Sekali lagi terima kasih buat Kak Nor yang sudu kongsi resepi tu.


Roti comments(17) -
Coffee chocochips breads
coffee chocochips bread

Roti comments(0) -
Roti benggali
roti benggaliPetang tadi try wat roti benggali ikut resipi sofinar. Hasilnya tidak mengecewakan. Best makan panas-panas cicah dengan kari ayam yg lebih lunch tadi.

Ni resipi yg copy paste dr myr.. senang nak wat rujukan time myr susah nak masuk.

Bahan-bahan ( 4 orang makan )

  • Bahan A
  • 350g tepung roti
  • 1 sudu besar shortening
  • secubit garam
  • Bahan B
  • 120 - 160 ml air suam
  • 1 sudu makan yis serbuk
  • 2 sudu makan gula castor

Cara-cara

  1. Bahan B digaul bersama
  2. Semua Bahan A digaul sebentar
  3. Campur bahan A dan B, uli hingga licin dan lembut.
  4. Perap hingga naik 2 kali ganda. kira2 30 - 40 minit
  5. Kemudian tumbuk2 untuk keluarkan angin, Bahagi 2 hanagian dan susun dalam bekas yang telah digriskan.
  6. Perap lagi hingga naik 2x ganda sumula. Bakar 180 c selama 20-30 minit
  7. Air tu cuba sikit dulu takut terlembik adunan.



roti

Nih roti yg masih panas2 baru keluar dari oben baruku.. Puas hati dengan oben baruku ini.. Selain boleh bakar dlm kuantiti yg banyak, kaler roti yg terhasil pun cantekkk..

Ni plak gambo lunch menu tadi..  Ada ikan bilis goreng, acar timun,kacang panjang goreng dgn hati ayam dan kari ayam.. belen kari ayam tu ler aku buat cicah dgn roti benggali ni.. yumm.. yummyy..

lunchmenu

Roti comments(0) -
Roti kacang merah dan teh hijau
red beans green teaDah lama teringin nak try wat roti guna water roux. Ramai member-member blog sekarang ni wat roti guna water roux ni. Semua kata roti yang dihasilkan jadi lembut. Memang teruja aku nak menerainya.

So semalam wat eksperimen ke atas roti teh hijau dengan kacang merah ni.

Hasinya memang lembut.

Sape-sape yang tak kenal lagi rupa water roux tu boleh tengok gambo kat bawah ni.

water rouxDan ni resipinya. Amek kat blog knor. Knor pulak amek kat blog orang lain. Orang lain tu pula amek kat blog org lain.. gitulah seterusnya. Terima kasih kepada semua yang memanjangkan resipi ni. Dan yang pasti.. sumber asalnya dari The Wandering Gourmet.

WATER ROUX
Source : The Wandering Gourmet
(Yields about 520g Water roux)

Water Roux Starter is something used in bread making to make bread/buns springy. The springiness is fairly noticeable when you have let the bread/buns cool. Just poke your finger against the bun, you’ll see it is springy – causing people young-at-heart to go, “Whee!” *ahem* To make the Water Roux Starter, you need 1 part flour, 5 parts water.

Ingredients :

50g flour
250g water

1. Whisk the flour and water that you have decided to use in a bowl until it is whisked well and is free of lumps.
2. Put it on the stove and warm it up for 2-3 minutes at 65C. Be careful not to burn it!
3. Cover it with plastic wrap and store it in the fridge.

When using it, make sure it is at room temperature. The Water Roux Starter lasts for 3 days before it goes off.


** Bagi org yg maleh macam aku ni.. boleh masuk dlm microwave. 30 saat bw keluar kacau then masukkan semua dlm microwave. Ulang sampai pekat.. 1 minit 30 saat dah siap..

red beans green tea

Resipi roti ni pula amek kat blog hana. Hana pula amek kat blog orang lain. Terima kasih pada hana yang telah memanjangkan resipi ni.

