Hari ini adalah kenangan hari esok,
tanpa hari ini tiadanya hari esok.
スポンサーサイト

一定期間更新がないため広告を表示しています

- - -
Sehari di Maihama
Semalam pi umah mama disney kat Maihama. Plan asal nak bawa budak-budak ni sekali pi. Tapi bila kejut pagi tu, tak nak bangunlah pula. Lagi pun Aina semalam macam tak lena je tidur, menjadi-jadi pulak dia batuk. Siang oklah pulak.. takdelah pulak batuknya.

Terpaksalah gi sorang. Soh hb jaga budak-budak kat rumah. Huhuhu.. kesian dia takleh gi lab. Thanx my darling tolong jaga anak-anak..

Ambik bas dr rumah ni dalam kul 10.15 minit terus ke Omori eki. pastu ambik densha pula sampai ke Tokyo eki. Tukar densha kat situ, terus sampai ke Maihama.. Masa kat Tokyo eki tu, kena tahan pulak kat pak polisi.. uih 1st. time aku kena tahan setelah hampir 5 tahun kat sini. Sib baik aku dah ambik alien card yg aku gi renew hari tu.. kalo tak kena banyak bersoal jawab pulak dengan pak polisi.

Sampai kat Maihama tu dah kul 11.35am.. keh..keh..keh janji nak sampai kul 11.. terlewatlah juga.. Pastu call lah mama disney, tanya nak amik bas mana pula utk sampai rumah dia.. katanyanya bas no.9. so tunggu ler kat platform no.9 tu.. tengok kat timetable..kul 11.57 baru bas no.9 tu sampai.. uih.. lambat lagi ni..

Sesambil dok menunggu tu, call ler pula kak hani.. kot-kot dia dah sampai..janji dgn dia nak sampai kul 11... anak dia yg handsome pulak yg angkat.. gitau mama diaon driving.. so aku sandar kat tepi tiang sambil tengok org lalu lalang dalam hujan gerimis tu.. sesambil tu melilau tengok bas yg masuk ke platform.

Dalam 4-5 minit lepas tu, handphone aku ni berbunyi lagi.. Kak hani call gitau nak dtg jemput aku kat bus stop tu.. so tak jadilah aku naik bas.. Sambil tunggu kak hani sampai, tengok jam kat handphone aku ni dah kul 11.57am.. Nampaklah bus no.9 tu mai.. 2,3 minit lepas tu, bas tu pun gi lah.. Kurang sorang penumpang dia utk jam 11.57 tu.

Jap lepas tu, kereta kaler merah yg cun tu pun sampailah.. Aku pun masuklah dok sebelah driver.. Toleh kat belakang tu, adalah 2 org anak teruna dan sorang anak dara.. Ohhooo.. anak dara kak hani dah pandai nyanyi.... comel sangat..

Pastu sampailah kat rumah tu dalam kul 12 lebih.. Tuan rumah dtg jemput, masuk dlm rumah dia.. Masuk-masuk rumah tu tengok makanan dah siap terhidang kat atas meja makan.. Banyak juga tuan rumah masak.. sedap pulak tu. Ayam goreng sedap macam kfc!..

Sembang punya sembang tak sedar dah kul 2!.. Check hphone, ada cmail dr hb.. "DOK MANA?".. keskeskes, janji dengannya nak balik kul 2.. tu pun paling lewat!.. Aku pun balaslah cmail tu, " TAKYAH GI DAI LAH HARI NI, NAK GI BELI SANTAN MURAH NI"...heheh bertuah punya bini..

Pastu sambung sembang lagi, sambil sembang tu, si comeyy kak hani tu terlena. So tinggal si comeyy kat rumah dengan abang-abangnya. Kita orang(aku, kak hani dan mama disney) gi kedai ikan dan sayur.. kat kedai tu murahlah.. harga telur saiz M tu 100yen.. L pula 158yen. Harga ikan pun murahlah juga. Memandangkan hari ni aku tak gi shopping, aku pun belilah kat kedai tu.. maguro no do, maguro hoho niku, ikan pari dan telur . Kat kedai lain jarang nak jumpa ikan pari ni.. dlm pale ni fikir nak buat masak asam pedas..

