Hari ini adalah kenangan hari esok,
tanpa hari ini tiadanya hari esok.
スポンサーサイト

一定期間更新がないため広告を表示しています

- - -
Resepi Perantau
Inilah resepi perantau..resepi ikan asam pedas dan resepi nasi kerabu.. tak cukup pun bahan-bahannye tapi rasanye oklah untuk melepas rindu pada masakan Malaysia. Pepandai je ubah resepi asal mengikut bahan2 yg ada kat sini... :)

Ramuannya main agak2 je ni..

IKAN MASAK ASAM PEDAS
bahan-bahannya :
-500g ikan (tak kisah ikan pe pun asalkan yg segar.. kalo beli yg dah frozen tu kurang sedaplah)
-bawang besar (biasa org boh bwg merah tapi kat sini takde..so guna bawang besar)
-bawang puteh
-sedikit halia
-sedikit lengkuas
-sedikit kunyit hidup
-sedikit belacan(kalo takde ganti udang kering pun sedap)
-10 tangkai cili kering
-segenggam ikan bilis
-satu cawan air asam jawa
-bunga kantan dihiris halus
-1 batang serai diketuk
-minyak utk menumis
-garam + gula secukup rasa
-kacang bendi yg dipotong dua
-2biji tomato
-2 liter air


cara-membuatnya :

- blend cili kering, bawang besar, bawang putih, halia, kunyit, lengkuas, ikan bilis dan udang kering/belacan.
- panaskan minyak dalam periuk..pastuh tumiskan bahan yg diblend tadi sampai pecah minyak
- pastuh masukkan air asam jawa dan air sehingga mendidih
- bila dah mendidih, masukkan garam dan gula secukupnya. then, masukkan bunga kantan yang dihilis halus. biarkan sampai kuah tuh jadik pekat.
- pastuh barulah masukkan ikan, bendi ngan tomato. kita masukkan ikan, bendi dan tomato nih lambat sket sbb tak nak ikan ngan tomato nih hancur.
- bila ikan tuh masak...bolehlah di hidangkan.


Asam pedas


NASI KERABU
bahan2 pun agak2 sendiri je lah..

Utk tumis.
- santan
- asam keping
- cili kering (banyak skit ..supaya nampak merah)
- sos ikan
- udang kering
- bawang besar
- bawang putih
- gula + garam
- serai

Cara masaknya.
- blend cili kering, adik beradik bawang, udang kering
- pastu tumislah sehingga pecah minyak..
- masukkan santan.. masaklah sehingga pekat
- masukkan sekali gula, garam dan asam keping tu tadi.
- kalo ada serai masuk gak sekali. Ketuk dulu serai tu..

Utk kerabu
- bunga kantan
- letture
- timun
- taugeh

caranya.. hiris halus2 semua bahan tu kecuali taugeh dan gaulkan kesemuanya.

Utk sambal kelapa + ikan
bahannya.
- ikan selar(aji) ..apa2 pun boleh .
- kelapa kering
- bawang besar yg diparut
- garam
- sedikit serbuk lada hitam

caranya.
- rebus/ bakar ikan. pahtu ambik isinya. Hancurkan(tumbuk) jadi halus
- goreng kelapa kering sehingga nampak kekuningan
- pastu goreng ikan yg telah dibuang tulang tadi. Masukkan bawang yg diparut dan goreng sehingga agak2 kering.
- pastu ambik kelapa kering yg telah digoreng tadi... campur sekali dgn ikan tu dan tambahlah sedikit garam dan serbuk lada hitam

sambal cili( kadang2 buat. kekadang tak..ikut kalo jump cili padi kat pasar..buatlah.. kalo tak tak buat pun..)
- cara buat sambal.. blend cili padi, cuka, garam dan gula..

Resepi comments(7) trackbacks(583)
Resepi kueh talam berlauk
bahan2 untuk inti

200 g daging cincang. [ kalo nak guna ayam pun bole.]
5 ulas bawang merah dicincang
1 ulas bawang besar dihiris
3 ulas bawang putih dicincang
1 cm halia ditumbuk [ kalo xmo letak pun xpe]
1 sudu besar cili giling
garam + gula secukup rasa
daun kari
1 sudu besar rempah kari
2 biji ubi kentang dipotong dadu kecil2
sedikit minyak
sedikit air

- tumis bawang merah, bawang putih dan bawang besar bersama cili giling dan halia
- masukkan daun kari dan serbuk kari...tumis lagi
- masukkan daging cincang
- masukkan ubi kentang dan lepas tuh masukkan garam dan gula secukup rasa
- masukkan air [jgn terlalu byk hanya untuk mengempukkan kentang dan daging.]
- tunggu hingga kering [jangan ada air]


bahan2 untuk ditabur :

