Hari ini adalah kenangan hari esok,
tanpa hari ini tiadanya hari esok.
スポンサーサイト

一定期間更新がないため広告を表示しています

- - -
Celoteh
Hari ni nak berceloteh sket. Dua tiga hari ni ada je aktiviti nak buat...sampai tak dan nak buh entry kat blog ni.
Ahad lepas gi Izu dengan kengkawan. Sewa dua buah kereta. Gi ichigo gari. Pastu ronda-ronda kawasan kat situ. Hujan pula sepanjang hari tu.. perjalanan pun tak syok sangatlah.. banyak dok dalam kereta.

Ichigo gari pun dah last.. so buah pun tak menarik sangatlah. Pastu kedai2 kawasan tu pun tutup awal. Kul 5.30pm dah tutup!. Takleh nak menjamu matalah.

Pastu Isnin tu tak gi manalah.. dok umah. Buat kerja2 umah. Selasa pula macam biasa, hari shopping barang-barang dapur. Rabu lak.. hb kata takmo gi lab. So lepas budak-budak balik sekolah gi tengok movie.. cerita gegege no kitaro.

Pastu semalam dah sampai photoshop file utk projek yg seterusnya. Err.. kena ketepikan dulu jap..gi shopping lagi. Beli kasut utk si adik. Tapi macam biasalah, hajat hati hanya nak beli kasut tapi macam-macam benda jugalah terbeli tanpa plan.

So hari ni startlah buat projek baru tu. Lepas budak-budak dan papanya gi sekolah terus ngadap laptop. Pastu kul 1.30pm kena gi ambik budak2 balik sekolah. Hari ni malas nak balik. Terus stay kat tadika tu sampai kul 4.30pm.. Lepas abih kelas tadi, kul 2.30pm-3.30pm si adik ada sport club. Kul 3.30pm-4.30pm pula si abg.

Sementara tunggu nak masuk sport club tu, budak2 main kat taman dengan kawan-kawan dia. Aku lak sambung buat kerja.. Ngeh..ngeh..ngeh hari ni aku angkut sekali laptop ni gi youchien tu. Bila dah ngadap laptop ni 3 jam pun tak terasa lama. Kalo tak tentu boring gila... Budak-budak sukalah.. boleh main puas-puas.

Tapi tadi aku hanya dpt siap dlm 50% utk top page.. tadi punyalah lama aku nak wat coding utk satu part tu.. tengok kat firefox dah ok.. tapi IE lak problem.. tu belum check kat Safari.. ropa-ropanya aku terlupa nak tutup satu code .. uih 怒り

Aktiviti comments(5) -
Entah apa..
Minggu ni bebudak dah start sekolah.. Masuk tahun baru ni macam2 aktivitilah nak kena buat..

Semalam dah start meeting utk nenchou. Hari ni meeting utk nenchu pulak. Sebelum gi meeting semalam tu, aku masak2 sikit sebab ada tetamu nak dtg kul 5. Masak punya pasal sampai aku terlewat sikit gi meeting semalam.

Sesampai je kat kelas tu sensei dah start bercakap. Bila aku dok je kat kerusi, orang sebelah aku dah start perkenalkan diri. Maknanya lepas abih dia cakap tu, giliran akulah pulak. Dalam kalut tu dah tak ingat apa ayat2 nihongo yg aku dok fikir sebelum ni. Apa lagi aku main hentamlah cakap dalam bahse omputeh...heheh. Last sekali baru keluar nihongo "YOROSHIKU ONEGAISHIMASU".

Lepas pilih ajk kelas dan ajk utk aktiviti apa semua tu, kena tulis nama kat barang2 anak masing-masing. Kali ni ada pula yg volunteer nak tolong aku tulis nama Afiq kat barang-barang dia. Apa lagi aku bagi je lah bila dorang nak tolong tulis. Aku nak tulis sendiri pun boleh sebenarnya. Tapi tak selaju dorang menulislah.. dah tu nama afiq ni susah sikit nak tulis dalam katakana. Dalam paler aku ni, barang-barang kecil tu nak bawa balik tulis kat rumah. Hanya yg besar tulis kat kelas. Tapi dah ada orang nak tolong tulis, aku bagi je lah.. tak payah aku nak bawa balik buat kat rumah.. heheh kalau aku bawa balik buat kat rumah pun.. dah tentu bukan aku yg buat. Papa dia org ler yg kena.

Petang ni pula meeting utk kelas si adik. Perkara sama jugalah yg nak dibuat utk meeting hari ni tu.

Lepas pemilihan ajk kelas ni, adalah tu nanti shinbokukai lah, nomikai lah dan apa-apa kai lagilah. Kalau tahun lepas tu aku hanya join shinbokukai yg awal tahun je.. shinbokukai lepas tu aku malas nak join. Nomikai tu aku tak pernah join.. wpun dia org kata ada juga jus.

Oppss.. dah nak kul 8 rupanya.. nak kena kejut bebudak ni bangun gi sekolah...

Ok bye!
Aktiviti comments(2) -
1 image for 6 menus
Seharian hari ni aku dok terkulat-kulat depan pc.. baru siap buat coding utk header dan menu.. uih lama betul.

Actually aku tak 100% pun dok tumpu kat kerja yg sepatutnya aku buat tu.. sat aku jenguk sana.. sat aku jenguk sini..heheh.. Pastu chat sat dgn ex-housemate masa aku study dulu.. dok dgr luahannya yg tension dgn bos dia tu..opsss silap tu.. mana boleh nak dengar.. dok baca je lah apa yg dia tulis tu..

Tapi hari ni aku berjaya buat teknik yg belum aku guna sebelum ni... berkongsi satu image utk 6 menu . Sebelum ni terpaksa cut utk setiap menu. Punyalah leceh kerja. Tapi taklah seleceh yg dedulu punya.. Kalau tengok semula hasil kerja aku yg dulu kala tu.. memang teruk sket html codingnya.. kiranya sekarang ni dah ada improvement lah..
Aktiviti comments(0) -
1,2 hari lepas
Hujung minggu ni tak gi jalan mana-mana. Dua hari lepas ada tetamu datang ke rumah. Kawan husband dr Msia dtg.. so time for masak-masaklah. Masak nasi tomato, ayam masak madu, kurma daging, fruit crumbs bar, pannacotta gula melaka dan cheesecake yang tak berapa nak menjadi tapi rasanya tetap sedap.
fruit crumbs bar

Semalam pula malas nak keluar. Gi shopping pun malas. Dok rumah layan anak-anak main Wii. Kelakarlah main Wii dengan dia orang ni, time dia menang bersoraklah.. bila nampak mama dia yang nak menang mulalah dia tukar main game lain.. tak sempat dah nak tunggu abih satu game tu.
Aktiviti comments(3) -
2 hari yg sibuk
ghibli museum ticketSabtu lepas gi tengok my kid lawan bola sepak. Dah nama kanak-kanak walaupun perlawanan.. takdenya nak main serius macam org besar.. Mula-mula main tu macam malu-malu pulak dengan team lawan.

Ahad pula gi Ghibli museum kat Mitaka. Dah lama lama plan nak gi. Tapi semalam baru tercapai.. wpun tempat sempit, menarik jugalah tengok macam mana cerita kartun dibuat.. Pastu dapat tengok short movie dlm 15 minit.. Tiket masuknya pun cantik..bentuk filem. Sayang rasanya nak buang. Boleh buat kenangan.
Aktiviti comments(5) -
| 1/3 | >>
Related Posts with Thumbnails