Hari ini adalah kenangan hari esok,
tanpa hari ini tiadanya hari esok.
スポンサーサイト

一定期間更新がないため広告を表示しています

- - -
Macam tak cukup masa
roti krim coklatAkhir-akhir ni aku jarang update jugem ni.. bz memanjang. Ada-ada je benda aku nak buat.

Hari ni baru aku sempat update resipi rotiku ni kat myresipi.com. Dah dua tiga hari sebenarnya aku masak roti ni.

Sape kata arr jadi housewife ni tak sibuk??... Start dr bangun tidur terus masuk office.. nak tak nak tidur malamlah baru berhenti. あっかんべー

Hari ni.. ishhh malasnya aku nak gi shopping. Semalam aku dah gi tapi terlupa nak check menu kyusyoku utk esok.. ada harumakilah pula. Terpaksa keluar juga hari ni utk beli bahan2 utk harumaki. Kalau tak buat pun takpe sebenarnya. Tapi saja nak bagi sama dgn student lain.
mood comments(0) -
Mengamuk...
Malam ni aku mengamuk macam mak singa.. ni kes geram sangat dgn sikap Afiq..
Pening paler aku.. makin besar makin menjadi-jadi perangai dia yg suka nangis tu.
Sikit-sikit nak nangis.. dah tu bila nangis susah sungguh nak berhenti. Puas pujuk cara lembut ke.. cara kasar ke.. semuanya tak jalan.

Tadi bangun pagi dah start nangis. Masuk musim sejuk ni nak bangun pagi pun liatlah sikit.. tambah pula nak mandi. Masuk musim sejuk ni nak dgr ohayou dari mulut dia pun susah sikit.. kes nya selalu bangun kena kejutkan.. pastu nangis. Musim panas hari tu senang je bangun pagi. Kalau dia jaga dengan sendirinya, akan dengarlah ohayou dari mulut dia.

Si aina ok je.. kalau nangis pun jap je.. tak dan nak melarat. Suruh mandi pegi mandi.. tapi takleh nak puji apa yg Aina buat ni.. dengarnya kat Afiq jadi alasan dia nak nangislah sebab tak puji dia.. kita puji dia lepas tu pun dia dah tak nak dengar.. nak nangislah juga.

Itu kes bangun pagi.. Pastu masa nak tunggu masuk sport club kul 2.30pm tu. Afiq buat hal lagi.. nangislah lagi. Tak nak orang lain main gelongsor. Nak dia main sorang je. Aduih pening paler aku.. tak kan nak larang budak-budak lain main. Bila pujuk dengan baik tak jalan... alamak terpaksalah tinggikan suara. Tapi sib baik lagi masa tu aku boleh control lagi.. Takde lah tinggi sangat suaranya. Malu juga kalau orang lain tengok. Abih idea aku nak pujuk.. aku pun buat dak je bair dia nangis. Makin dipujuk, makin menjadi-jadi.

Heran aku bila sensei sport club tu pujuk, jap je dia dah ok. Boleh main dengan semangatnya. Dalam paler otak aku ni, kalau dia tak senyap lagi.. aku nak heret dia balik umah dah la.. tak larat nak tengok dia nangis kat youchien tu. Ramai tomodachi dok tanya kenapa..

Abih sport club kul 3.30pm.. Sampai kat rumah, main jap, terus terlena. Pastu dah bangun tu aku ingat nak lah bagi makan malam. Bila tanya nak mee ke tak.. kata nak. Aku pun gi lah dapur, main dengan periuk belanga. Bila dah siap tu bawa mai kat dia... adoiii.. sekali lagi dia nangis takmo mee sup pula.. nak ichigo(strawberry). Mana nak ada. Hari tu aku beli cepat je dia dua beradik tu habiskan. Hari ni aku malas nak gi shopping.. muram je cuaca hari ni.. aku pun turut jadi lembab nak bergerak..

