Hari ini adalah kenangan hari esok,
tanpa hari ini tiadanya hari esok.
スポンサーサイト

一定期間更新がないため広告を表示しています

- - -
sambung cerita tadi..
Setelah beberapa kali gi おうち Kak Pah, baru semalam dapat jumpa dengan "big boss" umah tu. Biasa dok gi pun hari Ahad juga tapi big boss umah tu sentiasa sibuk. Hari Ahad pun gi kerja juga. Semalam pun dia kerja. Kita orang terpaksa tunggu sehingga pukul 7.00 malam untuk berjumpa dengannya. Kalo tak tunggu pasti tak dapat kenal lagilah dengan big boss tu.

wajah2 ceria Sambil dok borak-borak semalam hanya ni je gambar yang aku ambil. Ni ler wajah kanak-kanak ceria.

Puas hati dapat berkumpul ramai-ramai. Terima kasih pada tuan rumah dan juga Kak Fidah yang sudi menumpang 自動車 pada kami. Lain kali jangan serik nak bagi kami tumpang lagi...ngeh..ngeh..ngeh..


Rumah kawan comments(0) trackbacks(67)
Sedar tak sedar
Semalam rombongan ke rumah Kak Pah dengan 2 buah kereta, kereta Kak Hani dan kereta Kak Fidah. Aku dan anak-anak tumpang kereta Kak Fidah.

Kat rumah Kak Pah tu dapat ler jumpa dengan Jemtat dan family dan juga member-member yang lain.

Bila berkumpul ramai-ramai ni, macam-macam bendalah yang diborak sampai ke pasal blog. Bila Jemtat beritahu yang aku ni dah lama tak update blog ni, barulah aku tersedar yang aku ni memang dah lama tak update. Malah dah lama juga aku tak menjenguknya..ekekekekek... gelak sket.

Sibuk sangat ke aku ni?.. sampai tak sempat nak menjenguk blog sendiri. Hari-hari memang ada saje benda yang aku nak buat. Sehingga ada yang tertangguh. Walaupun sibuk aku tetap sempat mengunjung blog-blog member semua tapi tak sempat nak tinggal jejak je..

Berbalik pada kisah kat umah ....
Ish ada orang dtg nak betulkan "ting-tong ting-tong" umah yg rosak tu... Nanti aku sambung lagi lain kali .......................
.....................................................
Rumah kawan comments(0) trackbacks(0)
Buka posa
Hari Ahad dan semalam sibuk dengan acara berbuka posa. Hari Ahad pi buka posa kat rumah Kak Fidah.. emm best semua masakkannya tu terutamanya murtabak. Husband pun kata gitu juga. Dia pun banyak makan murtabak hari tu. Kalau buka restoren pun boleh laku ni.. Terima kaceh tuan umah.. lain kali jemput ler lagi..;) .

juadah berbuka


Kak Hani pula bawa cucur badak dengan buah-buahan. Cantik je cara dia potong buah tu.. emm boleh tiru ni..

juadah berbua

Untuk buka posa semalam, tak sempat pun nak ambik gambar. Buka posa ramai-ramai ni seronok sangat.. terasa macam dok kat Malaysia kena pulak juadah masakkan Malaysia.グッド
Rumah kawan comments(7) trackbacks(0)
Saitama
La ni baru sempat nak update jugem ni.. Anak-anak dah tidur. Peluang untuk mak lah pulak lepak-lepak depan pc ni.

Semalam pergi rumah Kak Pah di Saitama. Dia buat makan-makan sikit mungkin sempena pindah rumah baru kot.. Lupa pulalah nak tanya. Katanya suami dia suruh jemput kita orang semua datang tapi suami dia tak dapat nak join sama... terpaksa ke Okinawa atas urusan kerja. Apa lagi seronoklah Kak Pah, boleh masak masakan pedas-pedas. Kalau ada suami dia, takleh lah nak masak pedas sebab suami dia tak makan yg pedas-pedas.

Semalam adalah beberapa menu masakan Malaysia seperti laksa, nasi minyak, rendang daging, ayam masak merah, sambal udang, puding, cucur udang, pengat pisang dan bubur kacang.

Ni lah antara yang datang semalam.

Saitama

Yang pakai baju hijau tulah tuan rumahnya. Yang jepun dok sebelah tuan rumah tu pula.. kawan suaminya..pandai cakap bahasa melayu sebab 27 tahun yang lalu dia pernah kerja di Malaysia selama 5 tahun.

Rumah kawan comments(16) trackbacks(70)
| 1/1 |
Related Posts with Thumbnails