Hari ini adalah kenangan hari esok,
tanpa hari ini tiadanya hari esok.
スポンサーサイト

一定期間更新がないため広告を表示しています

- - -
Happy belated birthday
Happy belated  birthday to me, to Kak Nor and to Kak Fiza Myr. Uhh dah nak masuk seminggu baru buh entry wished ni.  Hari jadi kami ni sama iaitu pada 25 Feb..

Sejak ada baby Alif memang slow sgt nak update blog ni. Tambah sekarang ni pindah rumah baru.. lagilah banyak sangat benda nak buat. Rasa macam nak bersara dari memblog pun ada dah ni.

Terima kasih banyak-banyak pada teman-teman yg bagi ucapan.. tak kira melalui sms ataupun yg tinggalkan msg kat blog ni..

Sementara baby Alif tu masih dibuai mimpi.. eloklah  gi angkut kek kat rumah Hana Japan.

kek

Pastu singgah sat kat umah Aziemas di Johor.. ada kek lagi.. ada kad dan juga hadiah.

hpday


kekhadiah


Dari Johor singgah pula kat ganu.. Terima kasih Kak Nor. Moga kita sama-sama dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki serta diberi kesihatan yang sewajarnya supaya dapat menjalankan ibadat kepada Allah dengan sebaiknya... Amin.. Kalau Kak Nor sambut bday yang ke 43 saya pula yang ke 34. Uhuhu nombor yang sama hanya terbalik saja.. cantikkan... :)

kad


Utk bday sendiri tahun ni takdak kek pun.. malas nak buat. Cik abe ajak makan kat luar. Konon nak makan pizza. Tapi termakan kat A&W hahaha...  Sebenarnya kami ke Jusco Bandar Perda nak makan pizza kat sana. Alih-alih ternampak A&W yang baru buka. Apa lagi kami pun pergilah serbu. Tambah pulak budak-budak memang dah lama teringin nak makan kat A&W.

Time makan tu takdan dah nak amik gambo. Semua dah kelaparan...
Banyak sebenar nak citer ni.. tp terpaksa stop dulu.. Telinga ni macam terdengar-dengar dak kecik memanggil-manggil..

Stop dulu deh..  bye
aku..akulaa comments(4) -
Hai.. hai.. hai..
"Hi makcik-makcik semua... rindu kat sana tak??..
Inai inai bak..."

alif
aku..akulaa comments(2) -
Rilex jap
Kalo sape-sape perasan akhir-akhir ni aku asyik tayang gambar makanan tak pun gambar dak kecik je. So meh kita rilex jap dari tengok gambar tu semua.

Gambar yg diambik hari sabtu lepas.. time appointment dgn pemaju.

 pemandangan
Gambar bahagian tepi belakang rumahku.
Tp bukan rumah yg dalam gambar tu tau.. hihi

pemandangan
Tanah-tanah kat tepi tali air tu boleh ler aku bercucuk
tanam nanti. Tapi rajin ke aku ni.. keskeskes

pokok ulat bulu
Lama tak tengok bunga ni. Kecik-kecik dulu selalu la..


pokok ulat bulu
Kalo tak silap orang panggil pokok ni pokok ulat bulu.
Err ke ada nama lain.. tak tahula..
aku..akulaa comments(4) -
Celoteh
Hujung minggu lepas takdak nak ke mana.. so ajaklah my hb jalan-jalan ke Bagan Serai sambil jalan-jalan cari makan utk lunch. Kebetulan hari tu banyak pula kedai makan yang tutup.

At last ternampaklah Marrybrown. Kami pun singgahlah lunch kat situ.
Uhuhu.. masakannya tak seindah gambar menu. Kentang gorengnya tak rangup langsung. Ambik nama goreng je. Bila makan masih terasa ubi mentah.

Anak-anak pula ambik 2 set kid set. Kenkonon nak hadiahlah sorang satu. Sadis sungguh satu je dapat.. tu pun yg display kat kaunter. Hadiah dah abih. Lepas tu nak diganti dengan kalendar 2009. Hahaha kalo kalendar 2010 oklah juga.
Nampaknya itulah kali pertama dan terakhir kami makan di marrybrown.

ayam radix

Sebelah marrybrown tu pula ada stokis radix. Besar jugalah kedai dia. So lepas makan tu singgahlah kat situ. Tinjau-tinjau barang apa yang ada. Dalam paler ni dah target nak try beli tepung serbaguna radix tu.. kat internet ramai yg dok kata sedap.. ada yang komen lebih sedap dari KFC. Teruja jugalah nak try.

Alang-alang dah ada dalam kedai tu, tinjau-tinjaulah produk lain kot ada yang berkenan utk dicuba. Bukan sekadar produk, apa-apa artikel yg ditampal kat dinding pun kami baca. Nampak benor kami ni tak tahu sangat pasal produk radix ni.

Tapi sayang pekedai tu tak ambik peluang utk promote barang-barang dia. Nak kata sibuk layan pelanggan lain tak juga. Hanya kami anak beranak je yg ada dlm kedai dia tu. Dia hanya diam je duduk kat kaunter. Pandang je yang apa yang kita org buat.

Uhuhu naik rimas pula aku dibuatnya. Tak sempat keluar dari kedai lagi aku dah bisik kat hb.. ".. ish.. org ni tak mesra alam lah".. Hb hanya tersenyum je. Bila dah keluar dari kedai baru dia gitau.. "emm.. memang tak mesra alam.. hihi".

Dengan pekedai yang tak mesra alam tu, dapat jugalah angkut tepung serbaguna dengan coffee. Rasanya kalau pekedai tu pandai promote, tak mustahil banyak lagi barang yang kami beli. Almaklumlah kami ni jenis suka try macam2.

Bila sampai kat rumah baru perasan tepung yg dibeli tu dah expired. Ohohoh.. tapi baru je tamat tempohnya.. nak buang sayang.. try jugalah wat xperiment kat atas ayam yang masih tinggal 2 ketul kat dalam esbox tu.. emm rasa dia sedap jugalah. Boleh beli lagi lain kali tapi rasanya tak akan pi dah kat stokis tu.. beli kat tempat lain pulak..

ayam radix
aku..akulaa comments(1) -
Minta Maaf

Minta maaf banyak-banyak pada adik-adik dan kakak-kakak sekalian kerna myresipi.com takleh buka dari entah bila sehingga 6 hb lepas.

Masa kejadian tu saya berada kat kampung. Sibuk dengan urusan persiapan perkawinan adik ipar sampai tak sempat nak gi CC..



4hb jun baru dapat tahu dari Aziemas yang myr takleh buka. Kalau tak mungkin hari ni baru tahu kot.. hari ni lah baru boleh online dgn tenang.. ni pun online dari bilik hotel. Jumaat depan baru pulang semula ke penang.

6hb Jun tu try usahalah dapatkan talian internet. Nasib baiklah ada juga yang sudi bagi pinjam celcom broadband dia walaupun sekejap. Sempat jugalah buat apa yg patut dgn myr tu. Harap lepas ni myr takde masalah lagi.

Terima kasih pada Aziemas & family kerana sudi datang masa kenduri hari tu.. ehehe dapat jugalah kenal2 dgn dia sekeluarga. Selama ni hanya kenal melalui internet ni ja.

aziemas & me

kih..kih..kih gelak sket kat Azie tu..  katanya dia rendang padahal kecik ja orgnya berbanding dgn org yang kat sebelah dia tu... uhuhuhu
aku..akulaa comments(0) -
| 1/26 | >>
Related Posts with Thumbnails