Dalam dok syok2 tengok barang tu, si handsome anak kak hani tu call gitau si comeyy dah bangun... apa lagi, kita org pun capailah bakul ambik barang apa yg nak pastu terus bayar.. mama disney pula balik dulu tengok apa jadi dgn si comeyy tu.

Lepas tu balik semula ke rumah mama disney. Sampai kat rumah tu, tuan rumah hidang air kopilah pulak.. Makan lagi.. Padahal makanan yg makan tadi pun tak turun lagi ni.. Lepas minum tu sumer, bertolak ler balik rumah.. Sempat juga tapau mee goreng ala mee goreng mamak tu..

Sebelum balik tu, singgah jap kat kedai( apatah nama kedainya.. macam jual barang-barang borong je).. dah kak hani kata nak hantar aku sampai umah, aku boronglah santan 1 kotak. Dalam kotak tu ada 24 tin. Satu tin harganya 88yen. heheh boleh buat stok utk setangah tahun ni..pastu ada lagi ler barang-barang lain yg aku beli.. Abihlah 5004yen kat kedai tu.

Sampai rumah tu, tengok muka-muka yg kat rumah ni dah kelaparan.. Lepas solat, aku pun masuk dapur. Nasi lebih masih ada lagi dlm periuk, tomyam yg lebih semalam pun ada lagi.. aku pun masak la maguro no do tu ala-ala steak gitu.. err tapi still takleh lawan rasa yg aku pernah makan kat kedai..

Hari ni pula aku nak masak asam pedas ikan pari. Pastu nak cari resipi utk maguro hoho niku tu.. mungkin ada tips2 nak bagi rasa lebih sedap.

Jumpa member comments(3) -
Teruk betul aku ni..
Sesampai je aku kat 100 yen shop tadi, dengar nama aku dipanggil dengan pelatnya.. kuat pulak tu.. terkejut aku.. sape pulak yg panggil aku ni..

Dari jauh aku nampak ada org dtg ke arah aku.. dah sampai dekat tu baru aku teringat.. amoi cina yang pernah aku jumpa sebelum ni. Marah dia kat aku sebab tak call dia or antar email. Dia tertunggu-tunggu call dari aku.. kesian dia dapat kawan macam aku ni.

Lepas jumpa hari tu, aku bukannya lupa terus kat dia. Teringat juga nak call dia ke apa, tapi asyik tertangguh.. ehehe bz memanjang. Ada je benda yg aku nak buat dan terpaksa buat.
Jumpa member comments(2) -
Jalan-jalan
omiyageSabtu lepas bawa my kids gi tengok ultraman festival. pastu kat sana jumpa dengan member yg dtg dari Malaysia. Dapatlah omiyage ni. Tq Nita...

Semalam pula bawa member-member ni gi Harajuku dan Shibuya. My kids tinggal kat rumah dengan papa dia orang. Apa lagi enjoy sakanlah mama dorang ni.. macam zaman bujang-bujang pulak. Teringat zaman study dulu..

Macam dah lama kenal semuanya.. borak kadang-kadang entah apa-apa. Padahal semalam tu je lah kenal dia orang semua. Yang sorang tu hanya kenal melalui net ni ler.. hanya berbalas email.

Dari pagi sampai ke malam.. ada je benda nak diborak. Memang kelakarlah dorang ni.. tak boring langsung. Malam tadi, sebelum balik ke rumah, ikut dia orang balik hotel jap. Ambik barang yang dia orang tak nak ni( satu plastik bag lagi lupa nak snap gambar). Hari ni dorang semua dah nak balik Malaysia..mungkin sekarang ni dah ada dalam flight kot..

omiyage
To Nita, Kak Pah, Azah, Haniza, Afizal, Lamal, Edy dan budak sekolah(eheheh.. sorry ek lupalah nama) terima kasih bagi barang-barang ni semua.. korang semua memang best belaka.. dan terimalah pantun dari ku ini..

Terima kasih daun keladi
kalo datang sini bawa barang banyak lagi..
hahaha..