Macam biasalah aku pujuk slow2 dulu.. pujuk nak gi beli esok. Emm.. dia ni memang susah nak makan pujuk. Apa yg dia nak.. nak kena ada masa tu jugak.. Kalau Aina senang je.. bila janji nak beli esok atau lain kali, dia terus senyap... Dah tu bila dah nangis, memang susah oooo nak berhenti.. bila nangis tu dah tak reti nangis diam-diam.. heheh.. boleh ke nangis dalam diam..

Bila dah dua kali aku bersabar.. kali ni terus meletup.. Tangan pun ringan je..
Apa lagi melayan hinggaplah kat betis dia tu.. Dah lama aku tak pukul2 gini.. Lepas aku pukul tu.. aku pula yg nangis...
mood comments(2) -
Senyap jap
Dah lama aku tak berceloteh kat sini.. takde benda yg aku rasa nak tulis.. pagi-pagi lepas semua gi sekolah.. aku pasang radio era.. dengar sambil buat kerja.

Dah lama aku tak buka radio era online ni.. biasanya aku buka tv.. tengok rancangan kat tv 8 (fuji terebi).. hampir aku terlupa jap pada radio era tu. Bila nak dengar lagu raya baru aku teringat balik.

Sebut pasal raya ni, kat sini tak terasa pun nak raya. Tahun ni paling malas. Malas nak buat kueh raya. Raya kali ni pada weekday... anak-anak semua sekolah. Nak ponteng rugilah pulak. Hari tu nanti dorang ada sesi bergambar untuk kalendar tahun depan. Kalau tak gi sekolah nanti.. tak dapatlah muka dorang masuk kalender. Tak syok lah nanti bila dapat kalender takde muka anak-anak sendiri.

Tadi masa menunggu ambik dia orang balik sekolah, sembang jap dgn member jepun. Dia tanya pasal pose sumer then raya.. terfikirlah pula aku nak buat biskut raya. Nanti boleh bagi kat dia sikit.. Tapi masih takde idea lagi nak buat biskut apa..

Pejam celik pejam celik, tahun ni masuk kali ke 5 aku beraya di tempat orang. Huwaa.. dah lama aku tak merasa kemeriahan raya rupanya. Insya Allah mungkin tahun ini tahun yg terakhir aku beraya di sini.. insya Allah tahun depan dpt beraya kat kg... rindunya...
mood comments(6) -
Malas giler...
Hari ni aku malas giler nak masak.. Bangun pagi tadi aku memang dah takde mood nak masak hari ni.. yang aku dok fikir macam mana nak selesai akunye problem design website one company ni..

Semalam pun seharian aku dok bermain-main dgn html coding. Bila tengok kat IE view dia ok.. takde masalahlah tapi bila tengok Firefox ada sket larinya design aku ni.. bila adjust kat firefox.. IE pula ada masalah.. huwaaa tension aku..

Dah tak larat aku nak fikir malam tadi, terus off laptop aku ni.. tutup lampu semua, terus zzzzzzzzzz sampai ke pagi.

Pastu bangun pagi tadi terus buka semula kerja aku ni.. malas dah nak fikir pasal breadfast hari ni.. makan apa yg ada je.. Lagipun boss tak balik semalam. Akhirnya setelah puas aku dok godek-godek html coding ni.. berjaya jugalah akhirnya.. Tapi belum siap sepenuhnya lagi..

Ni lunch pun aku malas nak masak... tunggu boss bawa balik bento
mood comments(4) -
Rajin terlebih
Sehari dua ni rajin terlebihlah pulak.. Macam-macam yang aku masak.
Banyak resepi baru yang aku boh kat myresipi. Itu bukan semua yang aku masak dalam dua tiga hari ni. Ada lagi yang aku tak dan nak masukkan..

La ni aku tengah wat satu eksperimen... tengah menggelegak kat dapur tu..
Kalau jadi nanti bolehlah aku tayang-tayangkan..
mood comments(2) -
| 1/4 | >>
Related Posts with Thumbnails