Hari ini adalah kenangan hari esok,
tanpa hari ini tiadanya hari esok.
スポンサーサイト

一定期間更新がないため広告を表示しています

- - -
Rumah Baru
 Adeih dah berkurun aku tak ngemas umah ni. Malas sungguh. Memandangkan myresipi.com dah berkubur. Terpaksalah aku cari semula semua resepi yg telah aku try sebelum ni.

Dah untuk mengelokkan lagi rupanya, aku telah pindah semua resipi yang aku ada ni ke RUMAH BARU . Sekarang ni masih dalam proses pemindahan. Kat RUMAH BARU tu segala PERABUT tak lengkap lagi.. masih dalam proses pembikinan.

Di kesempatan ini juga nak minta maaf kepada semua yang pernah menjadi member myr . Website itu terpaksa ditutup sebab "space problem". Sedih sangat.. namun apakan daya. My hb dah tak nak teruskan. Uhuhu
Am comments(36) -
Roti..roti..roti
Roti..roti..roti sape nak roti meh la.. ada 2-3 ketui lagi kat dalam tipuware tu.

roti

alifUhuhu lama sungguh tak tayang gambo makanan kat sini. Sejak dak kecik ni makin aktif, makin susah nak duk depan pc. 


Nak amik gambo mkn pun tak sempat. Kekadang amik juga tapi tak terupdate ponnn kat blog ni. Last last gambo tu pun dah basi... ngeh ngeh ngeh..


Semalam time roti ni masak, dak kecik dah tido. Dapat gaklah amik gambo jap.


Geram tengok roti kat dapur ika yg memacam tu.. kita pun meroti gaklah.
Tapi pesen roti yg kita buat ni takdaklah sama ngan dia.

Kalo dia wat bun tuna mayo. Kita plak wat bun tuna jagung mayo.. ish macam tak sedaplah plak nama tu.  Meh kita tukarlah bagi dia nama TUNA CORN MAYO BREAD.. ekeke

roti

Pastu tu kita wat roti walnut. Rasa nostalgialah mkn roti ni. Teringat plak kenangan-kenangan masa kat oberC dulu. Selalu beli roti ni. Kat sana panggil kurumi pan kalo tak silaplah.

roti

Pastu kita wat pula roti ulat gonggok. Takyah cerita panjanglah. Rasanya ramai yg dah tahu wat roti ni.
roti

Last sekali kita watlah roti pintal-pintal . Namanya roti bijan hitam. Alamak bijan dia tak banyaklah pulak.. Lain kali kena tambah lagi.
roti

Ooooppppss... tertinggal ada lagi satu jenis roti yg kita wat semalam tu.. Roti coklat. Sib baik buat 3 biji ja. Pes coklat yg dibeli kali ni tak sedap langsung. Tak rasa coklat pun. Nampak hitam semacam ja.. Rasa macam pulut hitam pun ada. Nak kata tersalah beli, dekat pek tu dah ditulis chocolate paste... emm konpius konpius.. ke depa ni silap buh label masa packing.

roti

Resepi ni copi pes dari rumah ika. Ika pulak amik dari rumah kak nor . Terima kasih pada kedua-duanya. Suka sgt dgn resepi ni. Hasilnya memang puas hati. Exceli ni bkn kali pertama wat roti guna resepi ni... dah banyak kali daaaa.. hahaha.. terima kasih ye Kak Nor... luv biu.

BASIC DOH

Bahan2
  • 380gm tepung high protein (tpg roti)
  • 3 sudu besar susu tepung
  • 80gm gula castor
  • 1/2sk Garam
  • 3 sudu kecil yis segera
  • 1 bj telur A
  • 100ml air
  • 100gm water roux
  • 30gm butter
  • 30gm shortening
  • 1/2 sudu kecil garam ( tima kasih knor.. sanggup call gitau sukatan garam ni)



Kaedah 1 .. jika menggunakan BM:
  1. Masukkan bahan cecair kedalam BM spt air dan telur. Kocokkan sket dgn garfu.
  2. Masukkan kesemua bahan2 lain kecuali butter dan shortening.
  3. Pastikan gula dan yis diletakkan di penjuru berasingan dari garam ini kerana gula akan lebih mengaktifkan yis manakala garam pula mengurangkan/mematikan yis.
  4. Tekan suis on pd BM dan bila doh dah mula membentuk bulat masukkan butter dan shortening.
  5. Biarkan proses menguli hingga selesai.
  6. Utk menghasilkan doh yg lebih lembut, ulangi proses menguli utk 2 kali.
  7. Setelah selesai proses menguli, biarkan doh naik 2x ganda.
  8. Bahagikan doh kepada 20 atau 22 bj dan bulat2kan.
  9. Rehatkan lebih kurang 15 minit.
  10. Ambil sebiji doh dan canai nipis.
  11. Gulung doh dan gelek2 sket hingga doh membentuk jejari lebih kurang 4 atau 5 in panjang.
  12. Susunatur kedalam loyang pembakar yg dah disapukan butter.
  13. Buat hingga habis dan biarkan doh naik lagi 2x ganda.
  14. Spraykan sedikit air keatas doh supaya permukaan doh tak terlalu kering masa proses membakar.
  15. Picitkan blueberry filling yg dah diblend atau kastard keatas doh yg dah naik.
  16. Bakar doh dgn kepanasan oven 180 -190C lebih kurang 20 - 25 min atau sehingga masak.
  17. Sapukan sedikit butter ke atas roti yg dah dikeluarkan dr oven (utk mengilatkan permukaan roti)