To my love.. tq bagi keluar sampai ke malam キスマーク

Jumpa member comments(2) -
Hari berkomuniti
Semalam hari berkomuniti (heheh pepandai je aku boh..sebab diadakan di Nishimagome Community Centre). Sejak Afiq mula bersekolah sejak tu jugalah aku mula bergul dengan japanese. Kalau tak dok rumah je lah. Sekali sekala tu gie jumpa member-member Malaysia.

Macam-macam aktiviti persatuan ibu-ibu ni buat. Masa awal-awal dulu ada party suaikenal di kedai makan yang dekat dengan youchien. Pada bulan puasa hari tu pun ada juga. Tapi buat kat kedai makan yang jauh siket. Pergi ramai-ramai dengan bas yochien. Bulan November arihtu pun ada juga. Tapi yang tu pergi minum. Dua kali aku tak join. Yang pertama tu sebab puasa. Padahal time tu aku "bercuti". Yang kedua pula, malas nak join bila dia orang gie minum. Bila minum ni dah pasti ada arak tapi jus pun tetap ada.

Tu semua aktiviti antara ibu-ibu kelas Afiq saje. Kalo aktiviti untuk semua ibu-ibu di youchien tu ada macam-macam lagi. Belajar tarian, belajar buat accessories dgn manik-manik dan memacamlah.

Semalam tu, mak Hibiki(kawan Afiq) jemput ke Community Centre(CS). Heran juga aku kenapa kali ni takde surat jemputan yang macam biasa. Biasanya Afiq akan bawa balik surat. Lepas tu beritahu nak join ke tidak. Rupanya semalam tu bukan aktiviti rasmi. Hanya beberapa orang saje yang dijemput. Dalam 10 orang saje ibu-ibu yang datang. Kanak-kanak ramai jugalah sebab ada yang bawa kakak-kakak dan adik-adik.

Riuh rendah semalam dalam bilik kat CS tu dengan suara budak-budak bermain kejar-kejar dan dengan suara ibu-ibu yang rancak berborak sambil makan junkfood. Bila dah rancak berborak ni, 3 jam booking bilik kat CS tu terasa sekejap je. Afiq dan Aina pun seronok jugalah dapat main dengan kawan-kawan.

Rasa berterima kasih jugaklah aku kat dia orang ni, walaupun tahu aku tak reti sangat sembang bahasa jepun, dia orang tak pinggirkan aku sengsorang. Sejak bergaul dengan dia orang ni, makin bertambah jugalah bahasa jepun yang aku faham.
Jumpa member comments(0) trackbacks(1)
Tsurumi
Hari ni pi Tsurumi.. rumah Kak Hani. Seronok sangat sekali sekala berjumpa ni. Tambah pula tadi dapat jumpa dengan Fidah sekali. Selama ni hanya kenal Fidah melalui alam maya ni saja.

Weh.. rajin betul ler Kak Hani masak.. Macam-macam yang dia masak. Sedap-sedap pulak tu. Yang teringin nak minta resepi nasi maguro(entah apa nama sebenar.. dah lupalah). Harap-harap dia letak resepi tu kat blog dia dengan gambar nasi tu sekali.. biar orang terliur..ekekek..

Sepanjang berada kat rumah dia tadi, tengok dia tak dok diam melayan tetamu.. tentu penat. Heheh.. harap lepas ni dia tak serik nak ajak lagi. Tetamu dia yang sorang ni tak buat kerja langsung... pergi makan semata-mata. Cuci pinggan pun tak... ish..ish..ish... apa ni..
Sebenarnye umah dia ada dishwasher jadi tak payah penat-penat nak cucinye...

Balik tadi pulak.. hantar sampai depan umah. Terima kasih.. Kak Hani. Tapi Along tadi masa nak balik buat perangai kat umah orang. Nak bawa balik mainan oranglah pulak. Dah orang bagi robot untuk bawa balik, masih tak ok lagi. Kepala robot takde.. ish buat malu company betul!!!.. Lain kali tak boleh bawa pi rumah orang kalau camni..
Jumpa member comments(18) trackbacks(84)
| 1/2 | >>
Related Posts with Thumbnails