2 tangkai daun sup dihiris halus
2 tangkai daun bawang dihiris halus
sedikit bawang goreng
2 biji cili merah dihiris

bahan2 untuk kuih

6 cawan santan sederhana pekat
5 ulas bawang merah dicincang
2 ulas bawang putih dicincang
5 biji telur
300 g tepung gandum
100 g tepung beras
1 cm halia ditumbuk
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh lada sulah
garam + gula secukup rasa
sedikit pewarna kuning

- masak santan hingga naik wap. angkat
- pukul telur hingga kembang dan masukkan kedua2 jenis tepung sikit demi sikit. kacau hingga rata.masukkan bawang merah dan bawang putih, pewarna kuning, jintan putih, lada sulah, garam dan gula.
- campurkan bahan2 tu dengan 4 cawan santan yg dah dimasak tadi dan kacau hingga rata
- tuang dalam dulang/acuan untuk mengukus dan kukuskan hingga masak.
- baki santan yg dah dimasak tadi sebanyak 2 cawan lagi tuh dipukul dengan sebiji telur dan dituang ke atas bahan2 yg dah dikukus tadi tuh
- kemudian masukkan bahan2 inti yg telah digoreng tadi
- masukkan bahan2 untuk ditabur tadi. - akhir sekali..kukuskan semua tuh lagi sekali hingga masak.

* Resepi ni ambik dr internet.. belum try lagi nih.......
Resepi comments(8) trackbacks(505)
Sambal Udang Kering Cili Padi
Cili padi yang dapat semalam dijadikan sambal untuk di makan dengan ikan bakar atau sayur celur.

sambal udang kering cili Padi

Resepi ini rekaan sendiri. Caranya mudah saja.

Masukkan cili padi dan udang kering ke dalam blander. Setelah dikisar masukkan ke dalam periuk.Masak di atas dapur dengan api yang pelahan. Masukkan kicap, cuka, garam dan gula. Tak lupa juga sedikit tepung jagung supaya jadi pekat. Masak sehingga menjadi pekat. Angkat dan sejukkan. Semasa nak makan, hiriskan limau kasturi.

Lama tak makan macam ni.. Semalam makan sampai bertambah-tambah sampai habis nasi dalam periuk... Masa makan tu dah lupa pasal dietnya...
Resepi comments(6) trackbacks(560)
Puding Buah-buahan
Resepi puding ni dari majalah "kumano pu-san" keluaran Julai. Majalah Along dan Adik untuk bulan ini.

puding buah-buahan

Bahan-Bahan:
50gram gula
30gram Almond powder
2 sudu kecil tepung jagung
1 biji telur
1 biji kuning telur
150ml krim
50ml susu
1 tin buah-buahan

Cara membuatnya
Keluarkan buah dari tin dan keringkan di atas kertas.
langkah 1

Masukkan gula, tepung jagung, almond powder, telur, krim dan susu ke dalam mangkuk, pukul sehingga sebati.

langkah 2

Ambil mangkuk tahan panas atau seperti dalam gambar ni dan sapukan dengan marjerin supaya tidak melekat. Tuangkan adunan yang telah dipukul tadi. Kemudian masukkan buah-buahan.

langkah 3

Masukkan ke dalam toster dan bakar selama 7 minit. Kemudian keluarkan. Tutupkan mangkuk tadi dengan kertas almunium. Kemudian bakar lagi selama 10 minit.

langkah 4
Resepi comments(4) trackbacks(139)
Potato Croquette
Potato Croquette

Bahan
4 atau 5 biji kentang
1 sudu mentega
setengah biji bawang besar
5oz daging cincang
sedikit garam dan lada hitam(pepper)
3 sudu susu segar
minyak untuk menggoreng penuh
tepung
telur yang dipukul
serbuk roti atau roti yang dihancurkan

Cara memasak
1. Cincang bawang besar sampai halus. Panaskan mentega dan goreng bawang sehingga wangi. Masukkan daging cincang dan goreng sehingga daging nampak kekuningan. Tambah garam dan pepper dan goreng selama 1 minit. Kemudian sejukkan

2.Rebus potato dengan kulitnya sehingga empuk.Kemudian buangkan kulit dan lenyek potato tadi.

3.Masukkan daging dan susu ke dalam potato yang telah dilenyek. Gaulkan sehingga semuanya bercampur. Kemudian bahagikan ke berapa bahagian kecil.

4.Letakkan sedikit minyak sayuran di tangan, kemudian ambil bahagian kecil tadi dan bentuk menjadi bulat (ikut suka). Gaulkan dengan tepung, kemudian dengan telur yang telah dipukul dan akhir sekali dengan serbuk roti.

5. Ulang langkah 4 hingga selesai dan goreng dalam minyak penuh.
Resepi comments(1) trackbacks(601)
| 1/1 |
Related Posts with Thumbnails