Kaedah 2 .. jika menguli menggunakan tangan:
  1. Masukkan yis, sedikit gula, 2 sudu tepung dan 100ml air kedalam sebuah mangkuk. Kacau hingga sebati dan biar hingga naik dan berbuih. 
  2. Masukkan tepung roti, susu tepung, garam, lebihan gula ke dalam satu bekas berasingan. Kacau2 hingga rata.
  3. Masukkan telur dan water roux. Gaul hingga sebati baru la dimasukkan bahan no1.
  4. Gaul lagi hingga hampir membentuk doh, masukkan butter dan shortening, sedikit demi sedikit. Adunan mungkin agak lembik tp teruskan menguli.
  5. Uli hingga doh menjadi kenyal dan lembut. (kalau masih terlalu lembik boleh la ditambah sedikit tepung dan uli lagi hingga lembut)
  6. Tutup bekas dgn rapat atau boleh menggunakan plastic cling supaya udara tak keluar.
  7. Biarkan doh naik 2x ganda dan boleh la teruskan dgn step no8 dan seterusnya.
Selain resepi roti ni.. ada lagi satu resepi yg ada kat blog kak nor tu.. sedap sgt. Dari mula2 try dedulu.. dari tahun lepas lagi la sampai sekali.. dah jadi salah satu menu wajib dalam seminggu utk famili ni.. Tapikan.. tapikan walaupun dah banyak kali sangat masak tak pernah sekali pun sempat amik gambo. Bila masak je terus ngap!.. Nantilah, bila ada waktu dan ketikanya kita snap gambo masakan tu dan tempek kat sini... Sekali lagi terima kasih buat Kak Nor yang sudu kongsi resepi tu.


Roti comments(17) -
Crocs
Hujung minggu lepas pegi angkut 2 pasang crocs yang harganya satu dua sembilan. Ingatkan nak angkut 3 pasang crocs tapi yang si kecik ni takde saizlah pulak.

Satu dua sembilan tu bukannya RM SERATUS DUA PULUH SEMBILAN tapi RM DUA BELAS RINGGIT SEMBILAN PULUH SEN. Atau tulis dgn nombornya RM12.90 bukannya RM129. Hehe.. Crocs tiruan.

crocs

crocs

crocs1
 
family comments(1) -
Coffee chocochips breads
coffee chocochips bread

Roti comments(0) -
C-jiya Tea
 teaGua tergoda tengok banyak sangat laporan masakan kat resipi jiya nun. Dah lama nak try tp angin rajin tu sampai jap je kat luar rumah.. tak dan nak masuk rumah lagi dah pegi melencong arah lain.

Tapi malam ni berjaya juga angin rajin tu masuk kot celah-celah tingkap yg belum sempat ditutup... ekeke..

Trylah wat 2 gelas C-jiya Tea ni... Memandai je aku tukar nama. Nama asal air ni TEH C-PENG. Naper nama tu dibubuh??.. dun know why.

First time aku dengar nama ni.  C-Peng tu macam bunyi nama cina je. Jiya... oooo jiya.. meh elaboret sikit macam mana wujudnya nama c-peng tu?.. Nama orang ke atau ada makna lain..

Dari dua gelas tea yg aku buat ni hanya sedikit yg sempat aku minum. Jap je tinggal, alih-alih tengok hanya tinggal ketulan ais je kat dlm gelas tu..

TEH C PENG Jiya@14Sept MyR
  • Teh Pekat
  •  Susu Cair
  • Gula melaka
  • pekat ketulan ais

Cara-cara

  1. Masukkan gula melaka pekat ke dalam gelas, ikut citarasa memasing. Kalo nak manis letaklah bebanyak. Hehehe!
  2. Kemudian masukkan ketulan ais. Penuhkan satu gelas... Baru masukkan susu cair.
  3.  Akhir sekali baru masukkan teh pekat pelan²...
  4. Bismillahirrahmanirrahimmmmm... Kita minommm duluuuu!!

tea


minuman comments(1) -
| 1/124 | >>
Related Posts with Thumbnails