Ingredients
  • 25g caster sugar
  • 5g salt
  • 250g bread flour
  • 4g (1 teaspoon) Instant yeast
  • 2 teaspoons green tea powder
  • 143g fresh milk (aku guna HL low-fat fresh milk)
  • 35g egg ( aku gantikan dgn water roux. x buh telur.. maleh nak bahagikan telur... sebab telur yg diguna ni tak guna abih 1 biji)
  • 38g butter (unsalted)(aku guna buttercup je.. unsalted butter ni mahal ler :p )

Making Bread by Hand: ( Hana gune BM :D  aku pulak guna mixer je :p)
  1. Place caster sugar, salt, bread flour, green tea powder and yeast into a mixing bowl. Mix the ingredients with hand. Make a well in the centre of the flour mixture. Pour the lightly beaten egg and milk into the well. Mix the ingredients to form a soft dough.
  2. Turn out the dough onto a lightly floured work surface. Knead for about 5 mins until the dough becomes smooth and non-sticky. Knead and mix in the butter into the dough.
  3. Continue to knead dough for another 15mins until it becomes smooth, elastic and no longer sticks to hand and work surface.
  4. Smooth the dough into a round ball. Let it rise in room temperature in a mixing bowl, covered with cling wrap. Let dough rise for 60mins or until it double in bulk.
  5. Remove dough and punch out the gas. Turn the dough onto a lightly floured work surface.
  6. Place dough (seam side down) in lightly greased bread tin/pan. Cover with cling wrap and let the dough proof for the second time for about 45~60 mins, until it fills up 80% of the tin/pan.
  7. Bake at pre-heated oven at 180 ~ 190 deg C for 30 to 35mins.
  8. Unmould the bread immediately when removed from the oven. Let cool completely before slicing.
Semua orang dalam rumah ni suka dengan roti ni..
seperti kata sakura>emi sedap sgt kombinasi antara kacang merah dgn green tea ni.. nak-nak bila guna green tea yg dari japan. Terima kasih pd kak hani yg menyumbangkan stok green tea powder kat rumah ni. Terima kasih juga dgn petua utk tahan lama green tea powder tu... masih elok lagi bila simpan dlm peti ais wpun dah lama.. rasa pun masih sodap..

** adeih.. huduhnya gambo roti aku kali ni.. amek guna kamera kompak ja.. kamera besar abih bateri.. adeih kat mana aku pi campak chargernya .. nak kena geledah cari dlm  kotak ni.. brg2 lum abih repacking lg ni.. :p

Alhamdulillah oben baruku dah boleh diguna semula. Fobia gaklah nak guna takut meletup lagi... 


**update


Gambar matcha powder yg digunakan khas utk hana yg di japun nun.. warna ijo tak nampak betul2 ijo sebab guna kamera kompak je ni..

macha powder
close up gambo matcha powder

macha powder



Roti comments(0) -
Melon pan
Fuhh... lama sungguh tak mengapdet blog ni. Minta maaf ye pada semua yg mengunjung akt umah ni... tuan rumah asyik hidang mashed potato ja.. Hihi kak Hazila, lauk raya takdaklah. Raya haji tahun ni tak balik beraya kat kampung.. so raya jelah kat sini.. raya macam tak raya ja.

Meh la sumer kita makan melon pan ni... lain dari roti biasa sebab kat atas roti tu ada cookies.. Sape yang nak buat roti ni bulih tengok kat sini . Kalo malas nak buat boleh beli je kat kedai. Tapi tak semua kedai roti ada jual roti ni.. Kalau gi kedai roti Tun Dr Mahathir ( The loaf) sure ada roti ni.. sebab kedai roti dia berkonsep roti jepun. Pernah sekali pi ngendap kat The Loaf.. memang ada jual melon pan ni.. Kalau yg kat jepun nun.. boleh beli je kat kedai.. senang citer.

melon pan
Roti comments(2) -
| 1/5 | >>
Related Posts with Thumbnails