Alhamdulillah selesai sudah puasa untuk hari ini. Gelap cerah gelap cerah dah 6 hari kita puasa. Rasa sekejap je. Kalau puasa ganti terasa lama benar nak abihkan 6 hari.
Menu buka puasa hari ni simple je. Sebenarnya tak pernah ada menu yang special pun sejak puasa ni... hihi..
Menu hari ni.. ikan cencaru goreng, masak lemak udang dan kacang panjang, telur rebus,ulam kacang botol + timun + tomato dan budu. Minuman pula air oren.
Hari ni rajin sikit.. wat
kuih bom.
Teruja sebenarnya tengok kecantikkan, keanggunan dan keayuan kuih bom
AlongRoz. Tapi untuk inti tu terpaksa diubahsuai. Bukan ubahsuai sebenarnya.. totally benda lain. Bukannya inti kelapa atau kacang tapi kastad krim cheese.. hihi Nak buh inti kelapa.. kelapa putih takde.. kacang pun takde. Tapi nak juga wat kuih bom.
Ini ler rupa kuih bom yang belum digoreng
Ini pula selepas digoreng. Along.. memang tak meletup ler bom ni. Sukanya.. boleh wat lagi lain kali. Err.. bila bandingkan kuih ni dengan kuih yang Along buat tu.. macam kurang golden ler pulak kalernya.. esok nak try goreng lama sikitlah.
Lepas para juri (kih3x sape lagi cik abe dgn anak2lah).. depa kata sedap juga inti cream custard ni. Alhamdulilah abih juga kuih bom 6 ketul hari ni. Ada lagi belen 6 ketul dlm peti ais yang belum digoreng. Bolehlah goreng esok untuk berbuka. Tak payah dah nak fikir kuih apa untuk esok.
COpy paste resipi dr Along.. takut terlupa lak nak buat lain kali
Makes a dozen)
INGREDIENTS:
80g Sweet Potato - steamed & mashed
120g Glutinous Rice Flour
20g Plain Flour
35g Castor Sugar
A pinch Salt
100ml Water
Sesame Seeds - for rolling
Coconut/Bean Filling
METHOD:
1. Mix all ingredients to form a soft dough.
Divide into 12 balls.
Flatten each ball, place a ball of filling & wrap.
Roll onto sesame seeds.
Resipi cheese custard
INGREDIENTS:40g tepung
40g gula
50g cream cheese
200ml susu segar
2 biji telur kuning
sedikit esen vanila
METHOD:
Campur semua bahan2 dan masak sehingga betul-betul pekat